4. Sepanjang Perjalanan

5.3K 32 0
                                    

Sepanjang perjalanan memandu kereta bersendirian melalui lebuhraya,
fikiran Pak Uda bagaikan tin kosong. Kedua-dua tangannya memegang
erat stering kereta, matanya ditumpukan pada jalan dan membiarkan
kereta lain yang laju memotong. Hari ini Pak Uda akan balik semula ke
rumah. Sebaik saja check-out tengahari tadi, Pak Uda terus memandu proton
Wiranya memasuki lebuhraya.
Tiga hari yang kosong. Makan minum tidur. Kalau keluar hotel sekalipun
sekadar window shopping di kompleks membeli belah. Masa Pak Uda lebih
banyak dihabiskan di bilik hotel membaca pelbagai majalah dan suratkhabar
yang di beli di kedai buku depan hotel. Entah macam-macam jenis majalah
yang dibacanya. Semuanya bacaan ringan.
Pak Uda terlalu sukar untuk menafsirkan perasaannya sendiri. Semuanya
kerana kejadian tiga hari lepas. Malam yang membuatkan Pak Uda hampir
tewas dengan tuntutan hawa nafsunya sendiri. Malam yang penuh dengan
kehangatan. Malam yang hampir menjerumuskannya ke lembah kehinaan.
Umurnya sekarang telah menjangkau 60 tahun. Ibarat rumah kata pergi, kubur
kata mari. Namun Pak Uda hampir lemas dalam gelora nafsu yang begitu
hebat. Lebih hebat dari tsunami! Dan kesedaran apa yang mengetuk akal
fikirnya, membuatkan Pak Uda tersentak dan melarikan diri.
Entahlah! Pak Uda sendiri tidak tahu. Adakah ini satu petanda untuknya.
Adakah ini satu permulaan yang baru buatnya. Tak termampu untuk Pak Uda
mentafsirkannya. Hati berkata iya, akal berkata jangan. Mana satu yang ingin
diikuti. Pak Uda masih belum menemui jawapan pasti.
Namun gerak hati seorang datuk, tidak melupakan Pak Uda untuk membelikan
‘teddy bear’ untuk cucu kesayangannya. Gerak hati seorang bapa pula
membeli kain sepasang dua untuk anaknya. Mahal juga kain satin yang dibeli
untuk Salbiah. Belum lagi dikira bila diupah jahit nanti. Pak Uda berkenan
benar dengan corak dan warna kain pink. Tentu cantik bila menyaluti tubuh
badan Salbiah yang putih melepak.
Pak Uda singgah sebentar di R&R. Perut terasa pula lapar. Walaupun hatinya
ingin cepat sampai ke rumah, tetapi Pak Uda tak dapat menyembunyikan
keresahan di raut wajahnya. Pandangan kosong Pak Uda sambil menjamah
nasi berlauk kari ikan dan sambal tempoyak, bagaikan menceritakan
segalanya. Selepas selesai makan dan membasuh tangan, Pak Uda bersandar
di wakaf yang disediakan memerhatikan orang yang singgah di R&R.
Pak Uda menyedut asap rokok Dunhill sambil matanya melihat orang yang lalu
lalang. Ada yang singgah bersama keluarga, anak muda dan juga sebuah bas

pelancong agaknya, berhenti di R&R tersebut. Mata Pak Uda meliar satu
persatu peha-peha putih yang melintas di depannya. Mungkin pelancong dari
Taiwan ataupun Hong Kong. Yang muda laju menuju ke gerai makanan, yang
agak berumur berjalan seperti biasa. Kebanyakannya muda-muda belaka.
Lebih ramai perempuan dari lelaki.
Biasalah orang Cina, memakai t-shirt dan seluar pendek. Mungkin cuaca di
Malaysia ni agak panas. Kalau memakai t-shirt pun, jenis yang bertali kecil di
bahu. Yang agak berumur lebih bersopan. Mata Pak Uda tak lepas menatap
paha-paha putih dan dada yang terbuka melintas di depannya. Batang Pak
Uda berdenyut kecil. Ah! Kenapa begitu mudah ia teransang?
“Eh! Tauke? Buat apa kat sini?” tanya Pak Uda sebaik saja terserempak
dengan seorang lelaki Cina di sebuah kedai gambar.
“Aiyah! Sarjan ka?” jawab lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan.
“Iyalah… Tauke meniaga sini ke?” tanya Pak Uda lagi sambil menyambut
tangan lelaki tersebut.
“Mau cari makan. Mestilah. Kalau tak mana mau cari wang.”
“Tapi… buat apa kat Ipoh ni? Kan dulu pindah KL?” tanya Pak Uda sambil
melabuhkan punggung di kerusi bulat depan kaunter.
Hampir 7 tahun Pak Uda tak bertemu dengan Tauke Lim. Kali terakhir bertemu
dengan Tauke bila kedai gambar Tauke Lim terbakar sewaktu di Johor Bharu
dulu. Khabarnya berpindah ke KL bersama anaknya, selepas bercerai dengan
Madam Chong. Salbiah dulu rapat dengan anak Tauke Lim, Mei Ling.
Pak Uda sedut dalam rokok di celah bibirnya. Pak Uda lunjurkan kaki. Bila
terserempak dengan pelancong yang turun dari bas tadi, fikiran Pak Uda
teringatkan Tauke Lim. Lebih-lebih lagi Mei Ling!
Waktu itu Pak Uda menghadiri kursus anjuran jabatan di bandar Ipoh. Setelah
4 hari di situ, Pak Uda singgah di sebuah kedai gambar berdekatan hotel untuk
mencuci gambar. Pak Uda tak sangka akan bertemu dengan Tauke Lim.
Berbual panjang jugak dengan Tauke bila dah lama tak berjumpa. Tahulah Pak
Uda, Tauke Lim berhijrah ke Ipoh kerana mengambil alih perniagaan
keluarganya. Rupanya Tauke Lim berasal dari Ipoh.
“Nanti malam datang sini lagilah… boleh kita berbual panjang. Banyak mau
cerita,” ajak Tauke Lim.
“Malam ni tak bolehlah Tauke. Lusa bolehlah, sebab ada dua hari lagi kursus
sini,” Pak Uda menolak.
“Ok! OK! Tapi Sarjan jangan lupa, sebelum balik singgah sini,” pujuk Tauke Lim
lagi.

Pak Uda New BeginningWhere stories live. Discover now