CHAPTER 9

24 1 0
                                    

          SEMINGGU berlalu. Lama kelamaan Qastury sudah boleh ikut segala aktiviti dan keadaan di Qudratul Hasanah ini dengan hati yang redha dan terbuka. Dia perbetulkan tudung bawal di kepalanya dan dipakai kemas.

Totebag yang tergantung diambil. Buku nota dan rujukan sepanjang usrah bersama Ustazah Safiyyah empat hari yang lalu dibawa masuk ke dalam beg. Begitu juga alat tulis untuk dia membuat sedikit nota.

Dia akan menyertai usrah tiga kali seminggu bersama Ustazah Safiyyah. Tiga hari yang lain, kadang kala akan dikumpulkan kesemua Imtiyaz untuk mendengar usrah yang akan disampaikan oleh Ustaz Uthman.

Di sini, para ustaz dan ustazah ada yang muda dan yang masih bujang. Oleh itu kadang kala boleh menaikkan semangat ahli Imtiyaz. Pasangan idaman begitu bak kata mereka.

Qastury melangkah masuk ke dalam bangunan Ibnu Sina sebaik tiba. Ada beberapa kelas agama yang sedang berlangsung untuk anak-anak yatim yang lain yang bersekolah pada waktu petang. Pada waktu pagi, mereka akan masuk kelas agama terlebih dahulu.

“Puteri!” Zaleha menjerit memanggil gadis itu apabila terserempak di bangunan Ibnu Sina. Si gadis menoleh memandang Zaleha yang riang orangnya. Nak pula pendek. Dari awal lagi dia sedar gadis ini akan sering mahu melekat dengannya sedangkan sampailah kini, dia tidak ingat pun siapa nama gadis tersebut.

“Err...” Zaleha menghela nafas kecil. Dia kekal tersenyum memeluk buku di dadanya.

“Zaleha” dia tahu Qastury tidak langsung mengingati namanya. Duduk sebelah di dalam bilik seminar. Berbual kadang-kadang namun sikit pun gadis itu mahu mengingati namanya.

“Ouh ye. Zaleha” makin tersenyum lebar Zaleha dibuatnya.

“Awak baru sampai ye? Jomlah pergi bilik seminar sama-sama” Qastury sekadar mengangguk. Nampak teruja benar gadis ini mahu berkawan dengannya. Dia yang berniat mahu seorang diri ini kadang tidak jadi. Pasti Zaleha akan muncul dan mendekat dengannya.

Kadang rasa 'annoyingʼ namun berbual dengan Zaleha agak sedikit nyaman. Sekurangnya dia tidaklah sunyi dan kekok sangat. Adalah juga kawan berbual.

“Harini dengarnya Ustazah Safiyyah tak ada” kata Zaleha melangkah kaki menaiki tangga. Qastury memandang gadis itu seketika.

“Tak ada?”

“Haah. Tak tahulah kenapa. Jadinya kita akan sekali dicampurkan dengan Imtiyaz muslimin. Mungkin harini yang ganti  ustazah, Ustaz Uthman kot. Macam biasa” Qastury mengeluh. Dia agak tidak berkenan dengan ustaz itu.

Bukan apa, suka sangat bertanya dan memetik orang di dalam bilik seminar untuk menjawab soalannya. Teliti benar ustaz itu mahu memastikan semua yang mendengar usrahnya itu faham dengan apa yang dia sampaikan.

Mereka masuk melalui pintu belakang apabila memastikan tiada pengajar di hadapan. Jika ada, mereka perlu lalu di hadapan sebagai tanda hormat. Peraturan di bangunan Ibnu Sina ini ada perkara yang unik dimana tangga bagi muslim dan muslimat diasingkan. Muslimin tidak boleh melalui tangga muslimat dan begitu sebaliknya. Termasuklah pintu bilik seminar dan kelas. Pintu belakang bagi muslimat dan pintu hadapan bagi muslimin.

Ini dilakukan untuk mengelak dari terlalu berselisih antara lelaki dan wanita.

Qastury menyedut air minumnya menggunakan botol air yang bercorakkan panda. Ditutup penutupnya dan diletak jauh sedikit di atas meja. Tekaknya mula terasa mahukan sesuatu pula pagi ini. Dia menoleh memandang Zaleha yang sedang menyelak buku notanya.

“Zaleha. Kau ada sour candy tak? Tak kisahlah apa pun janji benda masam” dia bertanya. Tekaknya mahukan benda-benda masam sekarang. Teringin.

“Tak adalah, Puteri” jawabnya. Qastury memuncung sedikit. Tudung bawal hijau yang seperti tudung sekolah itu diperbetulkan.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now