ׂׂૢ་ 01

47 5 13
                                    

KRING KRING!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KRING KRING!

Aku bangun dari tidur lalu mematikan jam aku. Aku bergegas menuju ke bilik air untuk melakukan rutin pagi.

Mari aku memperkenalkan diriku. Nama aku Ji Chaerin, berumur 25 tahun ni. Aku ialah seorang pereka fashion di Korea. Aku takde la famous macam donatella versace tapi aku ada bakat tersendiri haaa gitu.

Setelah aku selesai melakukan rutin pagiku. Aku memakai baju yang sesuai untuk ke butik hari ni.

Aku mengenakan sedikit makeup lalu keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengenakan sedikit makeup lalu keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Kelihatan eomma dan appa sudah berada di meja makan.

"Morning, eomma appa." ucapku.

"Morning, Chaerin. Mari ii makan breakfast dulu." kata eomma. Aku pon duduk bersama mereka dan menikmati juadah sarapan bersama.

"Chaerin, macam mana bisnes kamu? Okay ii aje?" soal appa. Aku mengangguk.

"Okay je appa. Kali ni Chaerin ada buat collaboration dengan fashion designer, Anna Sui tu. Tak sabar rasanya." kataku lagi.

Mereka berdua hanya tersenyum.

"Baguslah bisnes kamu semakin maju dah sekarang." kata eomma pulak. Aku hanya tersenyum.

"Oh yeah la appa plan hujung bulan ni kita pergi bercuti nak? Dah lama tak pergi bercuti bersama." kata appa. Ya tak ya jugak dah lama kami bertiga tak bercuti bersama. Maklumlah appa busy, aku pon busy so yeah.

"Boleh je appa. Nanti Chaerin apply cuti hujung bulan nanti." kata aku lagi.

Selepas selesai sarapan, aku pon berangkat ke butik. Nasib baiklah butik tak jauh daripada rumah.

Dalam 15 minit perjalanan, aku tiba di butik aku, Hae's Dynasty lalu memarking keretaku di hadapan kedai.

Aku masuk ke dalam butikku. Kelihatan semua pekerja aku dah tiba dan mereka bowed kepadaku.

"Selamat pagi, Cik Ji." ucap mereka semua.

"Selamat pagi semua. Eh kamu semua dah breakfast belum? Kalau belum, saya ada belikan nasi goreng untuk kamu semua." kata aku lagi lalu memberikannya kepada mereka.

Memang ini ialah hobi aku setiap hari kalau aku masuk butik. Aku masuk ke office aku dan bersiap untuk bekerja.

Aku mengeluh perlahan dan tiba ii ada yang mengetuk pintu bilikku.

"Masuk."

Kelihatan itu ialah Eunha, pembantu aku.

"Cik Ji?" soalnya.

"Ohh Eunha, kenapa?" soalku lagi. Dia menyerahkan schedule kepadaku.

"Ini dia schedule untuk Cik Ji. Hari ni ada meeting dengan Cik Anna Sui melalui zoom platform." katanya lagi. Aku hanya mengangguk lalu membaca sekali imbas schedule aku.

"Baik, saya faham. Thanks ya Eunha. Oh yeah, nanti panggil Hongjoong dengan Sangyeon untuk saya ya. Saya nak follow up tentang baju ii untuk kita present kat shareholder." kata aku lagi. Dia hanya mengangguk.

"Baik, saya akan panggilkan mereka berdua. Kalau takde apa ii lagi, saya keluar dulu ya." kata Eunha lalu bowed kepadaku.

Dia pon keluar dari bilikku. Tiba ii, telefonku berdering. Ternyata itu ialah Mina.

"Hello?" soalku.

"Hello, Chaerin? Busy ke?" soalnya melalui telefon.

"Hmm takde la busy sangat tapi tengahari aku ada meeting dengan fashion designer tu. Kenapa weh?" soalku.

"Ohh yeke? Hmm aku ingat nak ajak kau lunch nanti tapi takpe la. Kita jumpa lain kali la." kata Mina.

"Ehhh jangan la gitu. Kau datang je la butik aku ni. Oh btw kau cuti ke? Takde fly ke hari ni?" soalku.

"Ohhh hari ni aku tak fly pon. Aku jaga kaunter pelepasan je tapi aku shift malam nanti." katanya.

"Ohh kalau macam tu kau datang je la lunch nanti sebab aku habis meeting pukul 2. Lepas tu kita lunch la sesama." kataku lagi.

"Haaa yelah. Jumpa jap lagi la. Byebye..." kata Mina lalu mematikan panggilan. Tak lama kemudian, Hongjoong dan Sangyeon masuk ke dalam bilikku.

"Cik Ji cari kami?" soal Hongjoong.

"Haah... saya nak discuss pasal project kita dengan shareholder tu. Semua dah siap kan?" soalku.

"Ahhh dah siap dah. Nanti kita akan letakkan rak ii itu kat lobi." kata Sangyeon.

"Okay..."

Setelah aku selesai berbincang dengan mereka berdua, aku masuk ke dalam zoom platform untuk meeting.

Tepat pukul 2, aku selesai meeting dan keluar dari office. Kelihatan Mina dah tiba di butikku dan duduk di lobi.

"Ehh Mina, lama ke sampai?" soalku.

"Ohhh takdelah. Aku baru je sampai jomlah lunch." katanya. Kami berdua lunch di sekitar butikku.

Kami duduk di dalam restoran dan order makanan.

"Ehh busy eh kau hari ni? Lunch pon lambat." kata Mina. Aku hanya tersengih.

"Biasalah, business aku makin menaik sekarang. Tulah yang busy tu." kataku. Aku hanya mengeluh panjang. Alangkah bagus kalau aku dapat healing sekarang.

"Faham, takpelah nanti kau rest la." katanya.

"Btw, bagi pulak boyfriend kau keluar dengan aku?" soalku. Dia hanya tersenyum.

"Kalau tak bagi, dah lama dah aku tumbuk dia." katanya lagi. Aku hanya tergelak kecil.

"Ehhh kau ni, tak baik tau buat kat boyfriend kau macam tu. Tapi, Chan baik kan? Haihh alangkah bagus aku dapat lelaki cam dia. Setialah kau eh." kataku lagi. Dia memandang ke arahku.

"Kenapa kau cakap macam tu?" soalnya.

"Aik kau tak tau ke? Kesetiaan dan kepercayaan kepada lelaki yang bergelar suami ialah kunci untuk kita ke syurga." kataku lagi. Aku selalu dengar yang isteri harus setia pada suami since syurga itu terletak di tapak kaki suami bila dah kahwin.

"Ehh kau ni ke situ pulak. Aku dengan Chan belum kahwin lagi kau dah cakap macam tu." katanya lagi.

"Eh aku pesan je. Tak lama lagi kan kau nak kahwin dengan dia jugak kan?" soalku lagi.

"Tau tapi bukan sekarang la. Hmm masing ii busy kan? Bila la aku boleh naik pelamin tah." katanya lagi.

"Satu hari nanti kau akan naik. Tah ii lagi awal dari aku." kataku lagi. Mina hanya tersengih.

"Tah ii kau pon sama. Jangan cakap orang." katanya. Aku hanya tertawa.

"Apalah, aku still single okay? Tak macam kau yang dah taken ni." kataku lagi. Tak lama kemudian, makanan kami tiba.

"Okay dah kita stop cakap pasal boyfie. Jom kita enjoy lunch kita." kata Mina. Kami berdua pon menjamu selera bersama.

Dalam hatiku berharap yang aku akan berjumpa dengan seseorang yang akan bimbing aku untuk ke syurga nanti.

『 C 』 HHJ FF ; ❛❛Devious Husband❜❜Where stories live. Discover now