bab 5

29 5 0
                                    

Selepas kesemua kerjanya selesai, dia mengambil barang didalam locker. Dia memakai helmet kesayangannya dan terus membonceng motor pemberian neneknya kerumah. Rumahku syurgahku

Setelah sampai, dia turun dari moto dan membuka helmet dari kepala. Dia meletakkan helmet di atas rak kasut. Kasut yang dipakainya pula dibuka dan disusun rapi disebelah rak kasut. Kasut yang biasa dia pakai memang tak akan simpan di dalam rak kasut. Itu demi memudahkan urusan dia juga.

"Assalamuailaikum, nek Malika dah balik ni!" Jerit Malika nyaring.

"Waailaikumussalam... hang ni pasaipa jeqit-jeqit? sampai belakang dengaq nu. Malu la sama kat jiqan-jiqan.. hang tu perempuan. Sopan la sikit perangai." Ceramah Nek Jemah sambil menggelengkan kepala.

Malika sengih sampai ke telinga. Dah perangai tak semegahnya bergitu.. tak boleh dibedung.

"Ala nek ni, happy-happyla sikit.." Malika melagakan sikunya ke siku Nek Jemah. Macam buat dengan member.

Nek Jemah menjeling Malika tajam seperti helang. Dia tengah bercucuk tanam di halaman belakang, ada pulak di depan terpekik terlolong membagi salam.

Sekilas, Malika terpandang jam di dinding sedang menunjukkan pukul 3.30 petang. Dia melangkahkan kakinya memasuki ke dalam rumah. Dia sebenarnya mana masuk rumah lagi tadi. Nek Jemah khusyuk sangat ceramah dekat dia sampai tak sempat masuk rumah.

"Nek, pukul 4 petang satgi Malika nak keluaq p tasik putrajaya sat nah.. nak keluaq dengan kawan." Kata Malika sambil berdiri di tepi Nek Jemah yang sedang menuju ke halaman belakang yang ingin menyambung bercucuk tanam yang tergendala akibat pekikkan Malika sebentar tadi.

Nek Jemah tersenyum sinis "Kawan ka boyperend ni? hang toksah dok bohong aku la hang." Balas Nek Jemah sambil menekan-nekan bunga yang ditanam kedalam pasu.

Malika tersenyum malu "Betoi la kawan ja Nek Jemah.. tapi laki la.."

"Hang ingat aku ni baqu kenai hang kemarin ka, Malika? hang tu jaqang kawan dengan laki.. keluaq apatah lagi.. ni tiba-tiba ni mesti ada sesuatu."

"Ish, yala-yala Malika suka dia!" Kata Malika sambil menghentak-hentakkan kakinya tanda geram. Baru nak simpan lama sikit!

"Kalau dah suka tu jujur sahaja, Xaviena Malika.. nanti terlepas baqu hang nak melalak riyau macam hilang anak." Kata Nek Jemah sambil memandang tepat ke dalam mata Malika.

" Perasaan ni Malika, makin lama makin kita nak benci dia, makin itu la perasaan suka itu lebih dalam. Pasal darjat tu hang jangan risau sangat.. mungkin keluarga dia boleh terima? hang tu bukannya takdak duit langsung, ada duit tapi buat cukup-cukup makan sahaja. Kalau suka, jujurlah.. jangan pendam dalam hati, nanti terlepas.." Nek Jemah memandang ke dalam mata Malika dengan pandangan redup. Dia tahu apa yang dipikirkan Malika ketika ini. Mereka berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Yang tidak mempunyai apa-apa harta.. mungkin lelaki itu berasal dari orang yang kaya raya? sebab itu cucunya yang sorang ini berasa rendah diri yang teramat.

"Pikir-pikirkan lah pesan nenek ni, Malika. Hang pun dah besaq, pikir la juga perasaan sendiri bukan perasaan orang lain. Nenek ni dah tua, tunggu ajal sampai ja ni.. bukan aku boleh jaga hang sangat pun lani.. jadi, biarlah tok laki hang ja yang jaga kalau hang khawin dengan dia."

Nek Jemah bangun dari duduk di atas kerusi kecik, kerusi itu di ambil dan diletakkan di sebelah pintu masuk belakang rumah. Lalu, dia melangkah masuk dan menuju ke bilik air untuk membasuh kaki dan tangannya yang kotor dengan tanah dan baja. Setelah selesai, dia menuju ke ruang tamu lalu duduk di sofa. Walaupun sofa itu sudah lama dan tampak usang, tapi sedap di duduki baginya. Biasalah, dah biasa dengan keadaan macam ini, yang tak empuk pun dia kata empuk. Remote TV di atas meja dicapai. Dia membuka saliran yang dia minati. Sambil itu, sekilas dia melihat jam di dinding sudah hampir menunjukkan pukul 4 petang.

𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 | 𝐨𝐠 Where stories live. Discover now