Bab 26 : Menghilangkan kerisauan

328 18 2
                                    

Ogos 2030 :-

"Dah sebulan dah semenjak kau kena tembak hari tu, macam mana dengan luka kau?" Soal Juliana.

"Kan kau yang cuci luka aku setiap hari, mesti lah kau tahu condition luka aku. Kenapa tanya lagi?" Jefri tidak mengerti.

"Memang lah dari luar nampak luka tu dah kering, tapi dari dalam cuma kau je yang tahu sakit lagi ke tak." Ujar Juliana.

"Dalam masa seminggu ni dah tak rasa sakit lagi dah." Balas Jefri.

"Kalau macam tu boleh lah kita teruskan perjalanan kita ke secret base kita tu. Bila kita nak pergi?" Soal Juliana.

"Aku kalau boleh esok nak pergi, taknak tunggu lama-lama. Lagi lama kita tunggu, lagi susah kita nak proceed." Tegas Jefri.

"Kalau macam tu, baik lah kita pergi esok. Jomlah kita tidur sekarang, esok boleh bangun awal dan terus gerak." Cadang Juliana.

Jefri bersetuju lalu mereka mengambil keputusan untuk tidur. Jefri berbaring di sebelah kanan di ruang tamu itu, manakala Juliana berbaring di sebelah kiri. Begitu lah mereka pada setiap malam.

"Jef, aku nak tanya sikit boleh?" Baru sahaja Jefri ingin melelapkan mata, tiba-tiba beliau diacu soalan.

"Tadi kau yang suruh tidur, sekarang kau nak bertanya soalan pula?" Jefri tidak mengerti.

"Sebab lepas ni belum tahu lagi dapat tanya soalan ni ke tak." Ujar Juliana.

"Yelah, tanya lah." Jefri memberi kebenaran.

"Sebelum kau koma dulu, kau ada teruna lagi tak?" Soal Juliana.

"Apa kau merepek tanya soalan tu?!" Jefri sungguh terkejut mendengar persoalan tersebut.

"Apa yang merepek pula? Tu benda biasa lah kot." Balas Juliana.

"Aku lahir tahun 1972, aku koma pula tahun 1990. Zaman aku tu dulu boleh cakap selagi kau belum kahwin, selagi tu kau akan ada teruna dan dara. Benda tu boleh dikira wajib pada zaman aku." Jelas Jefri.

"Berbeza pula dengan zaman aku, rata-rata remaja di zaman aku boleh cakap semua dah merasa having sex. Kalau kau masih lagi virgin, kau dianggap kolot dan ketinggalan zaman." Jelas Juliana.

"Nasib baik lah aku tak hidup di zaman kau. Kalau tak, tak tahu lah apa yang jadi dengan kehidupan aku." Luah Jefri.

"Apa maksud kau, teruk sangat ke cara hidup di zaman aku dulu? Sekurang-kurangnya kami masih lagi straight, tak macam zaman sekarang ni yang diwajibkan jadi songsang." Tegas Juliana.

"Yang kau tanya aku soalan pasal ada teruna ni kenapa?" Jefri tidak mengerti.

"Ingat tak yang aku bagitahu kau yang aku masuk dalam chamber masa umur aku 17 tahun. Sebelum aku masuk dalam chamber, aku terfikir macam mana kalau rawatan prof Hamid tak berjaya?" Ujar Juliana.

"Tak kan lah aku mati tanpa rasa nikmat having sex dulu? Jadi aku ambil keputusan untuk lost my virginity seminggu sebelum aku masuk dalam chamber." Tambah Juliana lagi.

"Tapi kenapa kau bagitahu aku semua ni?" Jefri masih lagi tidak mengerti akan luahan hati Juliana.

"Esok kan kita nak teruskan rancangan kita. Persoalan kita macam mana kalau kita gagal dan kita terkorban?" Soal Juliana.

"Jangan lah fikir macam tu. Belum apa-apa lagi dah fikir negatif." Jefri hanya menggelengkan kepalanya.

"Bukan fikir negatif, tapi cuma cakap pasal kebarangkalian. Macam mana kalau kita terkorban, kau tak rasa rugi ke mati dalam keadaan masih teruna?" Juliana ingin tahu.

"Aku tak pernah fikir pasal tu dan tak terasa ingin fikir pasal tu. Apa yang penting sekarang ni kita fokus pasal rancangan kita ni." Tegas Jefri.

"Kau ni boring lah. Cuba lah kau fikir masak-masak, takkan lah kau nak mati sebelum kau dapat rasa nikmat having sex?!" Juliana semakin geram.

"Yang kau ni tak habis-habis cakap pasal seks ni kenapa?" Jefri semakin tidak mengerti dengan gadis itu.

"Sebab aku nak tolong kau. Aku kesiankan dekat kau, aku taknak kau mati dalam keadaan tak mengenal apa itu seks." Jujur Juliana.

"Aku tak rasa rugi pun kalau tak mengenal erti seks." Jefri masih lagi dengan pendiriannya.

"Ikut kau lah!" Juliana mula rasa berang dengan sikap Jefri, lalu terus memaling wajahnya ke arah bertentangan.

Jefri dapat merasakan yang Juliana kini sedang merajuk terhadapnya. Beliau sebenarnya tidak mengerti apa yang sebenarnya diingini gadis itu. Kenapa perlu gadis itu menarik wajahnya secara tiba-tiba.

==================================================================================

Tidur Jefri terganggu apabila beliau merasakan tubuhnya dipeluk oleh seseorang. Apabila dibuka matanya, kelihatan orang yang memeluknya adalah Juliana. Gadis itu sudahpun berada di sampingnya.

"Kenapa, tak boleh tidur ke?" Soal Jefri.

"Haah, tak boleh tidur. Aku risau sangat bila pikir pasal esok." Balas Juliana.

"Apa yang nak dirisaukan? Bukannya polis tahu pun kat mana lokasi secret base kita tu. Diorang pun tak tahu yang kita akan ke sana esok." Jefri cuba menyedapkan hati gadis itu.

"Sekarang ni polis tengah giat jalankan operasi buru kita. Lagi-lagi lepas diorang tahu yang kau tak mati pada malam tu." Jelas Juliana.

"Jangan risau. Kalau kita pandai menyorok, diorang tak akan berjaya kesan kita." Jefri masih lagi cuba menyedapkan hati gadis itu.

"Aku tetap tak boleh buang rasa risau dalam hati aku ni. Kau boleh tolong hilangkan risau dalam hati aku tak?" Pinta Juliana.

"Macam mana aku nak tolong hilangkan risau tu?" Jefri ingin tahu.

"Aku ingat lagi dua minggu sebelum aku masuk chamber untuk rawatan under prof Hamid dulu, aku risau sangat sampai tak boleh tidur beberapa hari. Aku takut rawatan tu gagal dan aku mati." Ujar Juliana.

"Selain daripada risau aku akan mati, aku juga risau sebab masa tu aku satu-satunya orang dalam kelas aku yang masih lagi ada dara. Semua kawan-kawan aku dah ada pengalaman having sex." Tambah Juliana.

"Mama aku masa tu pun risau sangat tengok keadaan aku. Jadi dia pun ambil keputusan untuk bantu aku hilangkan rasa risau dalam diri aku." Tambah Juliana lagi.

"Apa yang dia buat untuk bantu kau hilangkan rasa risau tu?" Jefri ingin tahu.

"Dia bawa balik seorang lelaki yang juga kawan dia. Malam tu impian aku untuk having sex akhirnya tercapai jua." Jelas Juliana.

"Boleh pula mama kau ikutkan kehendak kau dengan biarkan kau buat benda tak senonoh tu." Jefri seperti tidak percaya.

"Mungkin pada zaman kau benda tu tak senonoh, tapi pada zaman aku benda tu adalah keperluan pada setiap orang." Tegas Juliana.

"Entah lah, aku pun tak tahu nak cakap apa sebab aku tak hidup di zaman kau." Ujar Jefri.

"Malam ni aku rasa sangat risau, sama macam apa yang aku rasa sebelum aku masuk chamber dulu. Hanya ada satu cara je untuk hilangkan rasa risau ni." Ujar Juliana pula.

"Kau nak kita berzina ke?" Jefri inginkan kepastian.

"Hanya tu je cara yang ada. Kau pun perlu buat juga demi merasai pengalaman yang mungkin kau tak akan rasa lagi lepas ni." Tegas Juliana.

"Aku tak terfikir pun nak merasai pengalaman macam tu. Tapi kalau itu yang kau nak, hanya tu jelah cara yang aku boleh tolong." Walaupun rasa keberatan, namun Jefri tidak sampai hati untuk menolak.

"Kalau macam tu kita mulakan sekarang ye?" Pinta Juliana.

Bersambung...

Lelaki Tulen TerakhirWhere stories live. Discover now