Chapter 7

34 4 0
                                    

Sesampai nya dia di rumah, Nek jah terus meluru datang kepada nya dengan muka risau dengan bahu terhinjut akan sebab kepenatan.

"Sara! Astafirullah al azim kamu ni kan tak buat aku risau tak boleh ke nak dah magrid baru kamu nak balik! Risau aku tahu tak dengan kamu ni, Eh kamu tu anak dara bukan nya teruja Tau kamu tu kena sedar..."

Berterusan lah sesi bebelan kepada Sara kalau kepada Intan Sara adalah mak bebel. Nek jah pulak adalah dua Kali ganda mak bebel daripada nya.

Selepas sahaja Sara dibebelkan oleh Nek jah dia terus masuk ke bilik nya dengan lagak malas yang terpancar di muka nya. Dia terus melabuhkan badan ke arah katil nya tidak sempat mahu baring suara Nek jah kedengaran.

"Hah! Kamu tu jangan nak tido pulak, Dah solat ke belum tu Sara, Pergi solat sekarang lepastu turun makan."

Sara membatalkan niat nya untuk baring itu dan terus mengambil tuala mandi nya.

"Ya! Nek Sara nak solat lah ni."

Sara melihat frame dia dengan Umi dan abah nya. Dia mengangkat frame gambar itu.

"Kalau Umi dengan abah ada lagi kan mesti kita dah bahagia kan, Kalau lah Sara halang masa Umi dengan abah nak keluar masa tu mesti, Umi dengan abah ada lagi dengan Sara."

Tidak terasa ada cecair jernih jatuh dari mata nya dia memejamkan mata.

14 tahun yang lalu terlihat lah kelibat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang cuba memujuk anak mereka yang sudah teresak-esak itu. Sara yang sudah berpegang pada kaki abah nya tidak berhenti menangis.

Puan Aireen sudah cuba memujuk Sara.

"Sara, don't cry ok, umi dengan abah pergi sekejap je sayang."

Puan Aireen menepuk perlahan badan anak perempuan nya lembut. Sara mengangkat wajah nya dan melihat ji dan abah nya hingus melekat ke seluar abah nya

"Tak nak,Sara nak ikut jugak umi dengan abah,Huaaaa."

Sara melanjut kan tangisan nya dengan hingus yang sudah melekat di seluar abah nya. Puan Aireen mengeluh dan memandang suami nya sekilas memberi insyarat mata.

"Sara, abah dengan Umi pergi kejap je sayang ok, Abah balik nanti abah beli banyak-banyak coklat untuk Sara ok, Dah-Dah jangan nangis puteri abah ni."

Encik Daniel mengelus lembut kepala anak nya. Dia mengambil sapu tangan yang berada di kocek nya dan mengelap sisa air mata anak nya itu

Nak buat macam mana ni je lah satu-satu nya anak dia. Anak yang isteri dia banyak habiskan waktu dan tenaga nya untuk membawa seorang Nur khaisara Alesya ke dalam dunia ini.

Sara mengedip mata nya perlahan dan mengambil satu tangan abah nya itu dan mengeluar kan hingus.

"Kalau macam tu Sara nak coklat banyak-banyak tau abah, Nanti Sara nak makan dengan umi dan abah tau,hehehe."

Sara membuat mata besar nya dan memeluk abah nya erat. Encik Daniel yang melihat kecomelan anak perempuan nya mula mencubit pipi anaknya lembut.

"Pandai eh bodek abah dengan umi, Sapa ajar ni hm, nakal nya dia sekarang ni."

Encik Irfan mengelitik Sara. Sara berasa geli apabila abah nya membuat begitu.

MUSUHKU SUAMIKU [OG]Where stories live. Discover now