TAKDIR 20

17 2 0
                                    

Selesai sahaja majlis perkahwinan mereka, jamuan makan-makan pun bermula. Untuk memastikan makanan tidak dibazir, mereka akan menghantar lebihan makanan kepada rumah-rumah terdekat.

Kelihatan dua pasangan pengantin baru itu bermesra-mesra di tempat duduk khas mereka. Menyuap satu sama lain. Mereka juga memberikan pandangan yang penuh dengan kasih sayang.

Hari pun cepat berlalu, masa telah pun menunjukkan pukul 2 petang. Hilal kini sedang duduk di hadapan keretanya sambil menunggu Siti.

Asyraf mendekati rakannya itu.

"Hilal, tahniah lagi sekali. Aku harap kau boleh bahagiakan Siti." dia menyandar di pintu kereta Hilal.

Lelaki itu hanya tersenyum nipis, dia sendiri masih tidak percaya bahawa dia berkahwin dengan perempuan yang dicintainya sejak zaman sekolah. Dia berasa bersyukur, kerana Allah telah makbulkan doanya setelah lapan tahun menunggu.

"Alhamdulillah, semua ini rezeki daripada Yang Maha Esa." dia tersenyum.

Asyraf kemudian bersuara, "Kau bawa lah Siti pulang, biar aku, Naufal, Aniq dan Haikal kemas semua ini," katanya.

Hilal sedikit terkejut, dia akan rasa bersalah. Majlis yang diraikan untuknya akan dibersihkan oleh rakan-rakanya. Sebelum sempat berkata apa-apa, mulutnya diletakkan jari telunjuk.

"Tiada alasan, bawa dia balik. Mesti isteri kau penat." dia tersenyum. Dia hanya inginkan yang terbaik untuk rakannya.

Hilal ketawa nipis, dari dulu sehingga sekarang, perangai masih sama. Degil.

"Baiklah kalau begitu, aku serahkan semuanya kepada kalian. Ribuan terima kasih.

Asyraf tersenyum.

Pintu utama dewan dibuka. Kelihatan sekumpulan wanita sedang keluar daripada bangunan tersebut. Mereka ialah Siti, Nabila, Fariha, dan Farah.

Empat rakan itu kemudian melangkah ke arah Hilal.

"Assalamualaikum, Hilal!" salam Nabila.

Hilal menjawab salamnya berserta dengan senyuman.

"Kami dah puas berborak dengan isteri awak itu, dia termenung sahaja tadi. Teringat suami dia." sambung Fariha dengan ketawa nipis, diikuti Farah dan Nabila.

Siti menundukkan wajahnya ke bawah sambil berasa malu-malu. Dia kemudian menutup wajahnya dengan kedua tapak tangannya.

Lelaki itu ketawa nipis, terhibur dengan perangai isterinya.

"Sudah-sudah, saya nak bawa Siti balik. Penat sangat dia ini."

Hilal menghulurkan tangannya kepada isterinya itu.

"Mari." dia mengukirkan senyuman yang manis untuk Siti.

Siti terkaku buat seketika. Hatinya rasa berdebar-debar. Sah atau tidak, ini kali pertama dia memegang tangan seorang lelaki selepas daripada majlis tadi.

Dengan rasa segan, dia menyambut tangan suaminya dengan tangan kanan. Tangan kirinya pula masih menutup separuh daripada wajahnya.

Kedua suami isteri itu kemudian masuk ke dalam kereta. Kenderaan ini merupakan hadiah daripada Encik Ja'afar, ayah Hilal. Hadiahnya merupakan sebuah kereta Mini Cooper. Walaupun Hilal sudah ada keretanya sendiri, dia terima hadiah ayahnya kerana rasulullah berpesan supaya menerima hadiah daripada orang lain.

Asyraf kemudian menyelit ke dalam tingkap keretanya.

"Siti, jaga Hilal elok-elok ya? Kalau budak ini buat hal, beritahu sahaja saya." Dia menunjukkan ibu jarinya.

Hilal hanya layan sahaja endah rakannya. Siti pula mengangguk sambil ketawa nipis.

"Baiklah, kami gerak dulu. Assalamualaikum," katanya sambil menekan minyak kereta dengan perlahan-perlahan. Siti pun lambai kepada rakan-rakanya, Hilal membuat perkara yang sama.

Pertemuan Takdir: Jodoh TuhanWhere stories live. Discover now