Overthinking || 03

16 1 0
                                    

Akan ada satu masa, dimana aku akan berhenti dan renungkan semula apa yang telah berlaku dalam hidupku.

Terlalu banyak perkara yang aku sesali.

Terlalu banyak juga perkara yang aku terlalu sayang untuk lepaskan.

Risau akan terlalu banyak benda sehingga terkadang itu aku terpaksa sibukkan diri supaya aku tidak lagi membebankan diri sendiri dengan memikirkan tentang perkara yang hanya buang masa.

Ada yang berkata :

" Yesterday is history,
Tomorrow is mistery
And Today is a gift. "

Aku faham.

Sepatutnya aku sentiasa hidup seperti esok adalah hari terakhir aku dibumi supaya aku tidak mudah lalai. Tapi ada masa, aku rasa bagaikan sebuah watak dalam sebuah filem.

Bukan seperti heroin yang sentiasa mempunyai " support system " iaitu Si Hero. Tapi...

Aku rasa bagaikan hidup aku sedang dikawal oleh orang lain. Sepertinya aku hidup atas kehendak orang lain. Apa yang patut aku buat dan segala benda dalam hidup aku telah ditentukan oleh orang lain.

Maksud aku, seperti orang suruhan.

Sedangkan, tidak akan pernah ada seorang pun dalam dunia ini yang akan fahami aku, kalau bukan aku dan Tuhanku.

Kenapa ya, penting sangat pandangan orang luar ?

Kenapa aku tak ambil berat tentang pandangan aku sendiri ?

Aku sering mempersoalkan perkara ini.

Aku yakin bukan aku seorang saja yang berfikiran seperti ini.

Aku yakin ramai lagi diluar sana yang sedang melalui masalah yang sama. " Overthinking "

Tak kira perempuan atau lelaki.

Kenapa ya ?

Kita pulang, ya ?Där berättelser lever. Upptäck nu