BAB 4

104 8 2
                                    

DI dalam kereta, Anggun memasang lagu Slut! by Taylor Swift. Anggun mengadu pada diri sendiri. "Ish penat betul la harini. Dah la jumpa mamat kerek tu lagi. Asyik-asyik jumpa dia. Rasa nak buang aje mata ni, biar tak dapat tengok dia lagi dah."

"Tapi kan, handsome jugak dia tadi. Kemas betul tengok dia pakai coat.. dah la lawyer hmm.." Anggun tersedar dari kata-katanya.

"Eh! Apa aku cakap ni.. ish semua salah mulut!" Anggun menampar perlahan bibirnya.

Tiba-tiba, Anggun mendapat panggilan. Dia mengambil telefonnya di seat sebelah dan melihat skrin telefon.

Lina is calling...

Anggun terus mengangkat panggilan tersebut dan meletakkan telefon di tepi telinganya.

"Ha nak apa call orang ni?" Tanya Anggun.

"Assalamualaikum wahai gadis yang cantik lagi menawan. Nama diberi Anggun Adreana.." Belum sempat Amanda habiskan ayatnya, Anggun terus potong.

"Waalaikumussalam. Kau nak apa ni? Tak payah la nak cakap macam tu. Muak dah aku dengar, benda sama aje. Tak ada ayat lain ke?"

"Hehe, jangan la marah. Anggun, kau ingat tak hari ni hari apa?" Tanya dia. Amanda berharap yang Anggun ingat hari ini hari jadi dia.

"Hari ni hari Khamis. Kenapa?"

"Ish memang la hari Khamis, tapi hari ni dia spesial sikit. Ingat tak?"

"Tak ingat. Dah la bye. Tengah drive ni, kang tak pasal-pasal aku accident." Anggun terus mematikan telefonnya dan meletakannya di tepi.

Di sebalik panggilan yang telah dimatikan, Amanda agak kecewa. Dia memuncungkan bibirnya. Dia tertanya pada diri sendiri. Betul ke Anggun tak ingat? Atau.. buat-buat lupa?

***

DIA pun telah sampai ke destinasinya iaitu kafe Secret Recipe yang berdekatan dengan studionya. Dia keluar dari perut kereta lalu berjalan masuk ke dalam kafe itu. Nak beli kek red velvet dan chocolate chip walnut.

"Bagi saya satu slice kek red velvet dengan satu slice kek choclate chip walnut." Kata Anggun pada pelayan itu.

Pelayan itu pun menganggukkan kepalanya lalu mengambil kek apa yang Anggun mahu.

Anggun menunggu di tepi kaunter sambil bermain telefonnya. Khusyuk game Candy Crush.

Pelayan itu telah siap meletakkan kek di dalam kotak. Dia pergi ke arah kaunter lalu berdehem untuk memanggil Anggun. "Ehem.. cik, ni dah siap. Total semua 23.50." Kata pelayan itu.

Anggun tersentak. "Hahh? Oh.. okay. Apple Pay ya." Anggun meletakkan telefonnya di atas mesin kad debit supaya dapat di akses.

"Thank you!" Anggun mengambil plastik yang berisi kotak kek itu dan keluar dari kafe tersebut.

Anggun berjalan ke arah keretanya. Baru sahaja dia mahu buka lock kereta, dia diragut oleh seseorang lelaki yang berpakaian lusuh. Tindakan lelaki itu membuah Anggun terkejut dan menjerit sekuat hati.

"AH, TOLONG!!!" Lantang suaranya. Dia cuba menarik beg tangannya itu daripada diambil oleh lelaki tersebut.

Tiba-tiba, ada lelaki yang berpakaian hoodie berserta mask yang berwarna hitam mendekati mereka dan memegang tangan lelaki itu. "Let her go, idiot." Marah suara lelaki yang berpakaian hoodie itu.

"Sial." Dia menjelingkan matanya lalu melepaskan beg tangan milik Anggun dan pergi melarikan diri.

"Hey, Ms. Are you okay?" Tanya lelaki yang misteri bepakaian hoodie hitam sambil melihat Anggun dengan penuh kerisauan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EDITH ZULFAN : US (OG)Where stories live. Discover now