CHAPTER 2 𓆩❤𓆪

105 4 2
                                    

Episod lepas,

Rupa-rupanya ada orang yang mendengar perbualan mereka daripada luar

Sambungan

"Tunggu Ali!!! " semua yang ada di dalam arena menjerit kerana Ali telah mendengar perbualan mereka tentang ayahnya.

"Wei korang tunggu!! Tengok apa yang Ali jatuh kan dekat depan pintu " kata Jet sambil mengambil kotak yang besar di depan pintu arena dan membawanya masuk ke dalam arena.

Selepas mereka masuk ke dalam arena , mereka melihat sebuah kotak yang besar dan berwarna merah bersertakan isi di dalamnya.

Di dalam kotak tersebut terdapat telefon berjenama Apple dan hoodie berjenama Gucci. Selain itu terdapat dua pendrive yang berwarna biru dan merah.

Mereka melihat sebuah kertas yang bertuliskan...

Untuk ke semua ejen MATA

Aku ejen Ali ingin keluar dari MATA kerana aku rasa seperti tidak berguna di dalam MATA. Aku juga ingin memberitahu bahawa aku akan keluar daripada Cyberaya atas sebab yang tidak boleh di beritahu.

Aku membuat surat ini untuk memberitahu ke semua Ejen MATA termasuklah ketua teras bahawa aku membuat dua video yang terdapat di dalam pendrive berwarna biru dan merah. Kamu semua boleh melihat pendrive berwarna biru dahulu sebelum pendrive berwarna merah. Terima kasih kerana telah mendidik aku untuk menjadi ejen yang berguna di dalam MATA selama tiga tahun.

Dengan ini aku bersumpah tidak akan kembali ke MATA atau  melibatkan diri ku ke dalam MATA lagi selama-lamanya dan tidak akan memaafkan kamu semua kecuali orang yang telah menyokong ku sejauh ini

Daripada ejen yang tidak berguna di dalam MATA

Selepas membaca surat itu mereka pun memberitahu kepada General untuk menelefon ketua teras untuk datang ke MATA dengan kadar segera.

Setelah beberapa minit, mereka berjaya membuat ketua teras untuk datang ke MATA.

"Mengapa kamu semua memanggil kami untuk datang ke arena. Apa benda yang darurat sehingga kami di panggil ke arena" kata Ejen Ganz ketua teras kombat.

"Begini, waktu kami tengah membincangkan misi tentang menyelamatkan Dr. Ghazali yang telah gagal, kami mendengar sesuatu yang jatuh di depan pintu arena, maka kami keluar kerana kami ingin tahu siapa yang ada di luar dan mendengar tentang misi tersebut. Setibanya kami di luar kami melihat Ali sedang berlari dari kami sambil menangis. Pada mulanya kami ingin mengejar nya tetapi kami melihat sekotak besar yang berwarna merah berada di hadapan kami lalu kami membawanya masuk ke arena. Setelah itu, kami membukanya dan menjumpai telefon yang berjenama Apple dan hoodie berjenama Gucci berserta kan pendrive berwarna biru dan merah. Kami juga mendapat sebuah surat daripada kotak tersebut yang berisikan sesuatu yang perlu kita buat. " terang ejen leon tanpa meniggal kan sebarang detail yang perlu diketahui oleh ketua teras sambil memberi surat yang mereka baca sebentar tadi.

Ketua teras membaca surat tersebut lalu memarahi mereka.

"Mengapa Ali tulis yang dirinya tidak berguna di dalam MATA. Adakah kamu semua yang memberitahu tentang dirinya yang tidak berguna " marah Ejen Dayang apabila dia dapati yang anak emasnya berasa dirinya tidak berguna.

"B-benar Ejen Dayang. K-kami memberitahu dirinya tidak berguna kerana dia tidak datang semalam waktu misi di mana kami h-harus me-menangkap Abang bear dan g-geng - geng komeng. Kami juga mendenda Ali untuk tidak datang ke misi  menyelamatkan bapanya sewaktu menara Gamma mempunyai bom di dalam nya. " terang General dalam keadaan gugup kerana takut di marahi oleh ketua teras.

The Ace Squad GangsWhere stories live. Discover now