𝐁𝐀𝐁 3 ✩

34 5 0
                                    

HABIS hilang moodku untuk shopping disebabkan mamat tu je.

"Hei relaks la wey" Sera menenangkan ku.

"Macam mana aku nak relaks? Teringat muka mamat tu terus naik darah aku mat." marahku

"Okey - okey aku tau macam mana nak buat kau relaks." 

Aku hanya angkat sebelah kening bermaksud 'apa?'. Malas nak layan Azira ni, kalau dia bagi aku lawak bodoh time - time aku badmood ni. Memang minta kaki.

"Jom club! Kita enjoy - enjoy je la" Ajak Azira.

Aku dan Sera hanya angguk, bersetuju.

AKU terjaga daripada lena. Cahaya matahari sudah menyinari segenap ruang bilikku. Aku mencapai telefonku. punat power di tekan. Aku melihat angka terpapar di skrin kunci telefonku. Sekarang sudah pun pukul sepuluh pagi. Sedang aku melihat segala notifikasi telefonku, tiba - tiba kepalaku terasa pening yang amat, tekak ku pula berasa loya. Aku terus berlari ke tandas untuk mengeluarkan segala isi perutku. 

Telefon aku berdering menandakan ada panggilan masuk. Aku hanya biarkan sahaja tidak terjawab. Selepas aku selasai mencuci muka dan mengosok gigi, aku menuju ke arah telefonku untuk manjawab panggilan tadi yang kubiarkan tidak terjawab.

Dua panggilan terlepas dari ayahku, Encik Rosli. Baru sahaja aku mahu menekan tombol 'call', Encik Rosli terlebih dahulu menelefonku, aku terus mengseret ikon hijau ke atas. 

"Assalamualaikum, Fiqa." Encik Rosli terlebih dahulu menyapaku.

"Hmm.. ye, kenapa ayah call Fiqa ni?"

"kalau ye pun jawab la salam ayah dulu" Tegur Encik Rosli.

"Ye waalaikumussalam. Kenapa ayah call Fiqa ni?" Ulangku

"Fiqa tak sihat ke? Kenapa ayah dengar suara Fiqa serak?" 

"Fiqa sihat je yah, cuma pening kepala sikit."

Mungkin sebab malam tadi kut. Sebab semalam aku terminum dua botol arak, stress punya pasal

"Dah makan ubat belum ni? Dah pergi klinik?" Tanya Encik Rosli prihatin.

"Fiqa okey je la yah, nanti sihat la ni"

"Ayah call Fiqa ni sebab ayah nak Fiqa balik"

"Harini ke yah? Kalau harini tak boleh la yah Fiqa ada kelas" Tipuku. 

Sebenarnya harini aku sudah berjanji untuk keluar bersama Azira dan Sera. 

"Kalini ayah tak kira. Ayah nak Fiqa balik harini juga" Tegas Encik Rosli

"Habis kelas Fiqa macam mana?"

"Ayah nak Fiqa berhenti belajar. Ganti tempat ayah di ofis" 

"WHAT!? Ayah ni kenapa!?" Suaraku sudah naik seoktaf tidak puas hati dengan keputusan Encik Rosli."

"Jaga oktaf suara Fiqa dengan ayah. Ayah ni bapa Fiqa" Kata Encik Rosli, kedengaran lembut tapi disebaliknya terselit amaran.

"Ayah ni dah kenapa!? Ikut suka hati ayah je nak buat keputusan! Seelok - eloknya bincang la dulu dengan Fiqa!" Aku mula memberontak 

"Fiqa!! Ayah tak pernah ajar meninggikan suara dengan orang yang lebih tua!" Suara Encik Rosli sudah naik dua oktaf, hilang semua kesabaranya.

"Iye yah, Fiqa minta maaf.." Aku mengalah.

Heshh.. Gila tak mengalah? Ayahku ni kalau dah mengamuk sudah serupa seperti bapa singa. Uuu.. Mengerikann!

"Harini Fiqa balik" Kataku dengan berat hati.

Melepas la aku keluar dengan Azira dan Sera. Huhuhu.

"Hmm.. Hati - hati memandu" Sempat Encik Rosli memesan sebelum aku matikan panggilan."

SETELAH empat jam aku memandu akhirnya sampai juga ke negeri sembilan. Aku memasuki perkarangan rumah ibu ayahku. Aku memarking keretaku di dalam garaj. Aku keluar dari perut kereta. Kaki terus melangkah ke pintu utama rumah. 

"Eh, Fiqa bila sampai?" Tegur Puan Hanina yang baru menuruni tangga. 

Laju aku merapati ibuku untuk disalami tangannya.

"Baru je sampai bu. Tadi jalan jem sebab tu lambar sikit."

 "Ouhh.."

"Mana Ayah bu?"

"Ayah? Entah la tadi katanya pergi jumpa kawan" 

"Fiqa menginap di sini ye? Dah lama Fiqa tak balik sini. Ibu rindu anak ibu ni."

"Baik bu, Fiqa pun rindu ibu"

_______________________________________

𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐮 𝐯𝐨𝐭𝐞𝐞 𝐠𝐮𝐲𝐬𝐬.. 𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐢𝐢 💗

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now