- Bab 5 -

61 3 0
                                    

Pada keesokan harinya, Zie bangun pagi terlalu  awal kerana ini bukan ini bukan rumah sendiri dia bangun lewat. Zie menolong apa yang patut di dapur dan menyapu sampah di rumah itu. Zie seorang yang sangat cerewet. Dia tak boleh nampak habuk sikit.

Dia cuba melayani dan menghiburkan keluarga itu seperti keluarganya sendiri. Dia tidak mengharapkan dihargai atau tidak. Dia tahu apa dia buat itu seikhlas hati dia. Keluarga itu pula memuji Zie kerana terlalu rajin dan suka menghiburkan orang. Tak ada Zie sehari pun mereka dah sunyi.

Pada waktu tengah hari, Zie melihat orang-orang mengambil semula pelamin dan khemah yang di tempah itu. Mana lah tahu jumpa jodoh baru, tengah single kan! Selepas itu, dia bersiap-siap untuk pulang ke rumah secepat mungkin kerana tidak mahu lagi mendengar bebelan Puan Malihah.

Zie tidak membalas mesej Aqil pun kerana dia terlalu sibuk. Lagipun Aqil sudahpun pergi ke kerja pada awal pagi. Aqil bekerja sebagai bengkel kereta sahaja. Jadi Zie tidak kisah apa pun yang Aqil kerja asal kan boleh cari rezeki. 

Sampai saja di rumah, Encik Fakhir dan Puan Malihah berborak dengan Fahd, Adira dan Kak Akma kerana mereka yang menghantar Zie pulang ke rumah. Mereka bercerita tentang Akid apa yang telah terjadi di rumah itu. Supaya tidak lah Encik Fakhir dan Puan Malihah risau.

Fahd dan yang lain-lain meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing kerana mereka ada urusan lain yang perlu diselesaikan. 

Keesokannya Zie memulakan rutin harian dia seperti biasa. Dia berkenalan lebih rapat dengan si Aqil. Tinggal lagi berapa hari saja lagi Zie hendak pergi ke Thailand. Dia ingin meluangkan waktu bersama Aqil kerana dia takut dia terlalu rindukan sosok lelaki yang periang itu.

Haih macam mana lah nak pergi, sehari tak ada pun dah sunyi. Pada waktu itu, Aqil tidak tahu menahu lagi tentang perkara ini. Zie ingin memberitahunya tentang hal ini, tetapi dia tak bersedia.

Aqil bercerita tentang dia mimpikan buah hatinya itu kepada Zie. Bersungguh-sungguh dia bercerita ye. Aqil pula meluahkan perasaannya kepada Zie secara tiba-tiba. Zie pula takut untuk buka hati lagi. Dia juga susah nak percayakan sesiapa sejak dikhianati suatu ketika dahulu.

Jadi, dia mahu tengok saja pengorbanan Aqil. Semoga Aqil tak beri harapan palsu lah ya! Zie juga ingin bahagia seperti orang lain. 

" Patut lah masa kenduri rumah Fahd tu muka dia masam je. Rupa-rupanya ada benda tak kena "

" Bukan, tu muka mengantuk . Tak cukup tidur " Zie menerangkan benda yang betul.

" Comel je pula tu " puji puji ni nak apa lah si Aqil ni

" Kantoi lah stalk "

" Dah memang orang usya "

" Eeee  gatal! "

" Mana ada gatal. Minat and suka je"

" Suka je bukan sayang pun "

" Dah sayang tapi tunggu tuan badan sayang kita balik je hehehe " sambung Aqil.

Keesokan harinya, Zie memberitahu kepada Aqil yang dia ingin bertolak ke Thailand tak lama lagi. Zie saja mengusik Aqil yang dia ada hal di luar negara. Macam best pula tengok dia risau hehehe!

Aqil mula lah berfikiran negatif. Takut Zie cari lelaki lain. Halah tak lama pun, 4 hari je! Yelah nanti rindu buah hati. Pada malam hari tersebut, Fahd dan Adira mengajak Zie keluar lepak bersama di dataran selepas pada waktu maghrib.

Zie pula mengajak Aqil ke tempat yang sama. Masing-masing nak jumpa buah hati. Dah alang-alang jumpa tu lepas lah rindu  sikit. Zie sudah mula buka hati untuk Aqil sedikit demi sedikit. Aqil macam biasa lah malu-malu kucing.

Malu-malu pun datang juga. Buah hati dia nak pergi Thailand nanti rindu pula tak dengar suara. Halah Thailand je pun. Negara jiran aje!

Fahd dan Adira pun sampai di depan rumah Zie mereka terus bergerak ke tempat yang ditetapkan. Sebelum itu, mereka mencari makanan terlebih dahulu. Perut dah berkeroncong dah ni.

Mereka membuat pesanan di satu restoran yang berhampiran.

" Ya kak, nak order apa? "

" Saya nak nasi goreng kampung 2, air milo ais bungkus ya "

" Saya nak nasi goreng ayam, air teh o ais, bungkus juga "

" Tunggu ya kak "

Selepas membuat pesanan, mereka terus bergerak ke tempat tersebut dan mencari tempat yang selesa supaya mereka menikmati makanan yang tenang. Habis menjamu selera, Aqil pun sampai di tempat itu dengan kawan-kawannya menaiki kereta kelisa merah.

Adira membuat panggilan video call dengan anak buah kesayangannya itu. Rutin harian mereka memang begini. Macam biasalah anak buah Adira pun di mana Kak Zie. Sejak bila entah mereka rapat. Dah macam adik beradik pula.

Fahd dan Adira menyuruh Zie berborak berdua dengan Aqil. Alahai dua-dua malu kucing. Mereka berdua berborak untuk pengenalan diri supaya tahu sikap masing-masing. Aqil pula tatap wajah Zie terlalu lama dalam diam.

" Ish, jangan lah tengok malu lah "

" Biar lah nanti dia dah nak pergi dah. Lama pula tu. Nanti dia nak pergi mana? Naik apa? "

" Ada lah mana boleh bagitahu. Naik bas je "

" Kalau naik bas ni mesti pergi Thailand ni "

" Alamak kantoi. Dah lah diaorang suruh balik. "

" Nanti dia jaga diri dekat sana. Jangan tinggal solat. Jaga mata jaga hati tau. Apa apa bagitahu orang ". Zie terdiam seketika.

Tepat pukul 11 malam, Zie perlu balik ke rumah kerana Aqil dan kawan-kawannya ingin pergi ke suatu tempat. 

Sampai saja di rumah, Zie terus masuk ke rumah dan membuat panggilan video call bersama kawannya, Nurul Nazira, Tengku Hafiz dan Muhammad Khairul. Jangan pelik lah Zie ni peramah orangnya.

Banyak juga kawannya berlainan jantina. Zie menerima satu pesanan mesej daripada Kak Akma mengatakan bahawa Aqil mempunyai ramai kenalan perempuan. Haih dugaan betul! Baru je nk bahagia, bagi aku overthinking pula dah!

Zie tak percaya pun sebenarnya. Dia terus bertanya kepada Aqil sama ada betul atau tidak. Aqil memujuk Zie dia takut buah hati nya itu percayakan kata-kata fitnah itu. Zie tidak melayani Aqil bukan sebab dia percaya.

Tetapi sebab tengah berborak sakan dengan kawannya. Yelah Zie dah berjanji dengan kawannya untuk meluangkan waktu bersama sebelum dia bertolak ke sana. Habis saja video call, dia menerima pesanan mesej dari Aqil mengatakan bahawa Aqil tidak sihat, dia demam.

Eleh demam rindu buah hati lah tu!

Zie terus membuat panggilan Aqil dan memujuknya. Yelah takut nangis. Eleh comel je nangis. Nasib baik lah tak nangis. Kalau tidak jemu mahu memujuknya, dah lah manja. Anak bongsu lah katakan.

Akantetapi Zie sangat suka memujuk lelaki yang dia sayang. Lelaki kalau manja comel je, macam budak-budak!


Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now