- Bab 3 -

59 2 0
                                    

Zie pula menolong apa yang patut di dapur kerana waktu itu saudara-maranya ingin menjamu selera. Dia memberikan air kepada Akid, nenek Zie pula tiba-tiba bersuara.

" Tak payah lah pergi. Lain kali je. Mama ayah kau sakit ni. Hari lain boleh pergi. ". Akid panas membara, terasa di halau pula.

Zie mengulang-alik dari dapur ke ruang tamu, takut tidak dilayan pula. Dia pergi ke ruangtamu untuk menyuruh Akid makan bersama. Tetapi tuan badannya pula tak ada di kerusi dia duduk tadi. Dia menanyakan pada ayahnya, Encik Fakhir.

" Mana Akid ayah? "

" Tak tahu, dari tadi dia diam je pastu dia keluar kata nak balik "

Zie mencarinya di luar rumah, keretanya pun tak ada. Haih merajuk pula. Dia terus membuat panggilan untuk memujuk orang tua itu haih! 

" Mana kau pergi ni? Dah balik ke? Kata nak pergi Melaka "

" Dah kau jangan cari aku. Semua nak halau aku. Aku elok datang jauh jauh, kena halau pula. Dah lantak kau nak buat apa "

" Dah, mama bagi pergi. Aku minta maaf lah. Sini lah ambil aku. Aku siap kejap "

" Kau ni macam keling lah, cuba cakap betul betul. Kau nak pergi ke taknak ni? "

" Aku nak pergi. Mama bagi serius. Aku minta maaf pasal nenek aku tu. Biar kan dia nak cakap apa "

 Haih merajuk je kerja, kena marah pula tu! Ingat aku ni robot ke?

Akid terpaksa patah balik kerana hati dia lembut disebabkan Zie memujuknya dengan penuh kasih sayang. Selepas itu, mereka bergerak ke destinasi rumah Fahd untuk mengambil Fahd, Adira dan Kak Akma kerana mereka pun ingin pergi bersama sama dengan menaiki satu kereta sahaja.

Tiba sahaja di Melaka, mereka berjalan-jalan dan mencari tempat yang cantik untuk mengambil gambar masing-masing bagi menctiptakan kenangan yang indah. Indah sangat, pahit adalah! Hari malam pun sudah mendung hujan turun dengan lebatnya, mereka terpaksa berteduh di bawah bumbung dan memikirkan macam mana mereka mahu pergi ke tempat mereka parkir kereta.

Jarak parkir tu tidak lah jauh mana. Mereka redah sahaja hujan takut pula hujan semakin lebat. Zie pula berjalan seperti cat walk dengan kasut tumit tinggi nya membuatkan Zie gelabah dan terpaksa meningkatkan kelajuan kerana kaki nya pendek. Dia terpaksa melajukan kelajuan kakinya yang pendek itu.

Hujan renyai macam ni pun perut pun lapar terus sahaja mereka mencari kedai makan. Selesai sahaja mereka menikmati makanan, mereka gerak pulang ke rumah masing-masing.

Encik Fakhir membuka telefon bimbit miliknya lalu dia mencari nama Akid pada kenalannya untuk menanyakan kenapa mereka balik terlalu lewat sangat, dia mula tentang anak sulungnya itu. Encik Fakhir menegur Akid supaya tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati orang tua.

" Assalammualaikum Akid, acik nak cakap ni. Kalau boleh lepasni hormat lah orang tua. Minta izin dulu kalau nak bawa anak dara keluar. Jangan lah pentingkan diri, acik sakit. Ni belum kahwin dah jadi macam ni "

Pesanan itu diabaikan kerana Akid malas mahu melayan. Dia memarahi semua orang yang ada dalam kereta itu. Dia berasa tiada siapa faham pun apa dia nak, tiada siapa pun kenal dia lagi macam mana. Dia marah kerana Encik Fakhir tidak nampak pun apa yang Akid buat.

Betul lah tu apa yang Encik Fakhir cakapkan itu. Dia cuma nasihat sahaja. Salah atau tak cara menegur tu kita kena lah terima dengan hati yang terbuka. Setakat belikan lauk tu budak tadika pun boleh buat lah! 

Kalau betul lah dia nak sangat kahwin, dia sepatutnya korbankan lagi pengorbanan dia dalam masa yang lama. Perjumpaan keluarga antara keuarga pun diam membisu ada hati nak kahwin puih! 

Hai demi hari, sikap Akid mula berubah dengan alasan Encik Fakhir tidak pernah nampak pengorbanannya dan itu membuatkan Zie takut trauma nya kembali lagi. Dari hari ke hari juga lah mereka bergaduh benda yang sama. 

Zie sudah cuba memujuk Akid dan memberinya semangat supaya dia boleh teruskan. Sampai lah Zie dapat hinaan dan ugutan dari Akid sendiri. Hari-hari Zie dapat makian dari lelaki tak guna itu!

Dahlah muka macam jalan tar! Ada hati nak maki perempuan! Ish geram, rasa nak tonyoh je cili tu dekat muka dia, padan muka!

' Kau dengan bapak kau sama je! Kau dengan bapak kau boleh pergi mati!' maki pula Akid ni macam tak ada hari esok pula!

' Dah kenapa kau nak main bapak aku je manjang? Tahu mak kau tak ada, tak payah hina bapak aku macam tu! '

' Sundal punya betina! Kau main mak aku pula, babi betul lah! Aku pantang orang main mak aku! '

' Habistu kau main bapak aku? Kau hina dia tu? Kau  tak fikir pula aku ni pantang ke tak?! Kau fikir diri kau je, aku ni?! '

' Diri sendiri pun acah baik. Lagi nak nasihatkan aku '

' Kau pergi minta maaf dekat bapak aku. Dia tu nasihat kau je! '

' Untuk apa aku minta maaf? Dia pun tak hormat orang. Lagi nak orang sanjung macam anak raja. Anak meninggal pun taknak tengok muka. Lpeastu nak acah alim? '

' Dia tak tengok sebab doktor tak bagi dengan darah darah macam tu. Ayah mana sanggup tengok anak sendiri berlumuran dengan darah? Kau fikir apa? Bukan tak bagi tengok jenazah. Lain kali cakap pakai otak lah!

' Depan kau memang lah dia baik, belakang kau? Suruh aku berambus '

' Kau nak tipu pun tak pandai. Cakap tu biar ada bukti. Aku dah tengok semua nya, aku dah tanya bapak aku sendiri memang tak ada pun dia halau kau. Tipu je lebih kantoi gak '

Zie mula teringat akan peristiwa menyakitkan itu. Akid juga pernah mengugut Ziem mahu membunuh dan menikam Encik Fakhir. 

' Lagi sekali kalau bapak kau sibuk cari aku lagi, memang aku tikam dia. Kau jangan main gila dengan aku. Aku cakap aku buat! Report polis pun kau taknak buat, pengecut! '

Zie hanya mampu diam sahaja pada masa itu. Hati dia sakit, hancur kecewa dengan sikap lelaki panas baran itu. Membayangkan ayah kandung yang menjaga kita dari bayi, didik kita jadi anak yang baik diperlakukan seperti itu.

Zie pernah membuat sumpahan terhadap Akid kerana dia sudah tidak tahan dengan makian dan hinaan yang Zie telan setiap hari. 

' Aku bersumpah atas izin nama Allah. kau tak kan dapat perempuan yang ikhlas sayangkan kau, yang terima kau seadanya. Aku bersumpah demi Allah kau dapat kifarah berkali ganda '

' Pergi matilah babi! Kau nak main sumpah pula! Mentang keluarga kau Tuhan. Aku taknak ada pape dah dengan orang acah alim ni! '


Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now