Chapter 1

158 19 4
                                    

Pada pagi yang indah terdapat lah remaja perempuan yang sedang memasak nasi goreng untuk dia Dan nenek nya. Remaja ini bernama Nur Khaisara Alesya yang sedang ralit memasak sambil beralun kan lagu.Dia sendiri tidak sedar akan kehadiran nenek nya.

"Hah melamun apa tu Sara oi bukan main senyum sampai telinga ek."Kutuk nek jah nenek kepada Sara yang sudah berumur 65 tahun itu. Sarah yang terkejut hampir melayang periuk yang berada di sebelah nya.

"Nek jah ni nasib tak tercabut jantung Sara ni tau." Sara mengurut dada nya yang masih terkejut itu.

"Alah kamu ni tak tercabut pun lagi jantung tu elok je dekat tempat dia aku tengok hah,kamu ni asyik tersenyum sorang-sorang ni dah kenapa pikir boyfriend ke tuuu eh lupa pulak laku ke kamu ni hohoho." Nek jah dengan loyar buruknya tak pernah habis.

Nek jah mengeleng sahaja melihat cucu kesayangan nya itu asyik tersenyum je sejak dia masuk ke dalam dapur sampai tak sedar dia masuk.

"Ish mana ada tapi kalau nek jah tanya yang boyfriend kayangan Sara tu,hah yang tu betul hehe alah nek bagus ape Sara senyum dapat pahala tau hah untung nek dapat cucu macam Sara ni selalu dapat pahala."

Para dengan muka nya tak habis tergelak dengan reaksi muka nek jah yang dah penat melayan kerenah cucu nya yang suka berangan dengan lelaki fiction itu.

"Entah apa lah yang best sangat dengan orang tak wujud tu bukan nya boleh jumpa pun." nek jah berlalu duduk di meja sedangkan muka Sara sudah masam macam baru makan asam

"Nek jah apa ni cakap macam tu diorg tu boyfriend kayangan Sara tau,diorg tak kan pernah curang tau hah setia contoh nya macam Dheo Han, dia lelaki setia tau nek jah sanggup tunggu isteri dia selama 4 tahun tau hah pastu kan..."

Bersambung lah dia memceritakan pasal fiction man kesayangan nya itu. Nek jah sudah beredar dari tempat itu kalau lama dia duduk silap haribulan sampai ke besok tak habis.

"Eh nek jah? Tadi bukan kat sini ke." Apabila Sarah habis bercerita dia baru tersedar nek jah dah tiada disitu.

"oi! kamu memang plan nak pergi sekolah lambat ke cik Sara oi!" Nek jah jerit dari rumah tamu menyedarkan Sarah yang sudah lambat ke sekolah.

"astafurullahalazim nek jah,lambat nek jah Sara lambat!" Tergesa-gesa dia bangun dan mengambil beg nya.

"Hah tu lah cerita lagi pasal fiction ke fictional ke apa tah kamu tu sampai lupa terus pasal sekolah ya,ingat sarah kamu tu pengawas lagi-lagi budak cemerlang pulak tu selalu dapat markah elok nanti tak pasal-pasal dapat tindakan nanti" Sarah yang sedang tergesa mengikat tali kasut nya berpaling semula pada nek jah.

"Hah ya lah nek jah Sara pegi dulu, Assalamualaikum nek, Nanti Sarah masak ayam masak merah untuk nek ok hehehe buatan Nur Khaisara Alesya." Sarah sengih dan bersalam dengan neneknya dan terus menaiki basikal kepunyaannya yang terletak di tepi tiang luar rumah itu.

"Hah ye baik bawak basikal elok-elok tu jangan terfikir pulak kamu punya fiction ke apa,tak pasal-pasal Kemalangan pulak nanti bukan dia boleh muncul pun bawak kamu pegi hospital." Nek jah melihat Sara beredar keluar dari perkarangan rumah.

" Nek jah melihat Sara beredar keluar dari perkarangan rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Korang imagine je lah ye macam mana Sara rushing dengan baju sekolah ye bukan baju tu abaikan je lah kereta ngan moto kat belakang tu ya Sara memang suka bawak basikal kat Jalan raya dan korang jangan terasa pulak bab fiction tu ya hahaha 😂)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Korang imagine je lah ye macam mana Sara rushing dengan baju sekolah ye bukan baju tu abaikan je lah kereta ngan moto kat belakang tu ya Sara memang suka bawak basikal kat Jalan raya dan korang jangan terasa pulak bab fiction tu ya hahaha 😂)


MUSUHKU SUAMIKU [OG]Where stories live. Discover now