CHAPTER 8 - [q a y s ?]

35 7 0
                                    

AKU menatap Aiman yang fokus meletakkan ubat dengan penuh berhati-hati pada telapak kali aku. Setiap inci pelusuk wajahnya aku amati.

Hidung yang mancung, bulu mata yang melentik, kulit sawo matang, muka yang bersih daripada sebarang bakteria jahat mahupun jerawat, warna bibir yang cukup cerah, anak mata berwarna coklat pekat... semuanya hampir sempurna.

Aku menilik lagi wajahnya. Kali ini dengan lebih dekat.

Mungkin terasa semacam, terus mengangkat mukanya. Tidak sampai tiga inci pun jarak wajah aku dan wajahnya sekarang ini.

Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan. Dapat aku lihat warna telinganya berubah warna. Aku tersengih nakal.

"Malu ke cik abang?" Aiman menjeling aku tajam. Dia berdehem sebelum membetulkan kedudukan tubuhnya kepada asal.

"Kau kenapa pandang aku macam tu?" Aiman bertanya tanpa memandang ke arah aku. Tangannya kembali bergerak pada kaki aku.

"Muka kau... nampak awam." Dia pandang aku. Dahinya berkerut.

"Maksud kau?"

"Entah, aku rasa macam pernah jumpa kau. Rasa familiar sangat." Serta merta tangan lelaki itu berhenti bergerak. Dia menundukkan kepala.

"Aiman?" Aku mencucuk bahunya menggunakan jari telunjuk memandangkan tubuhnya langsung tidak bergerak.

Telinga aku dapat mendengar keluhan daripada Aiman. "Mawar."

Matanya kembali bertembung dengan mataku. Pandangan yang dia berikan seakan sedang cuba untuk berkomunikasi dengan aku.

"Y-ya?"

" Aku..."

"Man." Pintu bilik terkuak dari luar. Serentak aku dan Aiman menoleh ke arah belakang. Gerangan tersebut memandang ke arah kami dengan wajah terkejut.

"Bunga?" Mulut aku terkunci rapat. Nama panggilan itu... yang sering aku dengar 'dia' memanggil aku sebelum ini. Mungkin...?

"Qays, kau buat apa dekat sini." Laju kepala aku menoleh memandang Aiman pula. Nama itu... tidak salah lagi.

"Awak Qays?" Lelaki bernama Qays itu memandang aku dan Aiman secara bergilir-gilir. Dia mengangguk ragu-ragu.

"Awak kenal saya kan? Tahu banyak pasal saya?" Aku tersenyum suka. Laju sahaja hendak turun dari katil namun pantas dicegah oleh Aiman.

Lelaki itu memandang aku tajam.

"Duduk diam-diam, Mawar. Aku belum habis rawat kaki kau lagi." Mendatar lelaki itu memberi amaran namun aku abaikan. Aku tetap turun dari katil walaupun Aiman memandang garang.

Aku berjalan menghampiri pintu, tempat di mana lelaki itu termenung keliru melihat drama di depan mata.

Aku berdiri tepat di hadapannya. Dengan beraninya aku mulakan bicara.

"Apa jadi dekat saya dulu? Apa kaitan awak dengan saya? Mana keluarga saya yang lain?" Terkelip-kelip mata lelaki itu apabila diterjah tiga soalan sekaligus.

"Ahh..." Lelaki itu memandang Aiman. Kepala digaru walaupun tidak gatal.

"Bukan dia yang kau cari, Mawar. Kau salah orang." Aku memusingkan kepala memandang Aiman. Lelaki itu menyilangkan tangan di dada. Wajahnya persis singa yang sedang menunggu masa saja hendak menyerang mangsanya.

Aku mengecilkan mata, membalas renungan matanya yang menyakitkan hati.

"Apa yang kau tahu tentang aku? Kau tak tahu apa-apa. Aku dah jumpa orang yang tepat untuk aku tanya dan kau senang-senang je kata yang aku dah salah orang? Semua petunjuk tu ada dekat dia." Jari telunjuk aku dihalakan tepat pada batang hidung lelaki yang aku belakangi. Jelas sekali dia terkejut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hello, Aiman Al-Qays [Hiatus 2025]Where stories live. Discover now