🏀🧪 BAB 11

1.9K 158 13
                                    

RYAZ memberhentikan kereta di seberang jalan supaya Davira tidak perasan akan kehadirannya. Dia sedar itu kereta yang dinaiki Davira pun disebabkan nombor plate kereta itu.

Masa mereka bertiga masih budak dulu, Dareeq pernah cakap dia nak letak plate DRQ 02. Dan, disebabkan itulah dia dapat tahu itu kereta yang dibawa oleh Davira. Tapi malangnya kereta itu tengah tersadai di tepi jalan.

Lollipop yang sentiasa berada di dalam keretanya, di ambil dua batang dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Ryaz mengorak langkah ke arah Davira yang sedang bertinggung di tepi kereta.

Nak cakap dia berjalan terlampau perlahan, tidak! Nak cakap dia berjalan terlampau kuat, juga tidak! Tapi kehadirannya langsung tidak disedari oleh Davira. Maka, dia juga ikut bertinggung di tepi Davira.

"Ini semua salah abang! Kalau abang tak gurau macam tu, takdenya adik naik kereta abang lepastu langgar pokok kat sini!" Davira meluahkan perasaan seorang diri sambil menangis.

"Dah tahu ini jalan, kenapa boleh ada pokok kat sini? Sepatutnya duduk lah dalam hutan. Kenapa ada kat sini? Kan dah kena langgar."

Ryaz hanya mengangguk dengar leteran Davira. Perempuan mana pernah salah. Tapi pokok yang salah sebab ada kat tepi jalan.

"Padan muka kereta dia! Tuan dengan kereta sama je! Dua dua menyusahkan." Rembesan air mata di pipi diseka.

'Pulakkk!,' kata Ryaz dalam hati.

"Abang Ryaz pun satu! Ini semua salah dia! Kalau bukan dia, mana ada Vira nak gaduh dengan abang." Kali ini nama Ryaz pula disebut.

Ryaz ditepi sudah berkerut kening. Dia memandang sekeliling sambil jari telunjuk menunjuk ke arahnya.

'Eh, aku pulak yang kena?'

"Macam mana ni? Macam mana nak balik?" Makin kuat Davira menangis.

"Tapi, abang marah ke kalau tengok kereta dia dah takde rupa? Lantaklah! Ini semua salah dia jugak!"

Ryaz mengetap bibirnya menahan tawa. Ternganga juga dia tadi bila tengok rupa kereta Dareeq. Dah tiada rupa akibat langgar pokok. Nasib gadis itu selamat.

"Dah puas tenung kereta?" tanya Ryaz selepas lama berdiam diri melihat tingkah Davira yang menggelikan hatinya.

"Arghhh! Hantu!!! Pergi pergi pergi!" Davira menjerit kuat. Sudah lah disitu tiada kereta yang lalu, tiba-tiba ada suara menegurnya.

Tangannya terawang-awang menghalau makhluk yang menegur itu.

Ryaz menepuk dahi. Penat!

Nak ditunjal kepala, anak orang. Nak pegang, tak halal. Jadi, dia hanya menunggu saja Davira habis menjerit.

Davira diam. Kedua-dua tangan menutup muka. Dia menangis ketakutan. "Janganlah ganggu saya. Saya makhluk tuhan, bukan makhluk awak."

Ryaz menggaru kepala. Makin mengarut saja budak ni. "Haih Davira Medina."

Davira terkejut. "Ma-macam mana makhluk macam awak tahu nama saya?! Uwaaaa..."

"Ya Allah, astaghfirullahalazim. Ni abang lah!"

Kedua tangannya masih tutup muka dan mata juga masih pejam.

"Abang? Saya mana ada abang!"

Ryaz menggulingkan biji mata. Ada juga yang dijadikan bola keranjang nanti.

"Ya Allah Medina! Buka mata tu, tengok siapa kat depan ni. Kalau tutup mata, mana nak nampak. Siang siang macam ni, mana ada hantu."

Davira mengintai sedikit dicelah jari. Nampak saja wajah Ryaz di depannya, baru dia berani. Hembusan nafas lega dilepaskan.

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now