Bab 52

7.8K 298 99
                                    

Edyran masih berkerja seperti biasa walaupun esok sudah hari dia akan berkahwin ..

"Boss Ade orang nak jumpa boss"kata salah satu staff edyran.

Tanpa banyak tanya edyran membenarkan sahaja siapa yang ingin berjumpa dengannya asalkan urusan yang penting sajalah.

"Benarkan dia masuk " kata edyran pen di tangannya masih lagi menari nari di atas kertas kerja nya.

"Baik boss" lalu staff nye itu membuka pintu agak sedikit luas untuk memberi laluan masuk untuk orang yang ingin berjumpa dengan tengku Edyran .

"Thank" firdaus mengoyakkan senyuman manis ke arah staff kerja edyran . Kakinya melangkah ke arah kerusi yang berada dihadapan edyran .

Terkejut edyran sudah lama dia tidak nampak wajah lelaki itu depan depan , seingatnya last dia berjumpa waktu di hospital . Edyran meletakan pen.

" Ada hal penting ?" tanya edyran.

"Tolong batalkan pernikahan tengku dan karissa" dengan sekali lafaz firdaus .

Edyran menepuk kedua belah tangannya. Dah kenapa datang datang suruh orang batalkan hari bahagia.

"sampai situ sajalah , dah boleh keluar dari bilik ni rasanya " kata edyran lalu menghulurkan tangannya ke arah pintu bilik kerjanya .

"Dimana janji janji manis tengku untuk kaysara?" tanya sinis firdaus. Firdaus menanyakan soalan itu supaya melupakan halauan dari edyran.

Melihat kedegilan lelakii itu , edyran mengambil keputusan untuk memanggil securitynya untuk membawa lelaki itu keluar .

"Sila ikut kami keluar encik" panggil security .

"Sikit pun kau tak fikir perasaan orang yang dulu kau katakan belahan nyawa kau !" tengking firdaus badannya ditahan oleh security edyran.

Edyran terasa tertampar.

"Hanya kerana ego kau dan cemburu kau , sanggup kau  kecewakan dia , jantan jenis apa kau ni ha?"

"Jujur lah aku bagitahu , ye aku Ade perasaan untuk kaysara , bila aku dapat tahu kau kawin dengan dia hati aku berontak tahu tak ! Sampaikan aku subahat dengan orang untuk jatuhkan rumah tangga kau ! , untuk pengetahuan kaulah kan bakal isteri Kau tulah subahat aku heh" panjang firdaus.

"Aku dan karissa plan akan hancurkan rumah tangga kau sampai, kau dan karissa , aku dan Kaysara , " firdaus dalam riak masih biasa .

Edyran memandang firdaus dengan pandangan yang tajam .

"Kenapa tengku ? tak percaya ? Ke tengku nak saya tunjuk bukti chat , boleh sangat ". Belum sempat habis

"Jack , keluar " edyran menyuruh security nya keluar .

Firdaus tarik senyuman .

"Ye aku dan karissa subahat untuk hancurkan rumah tangga kau, tapi selepas aku tahu kaysara sedang mengandungkan anak kau aku stop ganggu tapi bukan dengan perempuan itu , and now kerana kebutaan kau dia berjaya !"

" Penerangan yang sebenar , tengku memang nak sangat tahu kan penerangan kenapa kaysara sembunyikan kandungannya dari tengku, " firdaus meletakkan beberapa gambar diatas meja kerja nya .

Terbeliak mata edyran melihatnya . Gambar gambar itu gambarnya dengan seorang perempuan, sepertinya sedang bermesra , dan ada satu gambar dia dan seorang perempuan sedang tidur bersama . Tapi bila? .

"Macam yang aku cakap , aku nak rumah tangga kau hancur ,jadi dengan rasa yang sebersalah ,aku yang ambilkan gambar gambar ni , dan aku yang hantar gambar gambar ini kepada kaysara menggunakan nombor fake "kata jujur firdaus.

Og| TENGKU EDYRAN ESKANDAR Where stories live. Discover now