⊰ 9

24 5 4
                                    

Larut malam mengelamkan suasana. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Nazif dan Anna sedang sibuk membereskan kedai sebelum mereka pulang. 

“Kau balik lah dulu, biar aku buang sampah dan kunci kedai ni. Aku tak nak kau balik lewat.” Nazif memberitahu. 

“Lah, tak apa ke aku balik dulu?” Anna hairan.

Selalunya, pantang benar kalau dia pulang sendirian. Bermacam mitos Nazif keluarkan. Lorong 13 ada penunggu lah, rumah kosong tepi sawit ada toyol duduk lah. 

“Aku bukan apa, dah pukul 10. Tak elok perempuan balik tengah malam. Lagi pun, aku nak singgah jumpa kawan aku. Dia lelaki, takkan kau nak jumpa dia.” Nazif memandang Anna seusai dia menyatakan hasratnya.

“Macam tu ke? Yelah, aku balik dulu tau.” Anna segera mengemas barang-barangnya. 

“Hati-hati balik. Missed call nombor aku kalau dah sampai rumah.” Pesan Nazif sebelum Anna melangkah keluar dari kedainya. Anna hanya mengangguk tanda faham dengan bahasa isyarat yang ditayang oleh Nazif.

★★★

‘Ya Allah, gelapnya rumah aku. Lupa tadi nak pasang lampu luar.’ Detik suara hati Anna melihat hanya rumahnya sahaja yang gelap gelita. Kasut disusun sebelum membuka pintu rumah. 

Langkah kaki bersertakan salam di hati. Anna membuka lampu dapur bagi rumahnya disapa cahaya. Lampu ruang tamu pula dibiarkan tertutup untuk jimat elektrik. Dia terus membawa diri ke bilik tidurnya.

‘Eh?’ 

Langkah Anna terhenti saat dia melihat bantal hiasan sofanya dilantai. Dia membungkuk untuk mengambil bantal itu dan meletakkannya ditempat yang selalu dia susun. 

Dahinya berkerut.

‘Kejap, macam ada yang tak kena.’ Anna berjalan lagi di ruang tamu, mengutip syiling-syiling yang bertaburan dilantai. 

‘Ada tikus ke kat rumah aku ni? Bersepah syiling ni dibuatnya.’ 

Secara spontan dia merasakan seseorang menekup mulutnya. Meronta-ronta dia ingin dilepaskan. 

“Bagi aku duit!” 

Tangan Anna menumbuk-numbuk lelaki yang menekup mulutnya. Dari tenaganya saja Anna mengetahui dia seorang lelaki meskipun wajah lelaki itu tidak kelihatan.

Pantas Anna menyiku perut lelaki itu dan meloloskan diri ke dapur. Nafas cemasnya dihembus tak mengikut rentak. Takut, cuak, nak menangis semua perasaannya bercampur baur.

Dia capai semburan nyamuk serta kuali leper. Kedua barang itu disuakan kehadapan. Lelaki bertopeng itu datang menyerangnya lagi. 

‘Ya Allah! Selamatkan aku!’ teriaknya dalam hati. Disemburnya racun nyamuk itu secara rambang. 

Hatinya yang sedikit tenang kembali cuak tika lelaki itu mencengkam bajunya dan menamparnya kasar. Kuali leper yang dipegang sudah jatuh ketuang.

Anna jatuh terjelepok akibat tamparan sekuat tenaga lelaki. Dia mengesot ke belakang ingin larikan diri tetapi lelaki itu lebih pantas menghentakkan kepala Anna berkali-kali ke almari dapur. 

‘Argh!’

Suaranya tidak dapat dikeluarkan tetapi nafasnya bercelaru menandakan hentakan itu menyakitkan. Tangan Anna meraba ketepi mencari sesuatu yang dapat memukul si perompak itu.

PANG! 

Akhirnya kuali leper tadi menjadi penyelamat. Anna memukul dahi perompak itu menggunakan kuali lalu berlari sekuat hati keluar dari rumahnya. 

PEKAK | OGWhere stories live. Discover now