Bab 21 : Tewas

321 14 0
                                    

"Macam mana polis boleh ada senjata ciptaan kau ni?" Soal Jefri pula.

"Jangan cakap polis yang curi semua senjata tu." Lokman cuba menduga.

"Apa kita nak buat sekarang ni?" Soal Kahar.

"Kita guna je senjata apa yang tinggal. Tu jelah yang ada untuk kita lawan mereka." Arah Hamid.

Mereka semua bergegas untuk mendapatkan segala senjata api yang tinggal. Dengan menggunakan senjata api biasa itu, mereka gagal untuk melawan polis yang dilengkapi senjata api canggih buatan Hamid.

Bangunan persembunyian mereka kini semakin hancur dibedil oleh polis. Seorang demi seorang anggota hyper mula tumbang dibunuh oleh polis. Mereka kini semakin tidak dapat bertahan lagi.

"Macam mana ni? Ramai orang kita dah tumbang." Teriak Jefri kepada Hamid.

"Aku pun tak tahu nak buat apa lagi. Aku tak sangka yang dalam kumpulan kita ni ada pembelot." Ujar Hamid.

"Kalau terus macam ni, kini semua akan mati. Apa perlu kita buat sekarang ni?" Soal Lokman pula.

"Kita dah tak boleh buat apa. Walau kita kalah, biar kalah melawan." Ujar Hamid.

Dengan hanya tinggal sedikit jumlah ahli kumpulan, mereka masih tetap melawan dengan menggunakan senjata yang ada. Tembakan demi tembakan dilepaskan ke arah kumpulan polis yang berada di luar.

Mereka langsung tidak mahu berundur. Namun sayangnya jumlah polis yang berada di luar tidak kelihatan berkurang langsung. Ini kerana jumlah polis yang mengepung kawasan itu terlalu ramai.

Setelah beberapa jam berperang, kelihatan peperangan itu sudahpun tiba ke penghujung. Hanya Hamid dan beberapa orang lagi yang masih lagi bernyawa. Ahli kumpulan yang lain sudahpun tewas.

"Hamid, menyerah diri saja kalau kau taknak mati." Kedengaran suara seseorang menggunakan megaphone.

"Zakhrul, aku takkan pernah menyerah diri kepada kau!" Teriak Hamid.

"Jauh mana pun kau lari, kami tetap akan jumpa kau. Ramai mana pun orang tolong kau, pengakhirannya tetap sama. Kau dah lupa ke apa jadi dekat kau masa dekat kampung kau dulu?" Soal Zakhrul.

"Semua orang-orang kampung tu mati disebabkan nak selamatkan kau. Sekarang kau tengok apa jadi dekat semua hyper yang tolong kau sekarang ni, pengakhiran diorang sama dengan orang kampung tu dulu." Tambah Zakhrul lagi.

"Walau apa pengakhiran aku, kau semua takkan dapat tangkap aku. Biar apa jadi sekali pun, aku tetap tak kan menyerah." Teriak Hamid.

"Kau tahu kenapa kitorang tak bunuh kau lagi? Sebab PM arahkan untuk jangan bunuh kau sebab kau boleh cipta macam-macam mesin yang canggih. Jadi tu lah sebabnya sampai hari ni kitorang masih lagi biarkan kau hidup." Ujar Zakhrul lagi.

"Kau biarkan aku hidup ke atau sebenarnya kau memang gagal nak bunuh aku? Kau dari dulu lagi loser Zakhrul, dari dulu kau tak berjaya buat apa-apa selain daripada jadi kaki bodek." Hamid cuba memerli.

"Loser kau cakap? Kalau aku ni loser, macam mana aku boleh miliki semua senjata ciptaan kau ni? Hahaha... Ini membuktikan yang kau tu sebenarnya loser, tak boleh nak hidu kewujudan spy dalam kumpulan kau." Balas Zakhrul.

Ketika itu jugalah muncul dua orang di sebelah lelaki itu. Dua orang tersebut adalah Talib dan juga Azimah. Hamid dan yang lain sangat terkejut melihat dua wajah yang mereka kenali itu sedang bersama anggota polis.

"Talib, Azimah, sampai hati korang berdua khianati hyper yang lain!" Hamid mula merasa marah.

"Diorang bukan khianati korang, tapi diorang memang orang kami sejak dari mula lagi. Talib dan Azimah yang sebenar dah lama mati. Aku hantar diorang untuk menyamar jadi Talib dan Azimah." Jelas Zakhrul.

"Jadi korang berdua lah yang curi senjata ciptaan aku dan bagi kepada polis. Bodohnya aku sebab tak terfikir awal-awal yang akan ada pengkhianat dalam kumpulan ni." Hamid mula rasa menyesal.

"Sudah, baik kau menyerah diri sekarang juga. Kalau tak..." Zakhrul cuba mengugut.

"Kalau tak, kau nak buat apa? Kau tak boleh bunuh aku sebab PM kesayangan kau tu nak aku hidup-hidup. Jadi apa yang kau boleh buat?" Perli Hamid.

"Mungkin aku tak boleh bunuh kau, tapi aku boleh bunuh 3 orang yang ada berdekatan dengan kau tu." Balas Zakhrul sambil ketawa.

"Macam mana kau boleh tahu ada orang lain yang masih lagi selamat dan bersama dengan aku?" Hamid terkejut mendengar. Lokman, Kahar, dan juga Jefri juga memandang sesama mereka kerana terkejut.

"Kau dah lupa ke semua senjata canggih ciptaan kau ada dekat aku sekarang ni. Lagi kau boleh tanya macam mana aku boleh tahu." Balas Zakhrul.

Ketika itu jugalah Hamid teringat yang beliau sudahpun meng'install' see through scope pada beberapa senjata ciptaannya. See through scope itu mampu melihat jauh menembusi dinding tanpa ada halangan.

Ia mampu mengesan tubuh manusia berpandukan haba. Jadi sebab itu lah mereka mampu mengetahui keberadaan tiga orang yang lain yang berhampiran dengannya meskipun mereka bertiga sedang menyorok.

"Hamid, apa kata kau lari dulu. Biar aku dengan Lokman dan Kahar jadi umpan untuk alihkan perhatian diorang." Ujar Jefri.

"Kau jangan nak merepek, sepatutnya korang semua yang perlu lari. Biar aku jadi umpan dan alihkan perhatian mereka." Bidas Hamid.

"Nyawa kami tak penting, nyawa prof yang lebih penting. Kalau kami mati sekalipun, prof boleh pergi ke masa silam dan cari hyper yang baru untuk bantu prof." Lokman pula mencelah.

"Tidak, saya dah puas hidup dan penat untuk rentas masa beratus kali. Kini giliran kamu semua pula ubah negara ni." Balas Hamid.

"Kalau takde kau, macam mana nak ubah negara ni? Kitorang tak tahu apa-apa pun pasal semua mesin ciptaan kau tu. Jadi nak tak nak kau tetap kena hidup juga." Tegas Jefri.

"Aku dah pun tulis dalam buku ni semua yang perlu kau lakukan." Hamid kemudian mencampakkan sebuah buku nota kepada Jefri.

"Sekarang korang semua pergi dari sini secepat mungkin. Biar aku buang masa polis-polis ni." Ujar Hamid.

"Tapi..." Jefri tidak sampai hati mahu meninggalkan rakannya itu keseorangan.

"Jangan buang masa lagi! Cepat lari sebelum terlambat!" Tempik Hamid.

Jefri, Lokman, dan Kahar tidak dapat berbuat apa-apa lagi memandangkan Hamid sudahpun nekad. Walaupun berat hati, mereka terpaksa pergi jua dan meninggalkan Hamid keseorangan di bangunan itu.

"Zakhrul, kini masa untuk aku balas dendam dekat apa yang pernah kau lakukan!" Tempik Hamid. Kini beliau mula keluar dari dalam bangunan dan berhadapan secara depan-depan dengan kumpulan polis itu.

"Kau nak buang masa kami je kan untuk bagi 3 ekor tadi tu lari. Kau jangan risau sebab seluruh kawasan ni dah pun kitorang kepung, jadi diorang tak boleh lari ke mana." Ujar Zakhrul.

"Siapa cakap aku nak buang masa? Aku memang betul-betul nak pastikan kau mati hari ni juga." Hamid kemudian membuka coat yang dipakainya. Di sebalik coat itu kelihatan tubuh Hamid dikelilingi oleh bom.

"Kau pikir sampai ke kau nak letupkan diri kau tu dekat kami, jarak kau dengan kami jauh. Tak sempat kau letupkan diri lagi, kami dah bunuh kau." Ujar Zakhrul.

Hamid tidak mahu melayan kata-kata itu, sebaliknya beliau terus berlari menghampiri kumpulan polis itu. Sambil berlari, beliau telah menarik pemicu-pemicu pada bom yang berada di tubuhnya.

"Korang tunggu apa lagi, tembak lah dia sebelum dia berjaya sampai ke sini." Arah Zakhrul yang terkejut dengan bertapa nekadnya Hamid ketika ini.

Semua anggota polis di situ kini terus melepaskan tembakan ke arah Hamid. Akibat tembakan itu, tubuh Hamid dipenuhi dengan lubang. Darah pula memancut-mancut keluar dari tubuhnya.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now