FATEHHAWA|1

164 17 1
                                    


"Terima kasih, datang lagi tau" ujar Hawa dengan lembut. Nak tarik pelanggan datang perlu la cakap dengan intonasi yang lemah lembut. Kalau kasar cornfirm tak nak datang sini lagi.

"Ye encik, nak order apa?" soal Hawa apabila seorang jejaka mendekat ke arahnya.

"Aku nak order nasi buttermilk chicken 3 dengan air teh panas 3. Makan" kata jejaka yang agak tinggi lampai itu. Matanya masih lekat pada telefon bimbitnya itu. Mungkin rakannya memintanya untuk memesan makanan sebelum tiba disini.

Muka je hensem tapi kerek. Apa ni. Cakap la I ke saya ke ini tak aku.

"Baik, semua sekali 36 ringgit. Encik nak bayar guna Cash atau card?" soal Hawa bagi memastikan cara pembayarannya.

Tanpa sebarang kata card yang berwarna hitam di hulurkan kepada Hawa. Tergumam Hawa melihat kad yang di hulur oleh jejaka itu. Black card.

Menggigil-gigil Hawa ingin mengambil card itu. Exclusive ni, jarang jumpa pelanggan ingin datang ke cafe ini pada waktu tengah hari. Selalunya penginap hotel yang kaya-raya pergi ke luar untuk makan tengah hari. Tekak bukan tekak melayu katanya.

Card itu di hulurkan kembali bersama resit bayaran. Hawa melihat jejaka itu bergerak ke arah meja makan.

"Mbah!" terkejut Hawa apabila disergah begitu sahaja. Tamparannya dihadiahkan pada sofea dan Tiara. Selamat tiada serangan jantung.

"Jauh termenung nampak. Ada abang hensem-hensem ke?" soal Tiara. Mana tau boleh try satu. Muahahahhaha....

"Amboi kau, bagitau encik tunang nanti baru tau" ugut Hawa. Gatal kawannya yang seorang ini. Terlebih gatal. Pantang nampak lelaki hensem mesti nak try.

Tiara yang mendengar ugutan itu terus membuat isyarat diam. Tau pun takut.

Dari sudut yang lain Sofea sedang menahan amarahnya terhadap rakan-rakannya. Ada ke patut berborak tentang hal macam ni. Pasal lelaki pula tu.

"Tadi ada sorang mamat ni dia tinggi, muka dia pun boleh tahan juga. Tapi itu la, perangai dia kerek. Ada pula dia guna gelaran aku. Kot la nak guna i ke saya ke ini tak aku juga digunanya" bahas Hawa panjang lebar. Tekun mereka berdua mendengar apa yang dikata Hawa.

"Mana laki yang kau kata kerek tu?"soal Sofea nak tau juga siapa lelaki yang digelar kerek oleh cik Hawa kita ni.

"Tu, dekat tingkap kaca"kata Hawa. Lantas Sofea dan Tiara melihat gerangan yang digelar 'kerek' itu. Membulat mata mereka apabila melihat jejaka itu.

"Hawa, kau selamat dia tak dengar. Kalau tak masak la kau" beritahu Sofea. Menjadi tanda soal di dalam fikiran Hawa. Mengapa dia pula yang masak. Dia hanya ditugaskan menjadi cashier atau pun waitress.

Lelaki itu orang penting ke dalam Malaysia ni ataupun. Pelbagai soalan dimainkan di dalam kepalanya.

Matanya melihat kembali ke arah jejaka itu,kenampakan seorang gadis muda bersama 2 orang jejaka mengikuti langkah gadis itu. Mereka bergerak ke arah meja yang terdapat jejaka 'kerek' itu.

"Dia tu owner hotel ni. Nama dia Ku Megat Fateh Amsyar anak kepada pemilik syarikat  yeux d’ange. Syarikat ke-5 yang terkenal di Malaysia. Khabar angin ada yang mengatakan  keluarga dia tiada anak perempuan mahupun sepupunya di sebelah bapa. Entah mengapa mereka tiada anak perempuan dan ianya masih menjadi persoalan."bahas Tiara panjang lebar. Dibahasnya dengan penuh perasaan.

"Kenapa nak jadi persoalan. Anggap sahaja tiada rezeki untuk ada anak perempuan."kata Hawa. Anak itu anugerah tuhan. Bukan kita yang menentukan jantina.

BLACK MAMBA:THE LOVE OF HIS LIFE (OG)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ