PROLOG

11 3 0
                                    

BUNYI bising mengejutkan Hiraya yang sedang tidur. Dia berkerut sebaik sahaja matanya tercelik, cuba memproses apa yang sedang berlaku. Bunyi baju besi tentera!

Selimut diselak kasar. Terus kakinya melangkah laju ke luar. Kelibat ayahandanya dicari.

Matanya mula berkaca. Takut sangkaannya akan benar. Semakin lama, semakin laju derapan kaki Hiraya ke ruang ketenteraan.

Membulat matanya melihat semua sedang bersedia untuk berperang. Ayahandanya berada di hadapan semua tentera. Wajahnya bengis.

"Ayahanda!" Jerit Hiraya sambil mendekati ayahandanya. Dia terus melutut sebaik sahaja berada di hadapan ayahandanya.

"Tolong, ayahanda. Jangan teruskan peperangan ini, ayahanda. Hiraya merayu ayahanda," rayu Hiraya dengan air mata yang bercucuran mengalir.

Ayahandanya memandang tajam ke arah Hiraya. Hujung pedang diletakkan di bahu Hiraya. Secara automatik kepala Hiraya mendongak memandang ayahandanya.

"Jikalau ayahanda hentikan peperangan ini, adakah kau akan berhenti cintakan Zemora?" Soal ayahanda bernada dingin dan serius.

Hiraya menelan air liurnya perit. Perlahan kepalanya digeleng. Mustahil untuk sesenang itu dia lupakan Zemora.

"Tch. Teruskan peperangan. Semua bersiap sedia!" Ayahanda berdecit sinis sebelum mengarahkan semua tentera bersedia.

Tangan Hiraya yang memeluk kaki ayahandanya ditepis kasar. Segera ayahanda menunggang kuda sebagai ketua peperangan.

Dengan sekali libasan, kuda ayahanda bergerak mengetuai tentera yang lain. Masing-masing menunggang kuda.

"Ayahanda! Ayahanda kejam! Kejam!" Hiraya menyumpah seranah ayahandanya lalu menangis teresak-esak. Tanah digenggam dengan penuh dendam dan amarah di dalam hatinya.

"Aku bersumpah ayahanda mangkat ketika peperangan!" Sumpah Hiraya sebelum dunianya bertukar kelam. Gelap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THEOWhere stories live. Discover now