BAB 31:Evan Aafas

62 4 0
                                    

Tak sampai beberapa minit,kedengaran dengkuran halus di sebelah kiriku.Aku pun tersenyum.penat sangat bini aku ni.
"Evan,pembedahan mata kau bila mula?" Mikael bertanya.

"In syaa Allah,Ahad ni.Kalau berjalan dengan lancar 2 minggu lepastu,balutan kat mata aku nanti dah boleh buka.Kau jangan risau.My wife will handle everything." Aku menjawab senada.Memang tak sabar betul aku.Boleh tatap muka Felora setiap masa!

"Siapa yang risaukan kau pula ni? Aku bukan risau kat kau,aku risau dekat Felora!" Ah,sudah.Kenapa? Ada apa-apa ke? "Maksud kau?" Tiba-tiba,Felora merengek kerana banyak sangat pergerakan dari aku.Mungkin menganggu tidurnya. Shh...shh...Aku cuba menidurkan dia balik.Apabila tiada pergerakan dari si dia,barulah Mikael bersuara.

"Semalam,bisnes kita dekat Paris.Duit hilang RM 1.5 juta ringgit.Yang peliknya duit tu lesap macam tu jer.2 minggu lepas,bangunan baru yang perlu kita bina kat Itali tu,duit modal hilang beratus ribu ringgit.Aku rasa ada yang cuba sabotaj lah." Aku mendengar apa yang Mikael katakan.Kes berat ni!

Kalau musuh nak mulakan langkah,memang ini lah peluang diorang.Sebab sekarang ni pergerakan aku terbatas.Hanya Mikael sahaja yang uruskan tentang hal syarikat. "Dah bagitahu Lucca."

"Dah.Dia perhatikan musuh kita tu dalam diam." Aku tahu aku boleh harapkan Lucca.Siapa Lucca? Korang bacalah novel ni sampai habis! Apa yang korang perlu tahu,Lucca merupakan kawan baik aku juga.Aku harap sangat diorang tak jumpa perihal Felora.Setidak-tidaknya,biarlah aku sembuh dahulu.Boleh aku bantai diorang cukup-cukup!

Akhirnya,sampai juga ke rumah aku.Felora masih lagi lena.Tak bangun-bangun.Kalau aku ni tak buta,memang aku dah dukung dia ni.Masalahnya,keadaan sekarang tak mengizinkan.Nak suruh Mikael angkatkan,memang minta penendang aku!

"Felora...bangun sayang.Kita dah sampai." Aku dengar dia menguap kecil.Comel! "Lama ke Felora tidur?" Aku tersenyum. "Cukup lama untuk buat abang rindu." Dia menolak pipi aku manja.Ala...malu lahtu.Masuk di dalam rumah,aku memberi tahu arah bilik kami.

"Wahhh! Seriously,ni rumah abang.Besarnya!!!!" Teruja betul nada suara dia.Takpelah,bahagiakan isteri dapat pahala! "Memang besar dan sunyi.Tapi,tu dululah.Abang selalu berangan nak bawa suri hati abang dekat sini.And now,you here! Welcome to our sweet home sayang!"

Kalau korang nak kata aku gedik,memang aku gedik pun! Tapi,dengan bini aku jerlah aku menggedik.Kalau depan orang lain,memang muka beku dan dingin aku hadiahkan!

"Hahahahaha!! Mengadalah abang ni.Okaylah,sayang nak pergi dapur.Nak tengok barang buat masak." Baru si dia ingin melangkah pergi,aku pun bersuara. "Sebelum tu,can you do me a favour?" Aku bertanya lembut.

"Tugas apa?" Dia bertanya.Soalan yang tepat! Ini yang aku nak dengar.

"Open my shirt?" Aku menahan ketawa dalam diam.

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now