smm : wattpad.

46 14 23
                                    

Ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ya. Ya hari ini hari ke 943 aku rindukan dia. Dunia ada apa-apa masalah ke dengan tu ? Tak. Mereka tak tahu apa-apa. Sudahlah.

.
.
.

Buku ini ditulis tulus dari jiwa yang ingin bersuara. Yang merindukan dan setia mendambakan seorang insan yang sama. Yang menunggu insan yang entah di mana keberadaannya. Yang menanti jejaka yang aku sendiri tak tahu namanya. Alkisah mana yang tidak rumit kan ? Begitu juga cerita aku.

Kepada awak yang entah akan terbaca atau tidak buku ini , cuma nak bagitahu yang saya rindu ;) !

.
.
.

A book of the true story.

.
.
.

--- !! ---

Aku masuk ke rumah. Sunyi. Hairan. Di luar ada kasut sekolah abang aku tapi tak nampak petanda ada orang pun di rumah. Aku laungkan salam macam orang gila tapi langsung tiada sahutan. Mana abang aku ni?

Aku pandang tv. Aku rasa macam nak terus lepak dan tonton Netflix sebaik sahaja selesai mandi tapi niat tadi aku buang sejauhnya. Malas. Tak ada mood. Mungkin kerana masih marah dengan abang.

Mana tidaknya? Pagi tadi dia kata dia tak mahu ambil aku dari sekolah. Mungkinlah salah aku juga sebab setiap kali balik mesti nak singgah ke sana sini sedangkan yang bawa motor tu dia. Aku tukang arah saja.

Tapi apa pun, salah dialah aku kena siram dengan curahan air hujan harini.

Aku terus menapak ke bilik air. Ya, betul tekaan aku. Dia tengah mandi. Senyap-senyap aku kunci bilik air dari luar dan terus lari naik ke bilik.

Aku terbaring atas katil. Termenung macam selalu. Merenung skrin telefon yang kosong sekali sekala. Mengeluh berat tak henti henti. Mata dipejam dan dicelik beratus ribu kali.

Hujan, ribut dan segala badai di luar aku tak hiraukan. Sudah pukul 3 petang tapi tidak aku bercadang untuk menjadi proaktif pun hari ini.

Oh apapun, mahu dengar satu rahsia?

Jujurnya , hati aku masih berat walaupun sudah beratus hari dia pergi. Beratus. Hampir seribu. Entah apa yang buatkan aku rasa kosong sedang aku sudah lama padam kenangan kami dulu. Aku sudah mulai lupa apa yang terkandung dalam chat kami dulu.

Walaupun hati tak terima hakikat yang otak sudah arahkan aku untuk lupakan saja dia.

"Mana dia agaknya sekarang kan?"

Senyuman segaris terukir. Aku tergelak sendiri. Kemudian tawa tadi hilang begitu sahaja, mungkin dibawa angin kuat di luar. Tangan aku laju menekan butang on pada bahagian tepi telefon lalu terus menekan Google bar.

signore , mi manchi !Where stories live. Discover now