Part 18

1.8K 153 9
                                    

Tuah menyangkut blazer nya di tangan. Lengan baju kemejanya juga sudah di singsing. Dah balik kerja buat apa nak kemas-kemas lagi. Dia cabut kasut kulit lalu dimasukkan ke dalam almari. Tiba-tiba bibirnya tersenyum apabila melihat heels milik Qaseh berada di sebelah kasutnya. Heels berwarna coklat lembut itu diambil lalu dibelek. Tapak kasut itu jelas kasut itu jarang digunakan. Iyalah, ke mana saja Qaseh dapat pakai kasut ni di kampung. Mahu tenggelam tumitnya nanti.

Bibirnya tersenyum sendiri. Dia teringat kata-kata Qaseh. Siapa yang nak sokong industri heels sedunia kalau bukan orang pendek. Haih. Ketinggian tu dah comel mengaku jelah diri tu comel. Tak payah nak berdalih lagi. Dia ketawa. Kepala digeleng berkali-kali. Geli hati pula bila difikirkan semula.

"Kenapa abang pegang kasut Qaseh tu?"

Cepat-cepat Tuah menoleh ke belakang. Terkejut.

"Qaseh letak dekat tempat abang ke?" Tanya Qaseh lagi. Tuah meletakkan semula heels itu ditempatnya kemudian kepala digeleng.

"Tak lah. Qaseh letak di tempat yang betul" mata Tuah melihat seluruh tubuh Qaseh yang sudah bersiap seperti mahu keluar. "Qaseh nak pergi mana?"

"Qaseh nak pergi kedai. Umi nak buat kuih sebab ada tetamu nak datang. Jadi Qaseh nak beli barang sikit"

Tuah berkerut. Kenapa umi suruh Qaseh pulak? Mana adik-adiknya yang lain? Takkan tak balik kerja lagi? Selalunya dia lah yang paling lambat balik kerja. Tapi kereta dan motor diaorang ada.

"Jebat, Raden, Wira mana? Kenapa umi tak suruh diaorang?"

"Diaorang ada dekat atas tu. Qaseh yang offer diri untuk belikan. Dapatlah Qaseh ambil angin petang sekejap" beritahu Qaseh.

Tuah mengangguk mengerti. Dia terus menekan kunci keretanya lalu masuk separuh badan ke dalam perut kereta.

"Masuk, abang tolong hantarkan"

"Naik kereta?" Qaseh mengangkat kening.

"Habis tu? Qaseh nak naik helikopter ke? Kalau ada rezeki, abang akan beli satu. Khas untuk hantar Qaseh pergi kedai" perli Tuah bersama senyum tak bersalah.

Qaseh menjulingkan mata ke atas. Hish, orang tanya je. Sempat pulak nak perli kita. Tanpa tunggu Qaseh terus masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan, Qaseh menyuakan muka ke luar tingkap membiarkan mukanya ditampar lembut oleh angin petang. Mata dipejamkan.

"Abang, bestnya angin dekat sini. Dari dulu sampai sekarang Qaseh suka sangat angin petang dekat kampung ni. Tenang sangat" beritahu Qaseh dengan mata masih tertutup.

Tuah yang sedang memandu tersenyum. Abang pun seronok sebab dapat keluar dengan Qaseh. Kata Tuah sendiri dalam hati.

Qaseh mengambil barang yang dipesan. Siap buat senarai lagi. Takut terlupa.

"Tepung pulut, tepung beras, gula melaka dan... biskut gula!" Qaseh terus mencari bahagian biskut. Sebenarnya dia yang nak biskut tu. Sedap pulak kalau dapat makan biskut dengan air teh panas petang-petang macam ni. Tuah yang membawa bakul ikut ke mana saja Qaseh pergi. Senyum tak lekang dari bibir.

"Dah siap!" kata Qaseh teruja.

"Betul ni? Tak nak tambah apa-apa lagi?"

L'AMOUR DE MA VIEWhere stories live. Discover now