Bab 1

329 37 6
                                    

Enjoy your reading!
.
.
.
.
.

Malasnya nak pergi sekolah! Monday blues betul! Tambah dengan mengantuknya lagi, cikgu punya pasallah. Ada ke pukul 11 malam mesej dekat grup semata-mata suruh siapakan kerja. Last minute betul!

"Kenapa masam sangat muka tu, Iman?" soal abah apabila perasan dengan mimik mukaku yang mengalahkan asam keping.

Aku mengeluh ringan. "Penat sikitlah abah, semalam kena buat homework," kataku.

Abah mengangguk faham. Kalau jenis tidur lambat nak buat homework mesti sebab Cikgu Aliff. Selalu je aku merungut depan abah pasal cikgu itu. Abah pula kuat mengusik, ada ke patut kata macam ni 'biasalah orang bujang' tahu-tahu je cikgu tu bujang. Nasib tak dikenankan buat menantu!

"Iman, apalagi termenung. Cepat turun, jaga Imani elok-elok." Malas menghiraukan kata-kata itu lekas aku turun dari kereta.

Sebelum pintu kereta ditutup rapat, aku berkata pada abah. "Kalau dia dekat dengan Iman bolehlah Iman jaga." Sempat aku melihat abah menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Sampai di pagar sekolah, semua mata ditujukan ke arah kami.

"Ehem... korang, budak OKU dengan kakak dia ni dah sampailah," ucapnya sambil ketawa dihujung ayat.

"Apa kau cakap, hah?!" soalku dengan mimik  muka tidak berpuas hati.

"Aku cakap adik kau OKU. Orang. Kurang. Upaya," sebutnya satu-persatu.

"Kau jangan nak mengejek adik aku!" bentakku. Senang-senang je dia nak merendahkan adik aku? Langkah mayat aku dulu.

Shaylin mendekat ke arahku lalu menolak tubuhku. Nasib aku boleh seimbangkan badan daripada jatuh menyembah tanah.

"Kalau kau tak puas hati dengan adik aku, tak perlu nak buli dia!" kataku.

"Wah, wahh... nampaknya ada yang meminta maut guys!" Dia tertawa kembali.

"Arghh!" jeritku menahan sakit.

Shaylin menarik kuat rambutku tanpa belas kasihan. Qistina pula ringan tangan menampar wajahku.

Ring! Apabila terdengar loceng berbunyi, lekas mereka semua meninggalkan kami berdua.

HARI demi hari berlalu. Kini Imani tidak lagi dibuli namun aku pula menjadi mangsa buli orang-orang. Ramai pelajar yang dengki dengan diriku. Disekolah aku sentiasa menjadi perhatian guru-guru dan aku juga suka mengambil perhatian para guru. Kalau bukan di sekolah, di mana lagi aku mengemis kasih sayang?

Aku tak faham. Kenapa Imani dipanggil anak syurga? Sedangkan dia boleh belajar dengan baik, aku tak nampak apa-apa yang minus dari otak dia. Pernah satu kali aku melihat Imani berkelakuan normal dalam biliknya. Apakah selama ini sekadar pura-pura? Sudahlah, dia ada surat dokter, tak mungkin tipu pula.

"Apa yang ditenung tu?" sergah Encik Zamri secara tiba-tiba.

Aku pandang wajah abah sekilas. "Hmm... takde apalah, Iman peninglah." rungutku pada abah.

"Iman tak sihat ke?" soal abah.

"Tak, abah... Iman nak keluar jap." Aku meminta izin abah untuk keluar.

"Dah malam ni, Iman nak pergi mana? Abah teman Iman boleh?" soal abah risau.

"Tak jauh pun, Iman nak beli barang sekolah, cikgu suruh bawa esok. Abah duduk rumah, Iman boleh pergi sendiri."

"Yelah, hati-hati. Apa-apa terus call abah," pesannya.

"Baik bos!"

AKU berjalan menuju kelas. Aneh, kenapa Shaylin dan kawan-kawannya tidak membuliku hari ini?

"Iman!" tegur satu suara dari belakang.

Aku menoleh ke arahnya. Nina? Jarang sekali dia menegurku, kenapa tiba-tiba aje?

"Kenapa Nina?" soalku ingin tahu apa yang dingininya.

Nina menarik nafas sebelum berkata. "Shaylin dan kawan dia masuk hospital," katanya. Tercungap-cungap dek kerana berlari mangalahkan pelesit.

"Mereka sakit ke?" Lurus sahaja soalanku.

"Bukanlah! Aku dengar cerita, mereka bertiga pergi lepak dekat taman lepas itu masing-masing nak balik rumah. Mereka lalu dekat tepi longkang besar, tiba-tiba Shaylin perasan ada lembaga hitam sedang mengikut dan..." Sekali lagi Nina menarik nafas lalu menghembuskannya.

"Lembaga tu tolak dia orang semua masuk dalam longkang," sambung Nina.

Wajahku berubah merinding. Seram pula mendengar cerita Si Nina.

"Habis tu polis tak siasat ke?" soalku.

"Tak. Sebab mereka tak syak yang tu orang. Memang tak nampak muka. Jadi mak, ayah dia orang ni nak panggil ustaz, takut ada gangguan ke apa. Yelah... mana tahu mereka lalu dekat tempat keras lepas itu buat benda tak elok atau buat benda yang jin tak suka," tutur Nina panjang lebar.

Meremang juga bulu roma aku! Inilah sebab kenapa aku tak suka tengok cerita hantu, dengar pun dah merinding apalagi bila ditonton. Mahu demam seminggu!

"Assalamualaikum, kelas." Cikgu Mariam memberi salam sambil memasuki ruangan kelas.

"Waalaikumussalam Cikgu Mariam." Serentak kami sekelas membalas salam cikgu tersebut.

"Iman dah bawa bahan-bahan yang cikgu suruh beli semalam?" soal Cikgu Mariam kepadaku.

"Sudah cikgu." Aku pergi ke meja guru lalu memberikan bahan yang diminta.

Cikgu Mariam wakilkan aku untuk membeli semua bahan ini jadi aku mengerjakan tanggungjawabku.

Apabila kelas sudah berakhir, tibanya waktu rehat bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Aku membeli air teh o dan nasi lemak di kantin. Sedap sungguh masakkan dan minuman di kantin ini! Kerap jugalah aku membeli.

Vote please? Thankyou!

The Psycho's Secret [OG]Where stories live. Discover now