▄︻デвαв 8══━一

1.2K 92 13
                                    


"MACAM mana? Semua dah bersiap sedia?" soal Aleesha Ameera sebelum mendongakkan kepalanya ke atas melihat Ariani Syaa dan Ariana Syaa yang sedang bersiap-siap bersama senjata masing-masing. Kedua kembar itu menggangguk sebagai balasan tanda mereka sudah bersiap sedia.

Mereka sekarang berada di luar rumah Efrina dan Aadyan. Yang lain hanya diam memerhati mereka yang sedang bersiap-siap itu.
"Korang serius berempat je serang tempat tu?" soal Rayn Zackry meminta kepastian.
"Tak payah risau lah! Kitorang okey je berempat! Macam tak biasa pulak, kan Ana?" jerit Ariani Syaa teruja.

Gembira pulak rasanya jika menjalankan misi. Fuh! Dah lama tak buat gini wo!
"Aku dah siap. Jom gerak." semua berpaling ke arah pintu rumah mendengar sahaja suara dingin itu. Terlopong mereka melihat pemakaian Efrina Adleya pada malam itu. Betul-betul berbeda! Seperti orang lain sahaja gayanya!

"Damn! Handsome siak! Boleh jadi pakwe aku ni!!" jerit Ariani Syaa suka setelah lama melihat Efrina Adleya. Efrina Adleya hanya menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah. Dia hanya mengenakan topi hitam dan hoodie argh, semua hitam. Cuma bedanya seperti lelaki. Wajahnya di tampal dengan plaster bandage di pipinya biar keliatan badboy.

"Bapak ah.. Dia lagi handsome dari aku... Kau gay eh Yan?" usik Rayn Zackry dengan kening sebelahnya yang sengaja di jongketkan beberapa kali. Tengku Aadyan Han memandang Rayn Zackry saat soalan bodo diberikan padanya. Gay? Dah terang lagi bersuluh yang dia tu bini aku!

"So, jom gerak." mereka berempat mengangguk tanda akur sebelum naik kereta hitam milik Aleesha Ameera yang empat pintu itu. Hanya Efrina Adleya sahaja yang memakai motor ninja berkuasa tinggi miliknya.

Tengku Aadyan Han mendekati isterinya yang sudah berada di atas motor itu. Jangan tanya Aadrian dimana. Budak kecil itu sudah terlena di dalam bilik mereka.
"Betul ke awak nak pergi ni? Tak nak bawa anak buah awak ke?" soal Tengku Aadyan Han perlahan. Risau. Efrina Adleya mengangkat kepalanya memandang wajah tampan milik suaminya.

"Nah, berempat je dah cukup dah. Lagipun, aku dah kata nak bagi anak-anak buah aku bercuti. Dah lama sangat diorang berkerja tanpa bercuti... And diorang pun kena lah luangkan masa bersama keluarga juga. Mana boleh berkerja 24 jam." mendatar dia berkata sebelum sarung tangannya di perbetulkan sedikit lalu topi di kepalanya tercabut. Pendek sahaja rambut seperti lelaki.

Tetapi jangan risau, dia hanya memakai rambut palsu. Siapa sahaja mahu ingin memotong rambut seperti lelaki? Lagipun, seorang perempuan tidak boleh memotong rambut seperti menyerupai lelaki. Ingat pesanan ini.

"Aku pergi dulu. Jaga diri." pesan Efrina Adleya sebelum mencium kedua pipi dan bibir suaminya sekilas lalu memakai helmet miliknya lalu berlalu dari situ bersama motor berkuasa tingginya. Tengku Aadyan Han sedikit terkedu sebelum perlahan-lahan wajahnya mulai membahang panas. Malu.

Raja Daniel Luke dan Rayn Zackry yang hanya diam memerhati itu memasang riak wajah jijik. Ey, macam terbalik pun ada!

▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一

▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now