Bab 3

2 2 0
                                    

Perjalanan yang memakan masa hampir 6 jam itu membuatkan punggung Azira terasa kebas. Sesekali mereka berhenti di RnR yang disediakan untuk membeli makanan atau solat.

Sepanjang perjalanan, Azira memilih untuk tidur dan melihat permandangan di luar tingkap. Dia tiada semangat untuk membuka bicara seperti sebelum ini. Hanya Ammar sahaja yang memecahkan keheningan mereka berlima menceritakan beberapa kejadian di sekolahnya.

"Pastu dia kena seret dengan member dia pergi ke kelas sebelah. Memang kecoh betul waktu tu!"

"Lepas tu? Dia orang break up ke? Ke tak ada apa-apa jadi?" Soal kakaknya penuh minat.

Ammar menggeleng, " Tak, member dia cuma usik dia je. Siapa suruh letak surat cinta kat bawah meja terang-terangan macam tu? Memang heboh lah jawabnya!"

"Dahsyat eh budak-budak zaman sekarang?" balas Encik Hazman sambil matanya masih fokus ke pemanduan. Sesekali dia melihat ke kiri dan kanan untuk masuk ke simpang.

"Cikgu tahu ke? Ke kau yang report?"

"Ada orang yang buat report, katanya dengki. Entah, adik pun tahu pun lepas disiplin yang ambil tindakan," ujar Ammar lagi.

Tahun ini adalah tahun terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Desa dan Ammar merupakan ketua pengawas. Dia sudah menjawat jawatan itu hampir empat tahun sejak tingkatan dua lagi. Keperibadiannya yang tegas dan berdisiplin serta bertanggungjawab dalam menggalas tugas disekolah memang amat menarik perhatian guru-gurunya.

Hanya di rumah sahaja dia bertukar personaliti. Lebih manja dan bising dengan kakak-kakaknya. Kalau rakan-rakannya melihat perangai Ammar di rumah, mungkin mereka tidak percaya.

Hampir setengah jam berlalu, mereka tiba di kampung halaman di Selama, Perak. Mereka sudah tidak sabar untuk keluar dari kereta dan menghilangkan segala kepenatan dengan berehat di sofa empuk milik neneknya.

Keluar sahaja dari kereta, angin sepoi-sepoi menampar pipi mereka. Tanpa berlengah, semua beg mereka diambil dan salam diberikan kepada semua ahli keluarganya yang lain.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam!" semua yang di dalam rumah membalas salam Encik Hazman. Terus mereka sekeluarga diserbu oleh ahli saudara mereka yang lain.

"Eh dah sampai! Kenapa tak beritahu?"

"Kak long makin cantik nampak? Pakai produk apa?"

"Eeee, ketua pengawas kita ni makin handsome! Makan apa sampai nampak comel ni?"

Ammar hanya pasrah bila dikatakan sebegitu. Kakak mereka, Azilawati Batrisyia pula melayan karenah sepupu mereka bertiga. Manakala Azira hanya diam sambil tangannya sibuk membawa barang mereka masuk ke dalam bilik.

"Cia cia cia, tengoklah siapa yang bakal kahwin ni? Bakal pengantin kita ni acah-acah sibuk pula!"

"Tulah, tak sangka bakal suami kacak sangat! Datang hari itu ingatkan untuk Hannah, rupanya untuk dia!"

"Engku pun sama juga! Ingatkan nak masuk meminang dia, rupanya nak bagitau pasal majlis perkahwinan dekat sini!"

"Haah, Engku waktu itu sampai tergedik-gedik!"

Terus terhenti segala pergerakannya, mata Azira terkebil-kebil apabila semua ucapan yang dikatakan ditujukan kepadanya. Matanya kini bertembung dengan mata milik ayahnya. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh makcik-makcik saudaranya.

Dengan cepat, Azira mendekati Encik Hazman. Terus lengan baju ayahnya dicuit perlahan.

"Apa maksud dia orang, ayah? Apa tujuan kita balik kesini?" Bisiknya perlahan.

Encik Jazman memandangnya, datar. "Kita kan nak tolong kemas rumah Tok Sah? Dia akan balik dari umrah nanti."

"Habis tu, kenapa Mak Lang cakap akan ada majlis perkahwinan dekat sini?"

Encik Hazman tidak membalas, sebaliknya dia hanya menjungkit bahu. Dia sebenarnya pun tidak tahu apa yang dikatakan oleh mereka semua.

Mungkin bakal-bakal menantunya sudah mengambil langkah untuk mengambil hatinya dan anaknya. Sebelum mereka berdua pulang, dia ada mengatakan yang mereka sekeluarga akan pulang ke kampung halaman.

Mungkin mereka salah faham tentang ayatnya. Mereka hanya pulang kesini sekejap sahaja. Lagipun, hal-hal penting sebegini tidak perlu dibuat dengan terburu-buru.

"Kita boleh letak pelamin dekat sini. Meja makan kat luar. Bunga- bunga kita boleh gantung kat sini. Uish, untung sangatlah buat majlis kat kampung, Zira. Semua dah disediakan, tinggal nak pasang je," turut Mak Ngah mereka panjang lebar sambil dia menunjukkan tempat yang dikatakannya.

"Ish, mak ni. Yang nak kahwin ni anak orang lain tau? Yang mak beria ni dah kenapa?" Irham, sepupu belah ayah mereka hanya menggeleng melihat perangai maknya yang tidak sabar-sabar untuk menghias rumah Tok Sah mereka dengan perhiasan majlis perkahwinan.

"Itu maknanya mak kau tak sabar nak menantu. Tulah engkau, bawak girlfriend kau jumpa Mak kau cepat,"

Bahu Irham ditepuk oleh anak kepada Pak Teh, Farhan Zulkarnaen yang umur mereka berdua hanya berbeza 2 tahun. Serentak itu mereka ketawa bersama kecuali Azira yang masih senyap di sesuatu ruang.

Baginya, dia langsung tidak suka dengan topik yang dibincangkan. Mungkin ke dapur dan minum segelas air sejuk coway mampu membasahkan tekaknya dek perjalanan yang jauh tadi.

Baru sahaja dia ingin menapak kesana, laluannya dihalang oleh seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu ke dapur. Terkebil-kebil Azira melihat senyuman pelik di wajah lelaki itu.

Daniel melebarkan lagi senyumannya. "Aku dengar, ada dua orang yang masuk meminang kau? Kau pilih yang mana?"

"Dua- dua tu aku tak tahu langsung siapa. Boleh blah dua orang tu," tidak mahu menunggu, badan Daniel ditolak dengan sedikit kuat sebelum Azira menyambung kembali tujuannya ke dapur. Daniel mengikuti dari belakang.

"Kalau kau nak tahu, salah-satu daripada dua orang tu ialah kawan aku kat uni dulu. Kalau kau kenal dia luar dalam, kau mesti jatuh cinta punyalah!"

Azira hanya memekakkan telinga, siapa kisah? Dia bukan mak kepada lelaki itu nak tahu luar dalam sehingga stoking apa yang dipakai olehnya.

Cawan yang berisi air Coway diminum perlahan, menikmati setiap titisan air yang mengalir di tekaknya.

"Alah, berbanding kau dengan aku, aku lagi cantik! Siapalah yang nak dekat perempuan yang tak tahu malu kan?" Engku tiba-tiba menyampuk membuatkan mereka berdua terkejut. Entah bila dia berada disini pun mereka tidak tahu. Muncul seperti hantu!

Engku berjalan mendekati Azira bersama secawan di tangan dan senyuman sinis. "Tunggulah nanti, tengok siapa yang bakal dipilih,"

Selesai berkata, Engku meninggalkan mereka dengan meletakkan cawan kotor di sinki dan membiarkan mereka berdua yang membasuhnya.

"Gila ke apa dia ni?" gerutu Daniel perlahan. Azira pula hanya menghantar pemergian Engku dengan mata.

⊹●----✿----●⊹

977 patah perkataan

Milikku, 224Where stories live. Discover now