Jauh || 05

9 1 0
                                    

Dan pada akhirnya, kita tetap dua jiwa yang terpisah. 

Bukan seperti yang aku harapkan.

Seagung dan sehebat manapun kau, kau tetap menjadi yang pertama hancurkan hati tulusku yang sentiasa pernah ada untuk kau. 

Tuan, kenapa begitu kejam sikapmu ? 

Salahkah aku menuntut mesra ?

Pemikiranku hanyut dibawa kapal yang bakal karam. 

Aku tahu usai tiba masanya, kita hanya manusia yang mengenali satu sama lain tapi lebih memilih untuk tidak lagi bersuara dalam hidup masing-masing. 

Aku pernah sempat berfikir bahawa dunia itu kejam.

Tapi pada akhirnya, aku sedar.

Dunia aku adalah kau, Tuan.

Kau kejam.

Usaha aku mendekatkan kita berbalas dengan anggukan mu yang semakin jauh. 

Membiarkan aku sengsara dalam sangkar tajam ciptaanmu.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kita pulang, ya ?Where stories live. Discover now