BAB 1

17 5 0
                                    

Pekerjaannya untuk pagi ini sudah selesai. Bekas-bekas lauk-pauk yang digunakan untuk dijual bersama nasi lemak sudah habis licin dan disimpan di dalam kereta. Kelihatan kawasan di pinggir jalan raya itu mulai lenggang. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12:48 tengahari, dimana dia perlu bersiap sedia untuk memulakan shift petangnya di tempat dia bekerja.

"Zira, kau nak balik makan dulu ke? Kalau tak, mak sediakan bekal," Puan Aliya, mak kepada Azira Alya mendekati anak daranya yang masih tekun mengemas peralatan berniaga mereka.

Wajah maknya dipandang sekejap sebelum kembali fokus dengan pekerjaanya, "Zira ingat nak balik dulu lah mak. Tadi Zira tertinggal beg dompet Zira dekat rumah,"

"Ish, tu lah. Tinggal barang je kerja kau. Dah, tak payah kemas elok-elok sangat. Letak je terus dalam kereta," Puan Alya menggeleng perlahan. Begitulah anaknya, terlalu mengejar masa sehingga barang penting pun boleh terlupa.

Azira tidak membalas mahupun menganggukkan kepala. Tangannya terus mengangkat barang-barang tersebut masuk dalam kereta sebelum Puan Alya menghidupkan enjin kereta. Selepas selesai mengemas, mereka terus bertolak pulang yang jauhnya hanya 24 kilometer dari situ.

⊹●----✿----●⊹

Tote beg putih miliknya diletakkan di bawah laci meja sebelum apron yang tersangkut di dinding diambil dan dipakai. Tempat yang dia bekerja sekarang adalah Kedai Cafe milik seorang lelaki yang tidak ketahui oleh mana-mana pun pekerja. Hanya dikelolakan oleh rakannya, Encik Nazeef Ameer.

Kafe ini dibangunkan berbentuk perniagaan perkongsian antara dua orang, iaitu lelaki itu dan Encik Nazeef.

Bila ditanya, siapa orangnya, wajahnya dan dimana dia berada, Encik Nazeef hanya tersenyum pahit. Hanya dikatakan, lelaki itu tidak mahu muncul di kedai ini, cukup sebagai rakan kongsi lelap, dimana dia tidak aktif dalam pengurusan dan hanya menyumbangkan modal sahaja.

"Zira!" Azira terkejut apabila rakan sekerjanya, Jannah Azra memeluk dirinya dari belakang secara tiba-tiba. "Kenapa mengelamun? Fikir pasal boyfriend ek?"

Usikan Jannah hanya dibalas bersahaja, wajah datar dipaparkan. "Boyfriend? Haah, nanti boyfriend kesayangan kau ajak aku makan dinner."

"Ish!" Jannah menghentak kakinya, pantang kalau teman lelakinya direbuti oleh para wanita di luar sana. Dia tahu yang Azira tak akan merebuti hak orang lain tapi tetap sahaja dia risau jikalau ia benar-benar terjadi.

"Hei hei, apa ni? Takkan lah kau tak tahu yang Azira ni macam mana orangnya? Azira nak rembat boyfriend orang? Itu namanya dia dirasuk," tutur rakan sekerja mereka berdua yang baru sahaja tiba bersama topi hitam di kepalanya.

Jannah mencebik, " Ya, aku tahu. Eh, jangan lupa. Gaji kita masuk hari ini kan? Boleh pergi..."

"Shopping!" jerit mereka berdua dengan penuh bahagia. Sempat mereka berpegangan tangan sebelum melompat bersama. Azira disebelah hanya tersenyum nipis melihat karenah mereka berdua.

Sebenarnya, dia pun terlupa yang hari ini gaji akan masuk. Nasib baik rakannya mengingatkan dirinya.

Azira ada hasrat untuk membawa keluarganya makan mewah di luar sana. Sekali sekala merasa, apa salahnya? Daripada duit itu digunakan untuk perkara-perkara yang tidak berguna, baik dia gunakan untuk mencari kebahagiaan dalam keluarganya.

Wajah Azira sedikit muram. Bahagia?

Bolehkah dia merasai apa itu bahagia setelah apa yang dia lakukan terhadap keluarganya?

Keluarga mereka bukan kaya, bukan miskin juga. Tapi cukup untuk menanggung segala makan minum dan pakaian mereka semua. Mungkin tidak senang melihat rakan sekolahnya dahulu dapat apa yang mereka nak seperti barang sekolah yang mewah dan mahal, Azira cepat membentak dan menginginkan apa yang orang lain ada.

Begitu juga dengan adik beradiknya. Terkadang mereka bertengkar berbeza pendapat, berebut barang dan hampir bergaduh terutama dengan kakaknya.

Sehingga satu hari, Azira keluar pada waktu malam dengan teman lelakinya walaupun sudah dilarang oleh Puan Aliya. Ayahnya, Encik Hazman tiada di rumah dek perlu menguruskan sesuatu di surau kawasan perumahan mereka.

Malam itu juga, Azira menerima pembalasannya apabila dia hampir diculik dan diperkosa. Teman lelakinya itu mengajaknya untuk bertemu rakan-rakan lain dengan alasan, untuk memperkenalkan dirinya terhadap rakannya dengan membawa Azira ke rumah milik teman lelakinya. Nasib baik ada jiran sekitar yang sedar dengan tingkah laku lelaki itu sebelum memanggil orang sekitar untuk membantu.

Selepas kejadian itu, peristiwa itu sentiasa menghantui Azira sendiri. Hubungan dirinya dengan keluarnya mulai membaik walaupun tidak sepenuhnya. Mereka marah, Azira tahu itu walau mereka sendiri tidak bicara kan hal itu.

Jadi mungkin dengan bekerja dan menyara keluarganya, mereka mampu memaafkan dirinya.

"Hmm? Lamanya termenung?"

"Eh?"

Suara lelaki yang muncul di hadapannya membuatkan Azira terkejut. Jannah dan rakannya juga sudah kembali normal, tidak terlompat-lompat seperti budak gila.

"Selamat petang, Bos"

"Selamat petang juga. Happy sangat betul gaji dah masuk?" soal Encik Nazeef dengan senyuman di bibir. Begitu juga dengan mereka berdua. Tersenyum malu-malu kucing gayanya! "Terima kasih bos, banyak bonus yang bos bagi?"

"Haah, lebih dari yang biasa pulak tu!" Jannah menambah. Gembiranya mereka berdua tidak terkata. Sementara mereka membiarkan Azira diam tidak berkutik, mereka sempat cek duit dalam bank mereka dan melihat sahaja, gaji mereka lebih dari bulan lepas!

"Eh, jangan terima kasih dekat saya. Bos awak lagi satu tu yang suruh tambahkan. Saya ikut sahaja." Nazeef memandang Azira yang masih diam ditepi. Seperti biasa, gadis itu sukar untuk berbicara.

"Sudah, pergi sambung kerja. Layan customer sana," Encik Nazeef menjuihkan bibir terhadap seorang gadis yang baru sahaja masuk ke dalam Cafe miliknya. "Azira, awak pula ikut saya,"

Azira hairan, dahinya berkerut seribu, "Saya?"

Encik Nazeef hanya mengangguk sebelum bergerak ke satu meja.

⊹●----✿----●⊹

861 patah perkataan

Milikku, 224Where stories live. Discover now