Bab 1

54 9 0
                                    

"Malika, bangun sayang. Bangun solat subuh, lepastu siap pergi kerja." Nenek Jemah menggoyangkan sedikit badan Malika untuk mengejut dia bangun daripada tidur. Takut karang terlambat pula mahu ke kerja.

"Mmm, Malika mengantuk lagi la nek, 5 minit eh." Kata Malika dengan suara mamainya.

"Eh! tak boleh macamtu, nanti hang lewat masuk kerja malika oi. Hang tu dah la sejenis liat nak bangun pagi." Bebel Nek Jemah kepada Malika. Nenek kalau membebel boleh pekak telinga!

"Yela Nek, nak bangun la ni sabaq la sat" Malika bangun daripada katil empuknya dan mencapai tuala yang disangkut pada bangku meja soleknya. Dia masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas beberapa minit membersihkan diri, dia keluar dari bilik dan duduk di meja makan.

"Uihh, sedap sangat ni Nek, terima kasih masakkan breakfast." Ucap Malika kepada Nek Jemah. Setiap hari Nek Jemah akan masakkan dia breakfast. Dia sudah la selalu bangun lewat. Setiap kali dia bangun lewat, pasti Nek Jemah yang kejutkan. Lepas kejutkan dia, pergi buat breakfast pula. Nampak sangat dia ni anak dara memalas.

"Dah, lekaih la makan nasi goreng tu nanti sejuk tak sedap. Dahla lewat nak p qeja dah." Kata Nek Jemah sebelum menuju ke dapur. Selepas siap makan, dia bersalaman dengan Nek Jemah dan terus berangkat ke tempat kerjanya.

_______________________________________________

"Goodmorning umi, abang mana?" Tanya Qayren kepada umi kesayangan dia itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Goodmorning umi, abang mana?" Tanya Qayren kepada umi kesayangan dia itu.

"Morning, abang kau tu awal pagi dah keluar. Pergi mana pun tatahula tapi tadi tengok muka dia gelabah semacam je, ada hal la kot" Kata Datin Qairysa kepada pertanyaan anaknya tadi. Selepas itu dia terus menuju ke dapur untuk mengambil air yang dibuatnya sebentar tadi.

"Ren makan la dulu, umi nak pergi naik atas jap, nak kemas apa yang patut." Dia terus naik ke tingkat atas tanpa menunggu balasan daripada Qayren.

Qayren tersenyum lalu sambung seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia sudah biasa dengan perangai uminya yang satu itu selepas abi meninggalkan kami sekeluarga. Selalu, umi yang selalu temankan dia makan kalau abi sudah berangkat ke kerja, tapi sekarang tidak lagi.

Setelah selesai makan, Qayren mencuci pinggan dan cawan yang digunakan tadi, lalu dia mencapai kunci kereta Porsche 911 dan terus berangkat ke kerja.

"Goodmorning, boss." Sapaan daripada perkerja-perkerjanya. Dia membalasnya dengan anggukkan sahaja dan terus menuju ke bilik pejabat. Setelah duduk, PAnya yang bernama Mya itu masuk dan memberikan satu fail yang berwarna merah.

Dia mengjongketkan kening tanda apa? kerana dia memang betul-betul malas hendak bercakap dengan sesiapa sekarang ini.

"Fail ni boss kena tanda tangan tanda kita setuju untuk berkerja bersama sama dengan Qayyum company." Dia terus menyambut pen yang diberikan kepadanya dan terus menanda tangan.

"Kitaa juga ada metting dengan Qayyum company pada pukul 3 petang sebentar lagi." Kata Mya selepas menyambut pennya kembali.

Qayyren terus melihat jam dinding yang ada dibiliknya. Oh, masih awal. "Dah, keluar. Aku nak tido." Kata Qayren kasar kepada Mya. Mya kalut-kalut mengemas barang dan terus keluar daripada pejabat bossnya itu. Bossnya kalau sudah rimas, semua barang depan muka dia pun dia campak.

Selama beberapa jam dia tidur, dia terjaga pada jam 1.50 petang. Masih ada beberapa minit lagi mahu pukul 3 petang. Setelah itu, dia bangun daripada kerusi kerjanya, lalu mencapai iphone 15 pro max di atas meja dan berangkat keluar.

"Mya saya keluar kejap, makan. Pukul 2.40 saya balik." Kata Qayren kepada Mya dan terus berlalu sambil menayangkan wajah dinginnya kepada kesemua perkerja. Macam nak makan orang pun ada.

Setelah sudah memasuki dalam perut kereta, dia menghidupkan enjin keretanya dan mulakan memandu ke satu cafe yang mahu ditujui.

_______________________________________________

"Eh, Malika! kau boleh tak tolong jagakan dekat depan kejap, aku sakit perutla. Kejap eh" Kata Airen sambil lari-lari anak untuk membuang hajat yang sudah lama dia tahan daripada rumah lagi.

Kring Kring

Bunyi loceng pintu menandakan ada pelanggan yang datang ke cafe ini.

"Selamat datang Encik, Encik nak makan atau bungkus? dan Encik juga mahu makan apa ya? makanan disini semuanya sedap-sedap!" Tanya Malika sambil senyum kepada Qayren sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Qayren terpegun dengan senyuman gadis itu, dengan lesung pipitnya lagi. Ya Allah, inikah yang dikatakan jodoh?

"Encik, Encik nak makan apa, ya?" Tanya Malika kepada pelanggannya ini tapi tidak juga dibalasnya.

"Oh, ha. Bagi aku Matcha satu." Tersedar Qayren daripada lamunan.

"Minum je eh? kejap ya. Encik duduk la dulu, nanti saya hantarkan." Pelawa Malika kepada Qayren. Kang tak pelawa boss dia kata tidak pandai melayan pelanggan pula.

Selepas beberapa minit, Malika kembali bersama dengan air yang dipesannya tadi. Dia meletakkan air diatas meja sambil senyum, dan berlalu pergi.

'Sudahla senyum depan aku, lesung pipit kau comel sial!' gumam Qayren didalam hati.

_______________________________________________

"Nenek, Malika dah balik." Dia membuka kasut conversenya dan meletakkan didalam rak kasut. Dia membuka pintu dengan perlahan-lahan. Neneknya sedang tidur rupanya, patut tak menyahut panggilannya tadi.

"Nek, kenapa tidur dekat atas sofa ni? kenapa tak tidur dalam bilik je?" Tanya Malika kepada neneknya. Dia takut orang tua itu sakit belakang tidur diatas sofa ni. Kang sakit belakang aku jugak kena urut.

Nek Jemah terjaga dari lenanya kerana terasa diganggu. "Eh Malika balik dah ka, nenek tunggu hang nak makan sama-sama." Kata Nek Jemah lalu menarik lengannya menuju ke meja makan.

"Kenapa nenek tak lena ja dulu? Malika balik lewat sekarang ni, Nek." Kata Malika sambil mempancarkan riak risau. Dia risau akan neneknya ini, dahla dah tua pastu tak sedar diri kata diri tu dah tua. Dah sakit baru nak mengadu dekat dia.

"Takpa la aih, nenek sanggup tunggu hang semata-mata nak makan dengan hang sekali." Kata Nek Jemah sambil mencenduk nasi kedalam pinggan Malika.

"Terima kasih, Nek." Ucap Malika sambil mengambil lauk yang dimasak oleh nenek Jemah.

"Uish, ayam masak lemak. Favourite Malika ni, nenek!" Kata Malika dengan teruja. Masakkan favourite dia tu!

"Aku taula makanan peberet hang, sebabtu aku masak." Kata Nek Jemah, lalu dia menarik kerusi yang bersebelahan dengan Malika.

"Makan la lekaih, aku sumbat nasi dalam mulut hang satgi kot baqu hang tau." Kata Nek Jemah sambil menjeling Malika.

Walaupun perwatakan Nek Jemah begitu, tetapi dia tahu didalam hati orang tua tu ada taman. Saja takmau tunjuk latu, humph!

"Yela oqang nak makan la ni!" Jawab Malika protes dan berlalu ke dapur untuk membasuh tangan. Selepas mencuci tangan, dia kembali duduk dikerusinya dan membaca doa. Dia terus makan dengan lahapnya. Nampak sangat lapaq kebuloq.

To be continue.

Vote dengan comment la sikitt sayang sayang semuaaaaa 💋

𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 | 𝐨𝐠 Where stories live. Discover now