<32>

1 1 0
                                    

"Haechan!"
"Sohyun!"

Kedua mereka serentak memanggil nama antara satu sama lain.

Sohyun tersenyum awkward. Sudah seminggu dia tidak melihat Haechan di sekolah. Jadi dia ingin bertanyakan hal itu.

"Kenapa dah tiga hari tak nampak awak dekat sekolah? Awak pergi mana, Haechan?" Soal Sohyun.

Haechan tersenyum.

"Saya pergi ubati hati saya." Jawab Haechan senada. Senyuman masih tidak lekang di bibir.

"Saya--"

" Saya tahu awak sukakan Jisung kan? Takpe, saya tak salahkan awak. Itu hak awak untuk suka sesiapa saja."Potong Haechan.

Sohyun terdiam. Jadi dia dah tahu. Dia mula diserang rasa bersalah.

"Saya minta maaf." Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Sungguh dia rasa bersalah.

Haechan senyum. Dia mencubit pipi Sohyun lembut.

"Awak tak salah Sohyun. Saya dengan rela hati nak mengalah dan lepaskan awak kepada Jisung. Jisung baik orangnya. Saya tahu dia boleh jaga awak, lebih baik daripada saya jaga awak. Awak jangan rasa bersalah, sebab saya dah terima kenyataan yang saya tiada di hati awak."

Walaupun kenyataan itu sakit untuk ditelan Haechan, dia ingat kata-kata ibunya bahawa cinta tidak semestinya memiliki.

"Yang penting sekarang, saya taknak putuskan persahabatan kita. Sebab kita memang ditakdirkan untuk menjadi sahabat, tak lebih daripada tu. Jadi kalau dia lukakan awak, bagitahu saya terus, biar saya belasah dia." Ujar Haechan lantas tergelak.

Sohyun yang sudah menitiskan air mata tergelak lantas memukul bahu Haechan.

"Gomawo sebab faham saya. Awak jangan risau, kita akan tetap bersahabat selamanya." Ujar Sohyun dan dibalas anggukan Haechan.

Mereka berpelukan seketika sebelum berpisah di hadapan pagar sekolah.



1 week after

Sohyun melihat ke arah jam tangan sambil kakinya digagahkan untuk berlari. Dia sudah lambat untuk ke sekolah.

Jam menunjukkan 7.30 dan Sohyun berhenti di hadapan pagar sekolah.

Kelihatan Jisung sudah berdiri di hadapan pagar menjalankan tugasnya. Mati dia kalini! Sohyun melangkah masuk bersedia untuk diambil nama.

Jisung yang nampak Sohyun datang lambat terus dia buat-buat memandang ke arah bukunya memberi peluang untuk sohyun masuk tanpa diambil nama.

Sohyun melihat Jisung yang tidak perasan kelibatnya, terus dia berlari masuk melepasi pagar. Senyuman perlahan-lahan terukir di bibir Jisung.

Tiba-tiba Haechan yang baru sampai juga turut berlari masuk ingin melepasi pagar apabila melihat Sohyun lepas masuk ke dalam sekolah tanpa diambil nama.

Jisung melihat Haechan terus dia menghalang Haechan daripada masuk.

"Aaa wae?!" Soal Haechan.

"Lambat 10 minit. Nama, kelas?" Balas Jisung dengan wajah datar.

"Tapi, Yun kau bagi dia lepas je. Tak ambil pun nama dia. Aku datang sekali dengan dia kot." Rungut Haechan.

"Dia girlfriend aku. Kau? Kau bukan boyfriend aku. Dah jangan bising nama kelas."

"Tapii--"

"Lee Haechan kelas 5-1B. Lepasni jangan lambat. Dah masuk." Arah Jisung.

Haechan melangkah dengan pasrah dan rasa menyampah.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Mar 13 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Only YouTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang