FIVE

15 4 1
                                    

"Jangan lupa kunci pintu", Jongho memandang ke arah Aerin yang sedang berdiri di hadapannya.

"Baik", balas Aerin.

"Jangan bagi orang yang kau tak kenal masuk rumah"

"Baik"

"Jangan-"

"Ya! Aku tahu lah! Im not a kid!" balas Aerin kali ini dengan lebih keras. Ingat budak kecil ke nak pesan banyak-banyak kali!

Jongho memandang Aerin atas bawah. Kecil besar, kecil besar jer dia tengok kakak kembarnya ini. Jongho meletakkan tangannya di atas kepala Aerin lalu mengusapnya perlahan. Kepalanya ditundukkan ke arah Aerin yang tingginya hanya 160 cm. Badan pun kena tunduk ke bawah sedikit. Maklumlah... kakak kembarnya ini pendek~

"Aku keluar kejap. Janji dengan aku, jaga diri baik-baik," kata Jongho dengan lembut sambil matanya memandang tepat pada mata Aerin. Risau juga tinggalkan kembarnya ini seorang diri dekat rumah. Kawasan baru lah katakan.

"Promise"

Jongho menegakkan semula badannya. Senyum kecil dia berikan kepada Aerin.

Aerin melihat tubuh Jongho yang makin lama makin menjauh darinya. Satu keluhan dilepaskan. Ingatkan dekat rumah lama sahaja dia kerap kali kena tinggal, dekat rumah baru pun sama. Tapi dia faham, Jongho keluar bukan saja-saja. Ini lah nasib adik beradik yang hanya bergantung antara satu sama lain.

Aerin menutup pintu lalu melangkah ke arah meja makan. Seketika matanya memandang ke arah Laptopnya yang masih menyala. Sekali lagi satu keluhan berat dilepaskan. Sangat malas ya nak menulis! Idea memang banyak tapi mood nak menulis belum datang lagi.

KNOCK! KNOCK!

Aerin memusingkan tubuhnya menghadap pintu. Pintu rumahnya diketuk. Jongho ada tinggal barang ker? Tanpa menghiraukan pesanan Jongho, Aerin berjalan ke arah pintu. Mungkin adik kembarnya tu tertinggal barang.

Dengan yakinnya tanpa bertanya siapa dahulu, dia membuka pintu.

Ah Shit!

"Boleh aku masuk?"

Shit! Shit! Shit!

Tulah gatal tangan lagi main buka pintu!

"San..."

"Boleh aku masuk?"

Tak boleh!

"Masuklah"

What the hell, Choi Aerin?!

San melangkah masuk ke dalam rumah Aerin. Matanya memandang sekeliling. Seketika kepalanya mengangguk kecil. Kemudian dia pusing memandang Aerin yang masih terpacak berdiri kaku di depan pintu.

"Sorry. Aku tak tahu nak pergi mana"

Dengan penuh tanda tanya dalam kepalanya, Aerin hanya mengangguk. Tiba-tiba mulutnya tak boleh nak bercakap. Terkunci rapat. Kejutan tak habis lagi ya. Dia baru perasan yang lelaki di depannya ini masih memakai pakaian sekolah. Eh kejap? Baju sekolah?

Aerin memandang jam di dinding. 10 pagi? Bukan sepatutnya-

"Aku ponteng...tapi aku tak tahu nak pergi mana"

"Oh."

"Kenapa pandang aku macam tu?"

"Hah?"

"Muka kau tu, kenapa pandang aku macam tengah judge?"

"Bila masa saya judge awak?"

"Ya lah tu"

"Mana ada!" Aerin meninggikan sedikit suaranya.

San tersenyum senget. Gotcha!

Aerin menghembuskan nafasnya dengan kasar. Suka hati jer menuduh orang! Aerin bergerak ke arah Laptopnya lalu menutup dengan pantas. Dia tak nak orang lain tahu yang dia seorang penulis. Cukup Jongho sahaja yang tahu. Nama penanya pun bukan nama sebenar. ChaeRin. Bukan Choi Aerin. Setiap kali dia menerima e-mel daripada syarikat penerbit untuk berjumpa dengan dia pun dia tolak. Dia lebih memilih untuk berbincang secara online. Make it private~

"Awak buat apa dekat sini?" Aerin berjalan mendekati San.

San memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar dan mengangkat bahu.

"Kan aku kata aku ponteng"

"Kenapa tak duduk rumah?"

San mengangkat sebelah keningnya. Ah! Lupa pula! Dekat rumah dia kan ada Seonghwa. Tak pasal-pasal bunyi barang pecah nanti kalau dia duduk rumah.

"Duduklah dulu. Saya buat air" Air kosong jer lah ya...

"Hey..."

Belum sempat Aerin nak pergi dapur, lengannya dipegang San. Terkejut! Membulat mata Aerin memandang tangan San yang memegang lengannya. Tak kuat, tak kasar...

"Thank you"

"Hah?"

"Thank you...aku..."

Apa? Aku apa?!!

Aerin menunggu San menghabiskan kata-katanya. San menggigit bibirnya. Tak tahu nak susun ayat macam mana. Takut gadis di hadapannya fikir yang bukan-bukan. Aish! Ini lah padahnya bila tak bergaul dengan orang. Nak jujur pun susah.

"You're welcome"

Giliran San yang terkejut. Matanya tepat memandang Aerin yang berdiri di hadapannya. Memberi senyuman yang manis kepada dia. Cantik. Sangat cantik...

"Aku...aku tak buang sapu tangan kau"

Makin lebar senyuman Aerin mendengar kata-kata San?

San? Oh, jangan tanya apa reaksi lelaki itu.

Keep smiling for me...

"Okay" balas Aerin.

"Aku simpan sapu tangan kau"

"Okay" senyum lagi.

"Aku minta maaf"

Masih ada senyuman dibibir Aerin.

Shit!

"Aku minta maaf kalau aku buat kau tak selesa"

Aerin diam. Tapi senyuman masih ada bibirnya. Diam lagi seram ni! Mata masih tak lepas dari pandang muka San. Begitu juga San.

Say something...

Say something!

"Say something, Aerin".

"Awak memang buat saya tak selesa"

Auch!

"Tapi orang kata tak kenal maka tak cinta. Macam mana kita nak tahu hati budi masing-masing kalau tak bertegur?"

"So..."

"So, kita kawan kan?"

San terdiam. Aerin nak berkawan dengan dia.

After everything he did to her. Every harsh word he gave to her, but she still wants to be friend with him. Terkedu San sekejap bila dia dengar sepatah kata yang keluar dari bibir Aerin.

Kawan?

"Kita kawan kan?" tanya Aerin sekali lagi.

San masih dalam keadaan terkejut tapi dia menganggukkan kepalanya.

"Kita kawan" balas San.

Aerin sekali lagi memberi senyuman yang paling manis kepada San sehingga lelaki tu turut tersenyum. Pertama kali dalam hidupnya dia senyum. Senyum yang ikhlas dan jujur. Senyuman yang tak pernah dia beri kepada siapa-siapa sebelum ini. Yang penting bukan senyuman palsu. Dan senyuman itu sebab Aerin.

Keep smiling...

Keep smiling for me...

It looks good on you...

I love seeing you smiling at me.  

apricity [ATEEZ's FF]Where stories live. Discover now