Bab 4

125 8 0
                                    

Setiap langkah adalah satu penyeksaan. Setiap minit adalah satu dugaan. Ibarat berjalan diatas bara, langkah Mawar lewat betul dan mukanya benar-benar layu pagi itu apabila dia kena menghadiri kelas pukul 7. 7 tepat pula tu. Dia tak tahu ke matahari full set pukul 8? Awal-awal nak pergi mana? Laut India?

"Eh?" Mawar senyum bila nampak Sofea sedang mengawal keadaan kapal. Dia melambai kearah Sofea yang membuatkan Sofea tersenyum lebar.

"Hai, Mawar! Ready to take a class with Captain Michelle?"

"Mungkin..."

"Mungkin?"

"Yeah. Tolong pegang tangan saya. Saya rasa nak muntah lagi ni." Mawar pegang tangan Sofea erat namun Sofea tersentak apabila dia merasakan sesuatu yang tajam di tangan Mawar. Ditarik tangannya lalu dilihat tangan Mawar yang tercucuk duri bunga namun duri itu masih didalam tangan.

"Awak tak keluarkan?"

"Dah cuba banyak kali. Dia taknak keluar."

"Jom kesini dulu." Sofea tarik tangan Mawar menuju ke satu bilik. Dia ambil satu penyepit kecil dan perlahan-lahan ditarik keluar membuatkan Mawar mengaduh kecil. Apabila sudah selesai, Sofea tampal tangannya dengan plaster dan kemudian dicium tangan Mawar lembut.

Merah padam muka Mawar. Ini pun salah satu cara berubat ke macammana?

Selepas keluarkan duri, mereka berjalan sama-sama ke tempat Michelle bekerja. Bila dah macamni baru Mawar perasan yang Michelle dan Adriana tak pernah bertegur sapa. Mereka berdua langsung tak ngam.

Apabila masuk kedalam pejabat Michelle yang sangat luas, Michelle sudah tongkat dagu dengan kedua-dua belakang tapak tangan memandang kearah Mawar garang. "I kata 7 pagi. 7.30 baru nak sampai you pergi mana?"

"Lewat 30 minit je pun!"

"I tak suka orang yang lewat. Bercinta agaknya lewat macamni. Hm?" Sofea berjalan kearah Mawar dan berbisik di telinganya. Dia hanya angguk kepala sebelum menyuruh Mawar untuk duduk saja.

Sofea tersengih, meletakkan 30 buah buku tebal diatas meja Mawar.

"WHAT?! Kapten nak saya baca ni?!"

"Ya. Habiskan semuanya sebelum Kembang Bunga awak tu."

"Wh- iyalah." Mawar tiada kuasa nak melawan. Dia baca satu buku selama 2 jam kemudian dia diberikan satu kertas untuk peperiksaan. Terkaku Mawar bila dia perasan yang dia tidak tahu pun nak jawab apa.

Flower Maiden sepatutnya bijak tapi Mawar lebih kepada suka menyanyi daripada bendalah ni. Dia lebih suka sains, biologi dari kena jawab Sejarah entah apa-apa ni.

"Semua 10 soalan salah. Are you alright, Mawar?"

"Soalan tu susah sangat. Bukan salah saya."

"Buka 10 pakaian you sekarang."

"Wh- apa? Eh, kapten ni pedofilia! Sukakan budak kecil macam saya!"

"Perasan. Siapa nak suka you? The dumbest kid ever. 10 soalan salah, buka 10 baju you! You pakai baju berlapis-lapis kan? Bukalah! Umur dah 19 budak kecil lagi ke? Dah muka macam mak orang."

Tersentak Mawar dibuatnya. Mak orang? Dia macam mak orang?

Nak taknak, Mawar ikut. Dia buka bajunya satu-persatu sampailah hanya tinggal pakaian dalam. Michelle berkerut.

"Baru 6. Mana lagi 4? Buka jelah."

"Ta- tapi nanti saya nak pakai baju apa? Saya bogel terus nanti."

"Jadi?"

"I refused."

"You what?"

"I refused."

Michelle senyum sinis. Dia berdiri, berjalan mendekati Mawar sehingga Mawar bersandar pada dinding. Disentuh dagu Mawar dengan kipasnya lalu ditolak keatas agar Mawar memandangnya. "Lambat laun you akan jadi Flower Maiden juga. You ada body lawa. You're a rose, Bella. Show me your seed."

Flower Maiden.Where stories live. Discover now