▄︻デBab 31══━一

574 35 5
                                    

EFRINA ADLEYA jeling Tengku Aadyan di sebelahnya. Dia pandang selimut yang menutup tubuh mereka berdua. Siapa sangka, mereka berdua langsung tidak mengenakan pakaian. Ini semua di sebabkan semalam. Tengku Aadyan masih dalam lena. Langsung tak sedar yang isterinya sudah mahu meletup. Perlahan-lahan, Efrina bangun dari berbaring sebelum t-shirt hitam miliknya yang berada di atas lantai di capai nya. Seluar pendek yang ada di dalam almari di ambil sebelum dia berlalu keluar dari bilik. Rambut perang miliknya diikat ala ekor kuda.

Dia kemudian turun ke bawah menggunakan lift. Malas nak berjalan. Sampai sahaja di bawa, pantas kaki di atur ke dapur. Peti sejuk di buka sebelum susu kotak di ambil lalu di tuang ke gelas. Dia haus. Selesai membasuh gelas, dia berlalu pulak ke ruang tamu. Dia jeling ke arah jam besar yang melekat elok pada dinding. Sekejap lagi, pembantu rumahnya sampai. Memandangkan dia tiada kerja, baik dia buat kerja rumah. Vacuum di ambil sebelum mulai melakukan kerja.

Di tarik, tolak, tarik, tolak. Tanpa sedar, Tengku Aadyan sudah bangun dari lena dan hanya diam melihat dirinya. Tengku Aadyan sedang elok bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh. Dia hanya memakai seluar track tanpa baju. Nampak seksi! Tajam mata coklat gelapnya melihat gerak geri isterinya. Senyuman senget terlakar di wajahnya. Isterinya nampak hot sekarang ni. Efrina bagaikan perasan sesuatu. Dia pandang Tengku Aadyan sekilas. Sempat jelingan tajam di berikan. Selesai membuat kerja, di letak vacuum itu di tempat asalnya.

Efrina lihat Tengku Aadyan sudah berjalan mendekati dirinya. Baru sahaja dia ingin mengelak tangannya di sambar kuat sehingga jatuh di atas tubuh Tengku Aadyan. Mata hazel itu memandang tajam ke arah wajahnya. Tengku Aadyan  atau Han senyum senget.
"Hye, sayang." sapanya dengan nada meleret. Efrina diam seketika sebelum menolak tubuh Han dengan kuat. Dia malas nak layan dengan suami no 2 dia ni. Miang na mati!

"Blah. Menyemak je dekat sini." katanya dengan dingin. Han tertawa kecil.
"Haih... Sayang. Tak rindu aku ke? Hm?" soal Han dengan nada lembut dan separa nakal. Efrina jeling dia tajam. Tak kuasa aku nak be rindu-rinduan bagai. Bisiknya dalam hati.
"Tak." jawabnya sepatah sebelum putar ingin pergi. Namun, dengan pantas Han menarik ikat rambut Efrina buatkan rambut perang itu mengurai jatuh ke bawah. Efrina mendengus geram. Dia pandang Han tajam-tajam sebelum bertindak merampas ikat rambutnya semula.

Tapi Han mengelak. Sedang asyik berebut, entah mana silapnya Efrina terjatuh ke atas tubuh Han. Kedua tangannya melekap elok pada dada bidang suaminya. Han senyum nakal. Tangan kekarnya mulai merayap ke pinggang isterinya sebelum tubuh itu di tarik makin merapat. Sengaja hidung mancung nya di geselkan pada hidung isterinya.
"Kau nak apa ni?" soal Efrina dengan malas.
"Nak kau." balas Han selamba. Rambut isterinya yang sedikit menganggu dirinya untuk melihat wajah cantik itu dengan lebih jelas di selitkan pada telinga isterinya.

Mata hazel milik isterinya di renung lama. Sepasang mata yang tajam namun menawan dengan iris yang berwarna hazel. Kening yang sedikit tebal. Hidung yang mancung. Bibir merah jambu yang sentiasa buatkan dia tertarik. Sempurna. Perlahan-lahan, wajahnya di dekatkan pada isterinya. Efrina terus bertindak ingin pergi. Dia tahu apa yang suami nya itu ingin lakukan. Namun, dengan pantas tangan Han melekap di belakang kepalanya dan bibirnya di ragut kemas oleh suaminya.

"MATA AKU TAK SUCI!!!" jeritan itu buatkan mereka terus tersedar. Kepala lantas menoleh ke arah pintu rumah. Di situ terlihatlah Raja Daniel Luke yang sedang menutup matanya manakala Ariana Syaa memandang mereka tanpa berkelip dengan mulut yang sedikit ternganga. Ini entah kali keberapa mereka tak sengaja ternampak adegan romantis suami isteri ini. Efrina pantas bangun dari menindih tubuh suaminya. Sebelum...

Pap!

Satu tamparan kecil di berikan pada pipi Han.
"Gatal. Miang. Nakal." ucap nya selamba sebelum berlalu pergi ke dapur. Sempat ikat rambut yang berada di tangan suami nya di rampas. Ariana Syaa turut pergi ke dapur. Raja Daniel Luke kemudian duduk di hadapan Han sebelum kepalanya tergeleng beberapa kali.
"Engkau ni, Yan. Dah banyak kali tau aku nampak?" katanya dengan penuh geram. Habis pandangan suci nya ini kotor!

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now