12

926 93 8
                                    

Aralyn dan Rizqi tiba di sekolah menaiki kereta yang dipandu oleh Syafiq. Mereka keluar dan menurunkan beg mereka daripada bonet kereta. Beberapa orang yang melalui di kawasan itu melihat akan itu.

"Eh tu bukan Firash ke? Kenapa dia datang dengan budak tu? Diorang ada apa-apa ke?" Rizqi terdengar akan suara-suara yang bercakap tentang mereka tetapi dia hanya mengendahkan.

Aralyn menunduk apabila dia menjadi tumpuan orang ramai. Dia bergerak ke arah bas dan memasukkan begnya dia bahagian bawah bas. Dia terus naik ke atas bas dan mencari kelibat kawan baiknya.

Senyum lebar Aralyn apabila melihat Farah mengangkat tangan ke arahnya. Dia duduk di sebelah Farah.

"Wei, lambat kau sampai. Kematu dah punggung aku tunggu kau." seloroh Farah mengundang jelingan Aralyn.

"Eh, mana ada aku lambat kau ni saja je kan?" mengaduh Farah bila Aralyn menampar bahunya.

Aralyn membetulkan duduknya dan memandang ke arah bas di sebelah mereka. Tergamam dia bila menyedari yang Rizqi berada di dalam bas tersebut dan duduk bertentangan dengannya.

Rizqi memandang ke sebelah kirinya dan tersenyum dia melihat Aralyn sedang memandang ke arahnya. Dia mengenyitkan matanya dan tergelak perlahan bila Aralyn tersenyum malu dan menundukkan kepalanya.

"Eh, kau kenapa Rash gelak sorang-sorang?" tanya Daus yang duduk di sebelah Rizqi.

Rizqi terus mematikan senyumannya dan menggeleng perlahan. Dia kembali memandang ke arah isterinya dan tersenyum melihat Aralyn yang rancak bersembang dengan kawannya itu.





Setibanya di tempat perkhemahan tersebut, mereka perlu melalui jalan kampung yang agak kecil untuk pergi ke tempat kediaman mereka.

Aralyn mengangkat begnya sebelum mahu berjalan bersama-sama Farah dan kawan-kawannya yang lain. Perjalanan yang agak jauh tidak mematahkan semangat mereka.

Aralyn yang rancak bersembang dengan Farah tidak menyedari bahawa Rizqi berada di belakangnya. Rizqi mengangkat sedikit beg galas isterinya. Aralyn mengerutkan kening apabila merasakan begnya yang agak ringan. Dia mengerling ke belakang dan tergamam melihat suaminya berada di belakang.

Aralyn melihat semua orang sibuk dengan hal mereka dan keadaan yang agak sempit itu membuatkan mereka tidak melihat ke arah mereka berdua. Dia meneruskan berjalan sambil menundukkan pandangannya.

"Kau kenapa Lyn?" tanya Farah melihat kawannya itu menunduk dan tiba-tiba sahaja senyap.

Aralyn mengelengkan kepala. Farah memandang sekeliling sebelum matanya terhenti pada wajah jejaka yang berada di belakang Aralyn.

" Ooo, patutlah kau ni..." ejek Farah dan dia ketawa melihat pipi kawan baiknya itu memerah.

Aralyn memukul perlahan bahu Farah sebelum mereka meneruskan perjalanan.





Tepat jam 2 petang mereka sampai di destinasi dan mereka diberikan waktu untuk berehat sebelum memulakan aktiviti.

Aralyn baring sebentar tanpa menghiraukan bunyi bising di sekelilingnya. Tersentak dia bila mendengar bunyi notifikasi dari telefonnya menandakan ada mesej yang diterima.

Iqi💜
keluar sekejap jumpa dekat belakang dewan

Humaira<3
kenapa awak?

Iqi💜
keluar je

Aralyn yang masih bingung itu terus bangun dan melihat Farah sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Dia keluar dari blok kediaman dan pergi ke belakang dewan.

Dilihat Rizqi sedang menunggunya di atas tangga. Seketika Rizqi mengalihkan pandangan ke arah Aralyn dan mengamit isterinya untuk datang ke arahnya.

Sesampainya di hadapan Rizqi, Aralyn mengangkat keningnya ke arah Rizqi. Rizqi menyua sesuatu kepada isterinya.

"Untuk apa?" tanya Aralyn bila Rizqi menyuakan minyak angin kepada Aralyn.

"Perut sakit lagi?" Rizqi tidak menjawab malah menanyakan soalan kepada Aralyn.

Terkedu Aralyn mendengar pertanyaan suaminya.

Macam mana dia tahu aku sakit perut? Soal Aralyn di dalam hati

Rizqi perasan isterinya itu kerap memegang perut semasa Aralyn mahu masuk ke dalam blok kediaman. Dia juga perasan akan raut wajah Aralyn yang berkerut apabila disoal oleh Farah.

Aralyn menganggukkan pelahan kepalanya. Rizqi tersenyum nipis sebelum tangannya mengusap perlahan perut Aralyn kemudian pundak kepala Aralyn.

"Sekejap lagi makan banyak sikit lepastu sapu minyak tu. Kalau sakit sangat bagitahu aku. Faham?" ucap Rizqi dengan nada yang lembut tetapi kelihatan tegas.

Rizqi terus beredar dari situ. Aralyn hanya memandang suaminya dan tersenyum dia melihat kelakuan Rizqi. Dah biasa...

Rizqi's - SUWhere stories live. Discover now