ׂׂૢ་ 14

24 2 16
                                    

Aku tersedar dari tidurku dan badanku berasa sangat kebas seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tersedar dari tidurku dan badanku berasa sangat kebas seketika. Aku cuba untuk bangun dari katilku dan kepalaku sakit sangat.

"Apa jadi eh malam tadi?" desis hatiku. Aku cuba untuk mengingat semula kejadian semalam tetapi tak berhasil.

Aku mengambil tualaku dan mandi untuk membersihkan diri. Hari ni aku berhasrat untuk ke butik. Dah lama pulak tak masuk butik so aku nak tengok keadaan di sana.

Setelah selesai mandi, aku bersiap untuk ke butik dan turun ke bawah. Kelihatan tiada sesiapa di sana.

Aku mengerutkan dahi.

"Hyunjin mana? Dah pergi kerja ke?"

Ahhh apahal aku kisah pasal dia pulak ni? Aku menggelengkan kepalaku lalu membuat sarapan untuk diri aku sendiri.

Badan aku masih berasa sakit tapi aku cuba untuk menghiraukannya.

Setelah selesai sarapan, aku pon bergerak menuju ke Hae's Dynasty untuk bekerja. Baru aku tiba di butik, aku disambut oleh Eunha.

"Selamat kembali, Puan Hwang." ucapnya. Aku hanya tersenyum.

"Selamat pagi, Eunha. Sorry la dah lama tak masuk butik. Ada apa ii news ke?" soalku. Dia hanya mengangguk lalu menyerahkan surat kepadaku.

"Ini ada surat daripada pereka fashion daripada Italy. Dia terima hasil kerja kita untuk collab dengannya." kata Eunha, gembira. Aku tersenyum gembira lalu memeluknya.

"Ahhh yess akhirnya kita dapat." kataku lagi. Aku rasa aku kena bagitau Mina pasal ni. Mesti dia pon happy sama.

"Okay, jom kita mulakan kerja kita." kataku lagi.

Aku masuk ke dalam pejabatku untuk mulakan kerja aku pada hari ni.

Sedang aku membuat kerjaku, telefonku berdering. Ternyata itu daripada eomma.

"Hello, eomma."

"Hello, Chaerin. Kamu apa khabar?" soal eomma. Aku tersenyum.

"Baik je eomma kat sini. Eomma appa apa khabar? Sorry Chaerin tak singgah rumah untuk melawat sebab busy sangat." kataku lagi.

"Ehh takpe eomma tau kamu busy, Chaerin. Eomma dengan appa sihat ii aje. Weekend nanti kamu free tak?" soal eomma.

"Hmm free la kot. Kenapa tu eomma?" soalku.

"Eomma nak datang melawat rumah kamu la hujung minggu ni. Dah lama kami tak jumpa kamu dengan Hyunjin tu." kata eomma lagi. Aku membulatkan mata.

"Huh? Eomma dengan appa nak datang?" soalku lagi.

"Tak boleh ke eomma dengan appa nak datang?" soalnya. Aku hanya mengetap bibir.

"B-bukan macam tu eomma. Chaerin terkejut je eomma tapi kalau nak datang boleh je. Chaerin akan bagitau Hyunjin nanti." kata aku lagi.

"Okay, Chaerin. Jumpa weekend nanti." kata eomma lalu mematikan panggilan. Aku hanya mengeluh perlahan.

"Kenapa tiba ii eomma dengan appa nak datang?" desis hatiku. Kalau sebab rindu, aku boleh je datang rumah weekend nanti.

Aku mengambil telefon bimbitku untuk menelefon Hyunjin.

"Hello, Hyunjin. Awak busy ke? Saya nak cakap sikit." kataku lagi.

"Kenapa?"

"Eomma dengan appa nak datang rumah kita weekend nanti." kataku lagi.

"So? Awak nak saya buat apa?" soalnya. Aku hanya mengetap bibir kuat.

"Boleh tak awak tunjukkan perangai baik awak tu? Kalau awak tunjukkan perangai setan awak tu, terkejut pulak parents saya. Saya tak nak la diorang mati terkejut pulak." kataku lagi.

Lama dia mendiamkan diri.

"Hmmm... tengok la dulu. Dah la aku busy ni. Bye." katanya lalu mematikan panggilan. Aku mengetap bibir kuat.

"Ishh dia ni boleh pulak nak tengok dulu. Dia memang nak bunuh parents aku ke camne ni."

Aku meletakkan telefonku ke tepi lalu sambung bekerja.

"Takpelah, Chaerin. Kau fikir kemudian pasal weekend ni. Yang penting kerja kau jalan dulu." kata aku lagi.

Aku membuat kerjaku sehingga larut petang. Setelah aku selesai bekerja, aku keluar dari butik dan balik ke rumah.

BEBERAPA HARI KEMUDIAN

Aku masuk ke butik aku macam biasa. Nasib baik masa family aku datang rumah, Hyunjin menunjukkan sikap yang baik depan family aku.

Kadang ii aku nak muntah je tengok 'kebaikan' dia. Hakikatnya, dia ialah lelaki daripada neraka sebab selepas eomma appa pulang, dia terus keluar untuk ke club dan balik keesokkan paginya.

"Entah apa ii la mamat tu..." desis hatiku.

Baru sahaja aku ingin masuk ke dalam butik, tiba ii telefonku berdering.

"Hello?"

"Hello, Chaerin..." kata Mina, terburu-buru. Aku mengerutkan dahiku.

"Mina, kenapa? Kenapa kau macam tak cukup nafas ni?" soalku.

"Kau kat mana sekarang?" soalnya lagi.

"Aku kat butik aku la ni. Kenapa weh? Kau jangan buat aku cemas jugak.." kataku lagi.

"Kau masuk dalam butik kau. Sekarang! Hide yourself!"

Aku mengerutkan dahiku dan melihat keadaan sekeliling. Kelihatan ada orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu melihat ke arahku lalu berbisik antara mereka.

"Ehh itu kan perempuan yang dekat dalam website tu? Dia boleh tahan jugak..." kata salah seorang daripada mereka.

Aku mengerutkan dahiku lalu masuk ke dalam butik dan mengunci pintu butik. Eunha yang berada di dalam butik, datang ke arahku.

"Puan Hwang, kenapa?" soalnya.

"Eunha, kenapa dengan mereka semua? Kenapa mereka berdiri depan butik kita ni?" soalku. Eunha memerhatikan keadaan diluar.

"Saya tak pasti la, puan. Takpe nanti saya akan suruh San or Wooyoung untuk halau diorang." katanya. Aku hanya mengangguk lalu masuk ke dalam pejabatku.

"Ishh seram la aku tengok tadi." Tiba ii, Eunha mengetuk pintu bilikku.

"Puan hwang, Cik Jung datang ni nak jumpa dengan puan." kata Eunha. Aku membulatkan mata. Mina?

"Bagi dia masuk..."

Mina masuk ke dalam pejabatku lalu duduk di hadapanku.

"Chaerin, kau tak pape kan?" soalnya. Aku hanya mengangguk.

"Aku okay tapi tulah time aku nak masuk butik, orang ii yang lalu lalang tu pandang aku pelik pastu aku dengar yang diorang sebut pasal satu website ni. Mina, apa yang jadi?" soalku.

"Chaerin, aku bagitau kau ni kau jangan down tau."

Aku mengerutkan dahiku lagi.

"Mina, tunjukkan pada aku..."

Mina mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan satu website yang membuatkan aku tercengang.

"APA SEMUA NI?!"

『 C 』 HHJ FF ; ❛❛Devious Husband❜❜Where stories live. Discover now