9

1.8K 134 11
                                    

Rizqi hanya mengikut isterinya dari belakang sehinggalah mereka sampai di hadapan pagar sekolah. Setelah memarkir motosikal mereka Aralyn mengerling sekilas sekeliling.

"Awak..." Aralyn memanggil Rizqi sambil menyuakan tangan.

Terjungkit kening Rizqi. Dia memandang wajah isterinya dengan tanda tanya. Rizqi mengangguk dan tangannya mengeluarkan dompet dari poket seluar.

Aralyn yang melihat akan itu tersengih sedikit sebelum menggelengkan kepala.

"Nak salam la bukan nak duit." Rizqi meletakkan juga duit ke atas tangan Aralyn dan menyambut untuk Aralyn menyalam tangannya.

Aralyn terus menyalam suaminya dan dia ingin melepaskan duit itu tetapi Rizqi masih menggenggam tangan isterinya.

"Ambil jer aku bagi buat duit makan." Rizqi mengusap kepala Aralyn dan dia menyuruh untuk Aralyn berjalan terlebih dahulu.

Apabila merasakan isterinya sudah jauh kehadapan Rizqi pun berjalan sebelum membelok ke kiri untuk ke blok kelas yang bertentangan dengan blok kelas Aralyn.

Sambil dia berjalan dia melihat isterinya dan tersenyum nipis bila Aralyn memandang kearahnya.





Aralyn dan Farah yang baru sahaja balik dari kantin terus masuk ke kelas dan duduk di kerusi mereka masing-masing.

"Wei, aku dengar nanti ada kem!" kata Farah.

"Ha? Bila?" Aralyn bertanya sambil mengemas mejanya yang agak berselerak.

"Hujung minggu ni. Ada yang kata sekali dengan budak form 6. Kan kita nak exam dah."  berkerut kening Aralyn apabila memandang Farah yang tersengih-tersengih sambil menyendeng ke arahnya.

"Ya ka? Eh kau yang sondol-sondol badan aku ni kenapa?" Aralyn berkata sambil menjauhkan dirinya daripada Farah.

"Hehe mesti husband kau pergi jugak. Kau tak nak pergi ke?" kata Farah. Dia memperlahankan suaranya pada perkataan husband.

"Aih aku baru tahu pasal ni kau dah tanya aku. Nanti aku tanya la dia." Aralyn menjeling kawannya itu. Ingat apalah minah ni tersengih-sengih.

Mereka memandang ke hadapan apabila guru bahasa inggeris sudah masuk ke kelas. Puan Nafisah memandang anak-anak muridnya terlebih dahulu.

"Okay semua saya ada nak bagi surat untuk kem yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Sesiapa yang tidak boleh pergi sila maklumkan kepada saya esok." Farah mengerling ke arah Aralyn sambil mengerdipkan matanya.

Aralyn hanya menjeling sahaja kawannya itu. Dia membaca dahulu surat tersebut dan menyimpannya di dalam beg. Dia kembali fokus ke hadapan tetapi mindanya memikirkan adakah suaminya itu benarkan dia pergi.
Aih...   

Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now