Bab 4

0 0 0
                                    

Seperti yang dikatakan oleh Encik Hazman, mereka kini bersiap untuk menyambut kepulangan nenek mereka yang baru pulang sahaja dari mengerjakan umrah. Sebagai anak pertama dalam keluarga, Encik Hazman yang perlu menjemput ditemani oleh keluarganya.

Neneknya, Tok Sah degil orangnya. Jika dikatakan mahu pulang ke kampung menaiki bas, dia tetap akan naik. Tidak mahu dijemput di KLIA seperti orang lain lakukan. Kini, mereka dalam perjalanan ke Terminal Bas Kamunting yang dimana Tok Sah akan turun bas disitu.

"Tok Sah!"

Seorang wanita separuh usia yang duduk di bangku menunggu mula berdiri apabila telinga menangkap seseorang memanggil namanya. "Ammar! Cucu tok!"

Tok Sah dipeluk erat oleh Ammar sebelum remaja lelaki itu menyalami tangan neneknya diikuti oleh kakak-kakaknya dan ibu bapanya. 15 minit kemudian, mereka mula bergerak pulang ke rumah semula.

Sepanjang perjalanan, hanya topik perkahwinan yang keluar dari mulut Tok Sah. Langsung tiada cerita mengenai umrah yang dikerjakan olehnya. Sepanjang perjalanan jugak lah Azira terpaksa menadah telinga dan menjawab soalan walhal berita ini juga masih segar buatnya.

Adakalanya Encik Hazman dan Puan Aliya akan mengalihkan pembicaraan apabila mereka sedar yang gadisnya tidak selesa.

'Sabar jelah Azira. Benda ni akan berlalu juga...," tuturnya dalam hati.

⊹●----✿----●⊹

Tujuannya sekarang adalah untuk merehatkan diri dalam bilik. Sumpah, dia sudah tidak larat untuk lalui hari-harinya dengan perkara yang sama, yang tidak disukainya.

Perlukah dia dambakan cinta lelaki sedangkan ia boleh dicari dimana dia mahu? Tidak perlu terburu-buru juga, kan?

"Zira! Kau dapat bunga dari bakal tunang kau!"

Tersentak mereka sekeluarga sebaik sahaja mereka menapak masuk kedalam. Sejambak bunga ros merah dihulurkan dihadapan muka Azira. Terpinga-pinga dia menyambut huluran itu.

Sekarang apa pulak?

Amelia tersengih, tangannya disorok kebelakang dengan gaya malu seperti ingin meminta sesuatu. Begitu juga sepupu perempuannya yang lain yang menunggu dibelakangnya.

"Err, Zira. Kat situ ada kad. Kau bacalah, kitaorang nak dengar," pinta Amelia dengan nada manja. Tergedik-gedik dia meminta.

Azira mengeluh pasrah. Dia melakukan apa yang mereka pinta jikalau itu mampu membuatkan dia boleh keluar dari situasi itu.

Kad yang terselit diambil sebelum dibuka. "Baiklah, kat sini dia kata... 'Tidak perlu bertentang mata untuk mengenal rasa dalam jiwa. Cukup mengenali dari jauh walaupun dikau pergi beribu-ribu batu',"

"Ewah!" para lelaki menyahut. Manakala para gadis sudah menjerit malu.

Berbeza pula dengan Azira, mahu muntah rasanya! Kad tadi bertukar tangan, kini berada di Azilawati apabila Azira baru sahaja berura-ura ingin membuang kad itu.

"Angah, ikut ayah kejap,"

Tidak membantah, Azira mengekori ayahnya dari belakang sehingga mereka tiba di pondok buatan mereka sendiri. Disitu juga disediakan buaian untuk anak-anak kecil bermain.

"Kenapa ayah?" soal Azira dengan penuh tanda tanya sambil menghayunkan badannya di buaian. Wajah Encik Hazman ditatap lama tapi ayahnya hanya menekur tanah dan pasir yang dipijaknya.

"Ayah harap angah tak tolak kedua-dua pinangan."

"Kenapa pula?" Senget kepalanya apabila soalan itu terpantul.

"Maksud ayah, jangan disebabkan masa lalu angah terus menolak semua lelaki. Cari yang betul-betul ikhlas untuk jaga angah, sayang angah,"

Terhenti buaiannya, sepertinya Encik Hazman amat mengharapkan perkahwinan ini berlangsung.

Dahinya berkerut, cuba mencari alasan lain, "kalau angah tak terima? Kalau dua-dua lelaki tu tak ada ciri-ciri yang angah nak?"

"Jangan memilih sangat, ngah. Apa yang kita tak suka tu kadangkala itu yang paling baik untuk kita,"

Azira diam. Dia ingin menyuara pendapat tapi dia takut kalau api kemarahannya akan melonjak sebaik sahaja dia membuka bicara. Dia sangat tidak setuju apa yang dikatakan oleh ayahnya.

Jadi, apa yang dia lalui adalah baik untuk dia? Dari segi apa?

Melihat anaknya diam tidak bersuara, Encik Hazman memilih untuk berhenti disitu. Bahu dan kepala Azira diusap, "Kamu kalau ada masalah, ceritalah dengan ayah. Ayah ada je dengan kamu."

Lalu Encik Hazman meninggalkan Azira berseorangan disitu, masih dibawa fikiran dan perasan yang berkecamuk dalam diri.

Milikku, 224Where stories live. Discover now