Mertua & Menantu 9 - Guruh Mengundang Berahi

6K 30 1
                                    


"Makan Man...mak ada masakkan pisang goreng ni haaa" Pelawa Maznah kepada menantunya yang duduk di kerusi ruang tamu. Pisang goreng yang masih berwap itu diletakkan di meja kecil hadapan kerusi yang diduduki Azman.

"Ni haa cicah sekali dengan sambal kicap" tambah Maznah lagi.

"Aduh...mak ni...huuu...susah susah je..." Azman serba salah.

"Alahhh..tak apa...makan sekali haa sambil tengok TV, Anisnya mana?" tanya Maznah

"Anis tidur dah mak" Azman membalas

"Ehh? Cepat betul tidurnya? Baru Isyak?" Maznah terkejut. Bukan sikap Anis yang tumbang awal pada malam hari. Telekungnya ditanggalkan, dilipat dan diletakkan di kerusi berhampiran

"Penat kot petang tadi jalan-jalan kat pantai..heheh...tak apa lah mak...kita makan sama-sama..." Jelas Azman. Tangannya mencapai pisang goreng yang masih panas.

Maznah duduk di sebelah menantunya yang sedang asyik menonton drama ulangan di kaca TV. Sambil itu dia juga mengambil pisang goreng dan mencicah ke dalam sambal kicap di sebelah. Sudah menjadi kebiasaan orang johor untuk menikmati pisang goreng bersama sambal kicap. Cuma biasanya pisang goreng dan sambal kicap biasanya dimakan pada waktu petang sebagai snek.

Rasa manis dan pedas yang bercampur menari-nari di dalam mulut Maznah. Matanya merenung lakonan wanita dan lelaki yang bergaduh di dalam drama TV yang ditonton Azman.

"Cerita apa ni man...gaduh memanjang je mak tengok?"

"Drama apa ntah, pasal si laki dia nak anak, tapi dah cuba, usaha semua, lepas tu kata isteri dia mandul, then isteri dia suruh buat ujian mandul, dia taknak, macam-macam lah cerita ni mak, cerita tipikal melayu..." Azman menjelaskan. Lelaki itu kelihatan sangat khusyuk mendalami plot dan lakonan di dalam TV.

Maznah hanya mengangguk perlahan. Mulutnya mengunyah pisang goreng yang digigit daripada tangannya. Mindanya menghadam mengapa drama-drama seperti ini boleh dihasilkan. Mengambil kisah daripada latar kehidupan masyarakat sekeliling mungkin? Pasangan mertua dan menantu itu terus tenggelam dalam drama melayu yang disiarkan, tanpa mereka sedar, hari sudah lewat malam. Pisang goreng dan sambal kicap juga sudah habis dijamah.

"Hishhh...tak patut betul laki dia buat macam tu...sanggup ceraikan sebab tak dapat anak...lepas tu tengok-tengok, dia yang mandul!" Maznah tidak berpuas hati apabila usai tayangan drama di TV.

"Kan...lepas tu ada hati nak balik dekat bekas isteri pulak tu...muka tebal betul..." Azman menambah, turut menyokong Maznah.

"Jenis laki macam ni lah yang buat buruk nama laki kat luar sana, hishhh" Menantunya tidak berpuas hati.

"Ehhh hihihihi...Man tak mandulkan?" Maznah meneka.

"Uishhh mak ni, tak lah...ma-mana ada..."Azman sedikit terkejut dengan soalan ibu mertuanya, namun dijawab dengan tenang walaupun ada gagapnya.

Azman melihat ibu mertuanya pada malam itu mengenakan pakaian yang agak mencolok mata. Baju T-Shirt berwarna putih nipis dan agak melekat pada tubuh Maznah. Lengan bajunya juga pendek hingga ke paras bahu. Warnanya putih menampakkan samar-samar sarung payudara Maznah yang berwarna merah. Dipadankan pula dengan kain batik singkat, hampir menampakkan betis putih melepak ibu mertuanya.

"Mak mertua aku ni....ishhh...memang mengundang ke macam mana?" Bisik Azman dalam hatinya. Sesekali mata jantannya sekilas pandang memandang alur buah dada ibu mertuanya yang tersembul dan sedikit terdedah dan tersimbah dengan cahaya lampu. Bentuknya yang jelas membulat, mengancam nafsu lelakinya.

Langsung tidak terdetik di hati Maznah untuk berpakaian sedemikian untuk menggoda menantunya. Maznah berpakaian begitu kerana selesa dan sejuk di rumah. Azman menjarakkan sedikit dirinya dengan ibu mertuanya, bimbang bersentuhan kerana dirinya juga sedang berpakaian tidak cukup kain. Hanya mengenakan T-Shirt Uniqlo dan seluar pendek berparas lutut.

Lelaki itu sedaya upaya menahan berahinya supaya zakarnya tidak terangsang dengan pemandangan ibu mertuanya yang sungguh panas menggoda. Ditambah pula dengan bau haruman Maznah yang mencucuk hidung, membuatkan pertahanan Azman semakin goyah. Lelaki itu menarik nafasnya perlahan-lahan, cuba merantai nafsu jantannya yang bakal mengganas jika tidak dikawal.

"Dah buat test ke mandul tak mandul?" Maznah menyambung soalannya sebentar tadi.

"Ehehe...heheh...kenapa mak tiba-tiba tanya?" Azman janggal.

"Tak....mana la tau...macam cerita kat TV tu?"

"Alah mak ni...cerita dalam TV tu ada skrip, ada plot...heheh...mak ni...pikir banyak sangat la..."

"Hihihi...bukan apa...mak nak timang jugak cucu bongsu mak ni...korang berdua selalu buat anak tak?" tanya Maznah lagi dan soalannya mula memasuki hal-hal kamar tidur. 

--FULL STORY DEKAT BLOG & PENANA ^^--

Mertua dan Menantu (reupload)Where stories live. Discover now