𝓡𝓲𝓷𝓪 𝔁 𝓘𝓪𝓷 | 28 🍁

2.4K 141 23
                                    

RINA tersenyum membaca pesanan whatsapp dari sahabatnya Maysara. Dia belum bagitahu yang dia mengandung, tapi si sahabat sudah dapat teka. Mata merenung si suami dari cermin dihadapannya yang segak memakai baju melayu berwarna navy blue. Warna tema mereka sekeluarga raya tahun ini.

"Abang." Rina bangun dan menghampiri suaminya.

"Ya sayang.."

"Ni butang baju melayu abang." butang berwarna biru Rina keluarkan dari tempatnya lalu dipasang ke bahagian butang baju melayu suaminya.

Ian rendahkan sedikit tubuhnya supaya senang si isteri pasangkan butang. Tangan terletak elok di pinggang ramping si isteri. Mata ralit merenung wajah cantik isterinya yang ada make up sedikit.

Rina tersenyum dengan kelakuan suaminya. Haihh satu dalam seribu betul!

"Sayang. You're the prettiest woman I ever seen. Sayang tak make up pun cantik." pujinya tiba tiba.

Rina tertawa kecil.

"Abang pun hensem jugak. Sebab tu Rina fall at first sight dengan abang."

"Jadi suka abang sebab rupa la ni?"

"Dulu. Tapi sekarang.. Rina cintakan abang dengan ikhlas. Baik buruk abang Rina terima seadanya. Rina harap abang pun macam tu." Tangan menepuk bahu si suami. Kerjanya sudah selesai.

Pinggang si isteri ditarik rapat. Hingga tiada jarak antara mereka.

"Terima kasih sayang." Bisiknya sebelum kucupan dilabuhkan di dahi isterinya. Ian ukir senyuman bahagia.

"Terima kasih juga abang.. Nampak sangat usaha abang nak bahagiakan Rina.. Rina gembira. Bahagia hidup dengan abang." Rina menekup pipi si suami sebelum mengengkek sedikit. Menyatukan bibirnya dan bibir si suami sesaat dua.

Ian terpana. Tidak menyangka tindakan berani si isteri.

"Sayang.. Ada yang tak keluar bilik ni nanti."

Rina tergelak. Ibu jarinya mengusap bibir Ian yang ada kesan lipsticknya tadi.

"Sorry abang kena ambil wudhuk lagi sekali." Katanya seraya tersengih. Ian hanya mampu tersenyum.


USAI SOLAT RAYA, Rina dan Datin Sarimah sibuk menyiapkan juadah di ruang makan. Rendang ayam, rendang daging, ketupat palas dan juga lemang. Lemang ini Shahrul dan Ian bakar semalam di belakang rumah.

Shasha turut membantu. Balang kuih raya untuk tetamu dia letakkan di ruang tamu. Terdapat meja panjang di satu sudut, tempat di mana mereka letakkan bekas berisi lauk pauk dan ketupat juga lemang. Khas untuk tetamu.

"Chacha, bawa ni ke ruang tamu eh." arah Rina seraya meletakkan beberapa pinggan yang sudah disusun kemas pada Shasha.

"Okay kakak."

"Rina dengar Abang Rul kata Mak Ngah balik Malaysia tahun ni. Betul ke mama?" tanya Rina. Mak Ngah iaitu Tengku Salmah adalah adik kepada Datin Sarimah.

"Haah. Diorang tu baru balik dari Australia dua hari lepas. Dapatlah jumpa anak anak dia. Mesti semua dah besar panjang. Maklum la hampir 20 tahun tak balik Malaysia." Datin Sarimah tersenyum senang. Gembira adiknya balik juga ke sini.

Tengku Salmah mengikuti suaminya, Tengku Hasrul ke Australia kerana sudah dapat kerja tetap di sana. Bawa sekali anak anak mereka 5 orang itu.

"Lama tak jumpa diorang. Mesti semua dah dewasa." Rina tersenyum. Dia membawa gelas, sudu dan garpu ke ruang tamu. Tidak lama lagi papa, abang dan suaminya sampai. Jarak masjid dan rumah mereka tidak begitu jauh.

"Assalamualaikum." satu suara garau memberi salam.

"Walaikumsalam. Abang Ril!" Rina dan Shasha menghampiri Shahril yang baru masuk itu. Terus di peluk tubuh abangnya yang makin tegap. Dan makin sihat!

[C] Kerana Aku, Milik Ian BenjaminWhere stories live. Discover now