<27>

3 2 0
                                    

Sohyun melangkah keluar daripada kedai makanan ringan. Ramen yang diingini telahpun dia dapat. Dengan senang hati Sohyun berjalan meninggalkan kedai tersebut. Di tangannya terdapat sebatang aiskrim coklat yang sedang dinikmatinya.

"Hai Sohyun." Satu suara menegur. Sohyun berhenti dan berpusing menghadap gerangan yang memanggilnya.

Senyumannya yang riang tadi hilang secara perlahan. Jisung sedang tersenyum manis di hadapannya.

"Tak sangka boleh jumpa kau dekat sini. Kuat jodoh kita ya."  Jisung ketawa kuat kerana dia sedang bercanda. Sohyun masih terkedip-kedip memandangnya.

"Hahahah tak kelakar ea? Sorry." Tawaan Jisung mati dengan awkwardnya.

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Sohyun sambil menggigit aiskrim di tangannya.

"Stalk kau--eh bukan! A-Aku jalan-jalan je dekat sini. Kebetulan nampak kau." Jisung senyum. Sohyun mengangguk.

Jisung tiba-tiba mendekati Sohyun. Jarak mereka agak rapat sekarang. Boleh pecah jantung Sohyun alau hari-hari lelaki duduk rapat macamni. Sohyun mengundur setapak ke belakang.

Badan Jisung yang tinggi dibongkokkan lalu tepi bibir Sohyun dilap dengan jarinya.

"Comotlah makan." Ujar Jisung dengan senyuman manis dan terus menegakkan badannya kembali.

Sohyun menolak dada Jisung lantas berpusing. Pipinya kini merah kerana malu.

"Takyahlah malu dengan aku." Kedua bahu Sohyun dipegang dan dipusingkan menghadapnya kembali.

Mata mereka bertentangan selama beberapa minit membuatkan degupan jantung Jisung dan Sohyun laju.

"Errr, Jisung! Saya nak minta maaf sebab dah salahkan awak curang dengan eonnie saya. Sedangkan dia yang curang dengan awak." Ujar Sohyun untuk menghilangkan suasana awkward tadi.

Dahi Jisung berkerut pelik.

"Eonnie dah cerita semua hal yang sebenar tentang awak dengan dia dulu. Dia yang curang dengan awak dulu kan? Jadi saya nak minta maaf sebab dah berkasar dengan awak." Sohyun menunduk.

Jisung tersenyum manis. Tangan Sohyun digenggam. Aiskrim yang tinggal batang itu dicapai dan dicampak ke dalam tong sampah tidak jauh dari tempat mereka.

"Aku tak pernah marahkan kau pun Sohyun. Aku tahu kau salah faham." Ujar Jisung ikhlas. Sohyun mengangkat kepalanya perlahan memandang Jisung.

"Gomawo."

"Korang buat apa dekat sini?"

Jisung dan Sohyun memandang ke arah suara itu.

Haechan mendekati mereka berdua dan melepaskan pegangan tangan Sohyun dan Jisung.

"Dia ada buat apa-apa dekat awak ke?" Soal Haechan kepada Sohyun. Sohyun menggeleng.

"Tak cukup ke kau dah mainkan hati kembar dia? Sekarang kau nak mainkan hati dia pula ke? Jangan mimpilah. Aku takkan biarkan kau sakitkan hati dia." Nadanya mendatar ketika memberi amaran itu.

"Hal aku dengan dia takde kena mengena dengan kau Haechan!" Ujar Jisung juga dengan nada dingin.

Tangan Haechan ditepis daripada memegang tangan Sohyun. Haechan mengangkat tangan ingin menumbuk Jisung namun...

"Eiii Stopp!! Apa korang ni? Takkan dekat public pun nak gaduh?! Haechan!! Turunkan tangan tu!" Arah Sohyun dengan nada sedikit meninggi.

Haechan menurunkan secara perlahan namun wajahnya masih tidak puas hati.

"Korang buat saya serabutlah. Korang dengar ni. Selagi korang tak berbaik saya takkan bercakap dengan korang, arasseo!" Keras Sohyun memberi arahan lalu berlalu pergi.

Panggilan Jisung dan Haechan dihiraukan. Dia serabut!

"Kau lah ni!" Haechan menolak bahu Jisung kasar.

"Asal aku pula?! Kau tu tiba-tiba datang nak tumbuk aku!" Jisung taknak mengalah.

"Kau ingat ni. Aku takkan biarkan kau sakitkan Sohyun. Sohyun aku punya! Playboy macam kau tak layak nak dapat perempuan sebaik Sohyun." Ujar Haechan sinis.

Jisung hanya diam sambil tersenyum sinis. Tangan dimasukkan di poket.

" And for your information, aku dah bawa dia jumpa eomma aku. So kau tahu kan next step aku apa. Aku akan lamar dia jadi tunang aku lepas kita tamat pengajian!" Sambungnya sambil jarinya ditalakan ke arah Jisung.

Jisung tetap tenang dan tersenyum.

"Wanna bet? Best man, win." Ujar Jisung dengan senyuman senget.

"Kinda interesting. Why not!" Haechan turut tersenyum sinis. Dia memang pantang dicabar. Salah oranglah Jisung nak cabar.

"Kita tengok, siapa yang Sohyun pilih."

×××

Authoriqa : Deme betting pulak dahh. So siapa best man tu ekk?? Hehehe...

Only YouWhere stories live. Discover now