BAB 1

176 19 1
                                    

"CEPATLAH bangun, Rena! Kau ni, semalam kata nak teman aku pergi workout. Boleh pulak kau bagi alasan 5 minit lah apa. Sebab ni aku malas ajak kau. Susah sangat nak bangun!" Rakan kecil Anggun, Amanda. Dia mendengus kasar sambil menarik tangan Anggun supaya bangun. Eh dia ni tarik tarik tangan orang pulak. Ingat acara tarik tali ke?

"Hm... takpelah weh. Kau pergi aje. Aku pergi esok esok lah." Jawab Anggun dengan nada malas. Pagi pagi dah memekak. Bingit tahu tak?

"Esok esok sampai aku mampus kau takkan pergi la perempuan! Sebab tu aku malas nak deal dengan kau. Nanti banyak alasan kau bagi. Baik aku pergi sendiri, boleh cuci mata tengok muscle abe sado pagi pagi." Dia membuat muka nakal sambil tersenyum macam kerang busuk. Miang betul. Report kat mak baru tahu.

"Membebel aje kerja kau ni. Selotep mulut tu kang baru tahu. Macam lah abang abang sado tu nak tengok kau. Ni kalau aku tunjuk muka kau time tidur, mesti tergelak besar. Iyalah, terkejut tengok beruk tidur atas katil." Dia mengekek. Syok ya kacau Amanda ni. Hahaha.

Amanda memukul kepala aku dengan menggunakan bantal. "Kau ni kenapa? Suka sangat cari gaduh. Dah sekarang ni, last aku tanya kau. Nak pergi ke tak nak?" Dia bertanya sambil bercekak pinggang.

Emo lah dia ni. Moon coming ke?

Nak pergi ke tak nak? Ah, pergi ajelah. Nanti merajuk siapa yang susah? Anggun jugak.

"Yelah aku pergi. Dah kau blah, shuh shuh." Anggun menghalaunya dan tolak dia keluar dari bilik aku. Sebaik saja dia keluar, Anggun terus pecut masuk ke dalam bilik air.

***

MEREKA pun telah sampai destinasi yang ditujui. Amanda terus menarik tangan Anggun untuk naik ke tingkat dua. Tak sabar lah tu nak jumpa abe sado dia.

Sebaik sahaja sampai, Anggun sedikit terkejut dan mulut ternganga sedikit. Iyalah, first time masuk. Selama ni nampak rupa gym ni dari luar tingkap aje. Tak sangka dalam dia macam ni. Dan disitulah dia dapat melihat lelaki yang sedang sibuk membuat senaman mereka. Astaghfirullah, Anggun. Behave please!

Dia melihat rakannya yang di sebelah sambil tersengih. "Weh kau ajar lah aku fasal benda benda ni semua. Aku kan newbie lagi. Boleh kan, hehe." Anggun membuat muka comel sambil kelip kelip mata dan Amanda membuat riak menyampah. Hek eleh, padahal suka tengok muka dia jadi comel.

"Malas aku. Kau belajar lah sendiri. Akal ada kan? Aku dah lah dah lambat. Mesti orang yang guide aku tu marah sebab aku lambat sampai. Dahlah, tata titi tutuu." Amanda terus pergi meninggalkan Anggun. Kurang ajar punya minah.

Anggun bagai kucing kehilangan anak. Bingung. Tak tahu nak buat apa, jadi aku pergi ke arah treadmill yang menjadi perhatiannya.

Dia menggaru kepala melihat butang butang yang ada di treadmill tersebut. Apa benda ni? Tak faham, siut! Tak ada ke jejaka yang kacak nak tolong Anggun yang comel ni.

Tiba tiba, ada seorang lelaki yang mendekatinya. Wah jejaka kacak nak tolong kita lah.

"Awak, macam ma-" Belum sempat dia bercakap, ayat aku dipotong.

"Blah, aku nak guna." Dengan nada selamba, lelaki itu terus naik atas treadmill itu dan memulakan lariannya.

Eh eh mamat ni, selamba badak dia aje. Ingatkan nak tolong ke apa. Hampeh betul! Panas pulak hati dia.

"Amboi, awak ni! Suka hati aje nak amik orang punya tempat. Banyak lagi kan treadmill lain? Kenapa nak guna ni jugak eh? Saja aje kan nak panaskan hati kita ni!" Jawab Anggun geram. Siapa aje tak bengang.

Tapi, lelaki itu hanya diam dan mengendahkan percakapannya. Ya Allah sabar, Anggun.

"Tak ada suara ke wahai cik abang? Dahla sergah orang tiba tiba lepastu halau orang. Macam la treadmill ni ada nama dia." Makin panas pulak hati dia. Rasa nak aje baling dumbbell kat kepala dia. Biar benjol.

"Bising lah kau ni. Pergi ajelah treadmill lain. Susah sangat ke?" Jawabnya dengan nada agak marah tapi perlahan. Mungkin tak mahu didengari orang.

"Eh dia yang sergah orang tiba tiba lepastu suruh orang pergi treadmill lain. Ingat badan awak besar tu saya takut ke? Kalau kena pelekuk saya ni, mesti mengadu dekat mak. Apa apa ajelah, makin sakit pulak hati saya cakap dengan awak ni. Tak ada faedah lansung!" Anggun menjelingnya tajam dan berlalu pergi meninggalkan dia.

Baru aje datang sini, dah ada orang cari masalah. Kenapa la eh si Amanda bawak dia pergi gym ni. Kalau tak, mesti Anggun tak jumpa mamat tu. Dia rasa menyesal pun ada datang sini. Dahla muka macam orang tua. Eiii sakitnya hati!

***

Pendek aje kan? Haha sebab idea dah lost. Next chap saya akan cuba banyakkan lagi. Enjoy, bubs 🤍

EDITH ZULFAN : US (OG)Where stories live. Discover now