aksara 27

392 30 3
                                    

Indra diam menatap redup tubuh wanita yang baru bergelar isterinya sedang berbual mesra dengan tetamu. Tangan halus itu dari tadi berada dalam genggaman sang umi.

Dia hanya membiarkan melihat kepada wajah teruja umi sewaktu memperkenalkan Alea kepada rakan rakannya.

Biasalah umi lepas geram sebab waktu tunang dulu takboleh tunjuk bakal menantu. Anak teruna dia tak bagi. katanya.. ehem 'Nanti kawan umi berkenan ngan lea macam mana.. pastu dia kenenkan dekat anak dia'.

Indra being Indra.

Berkerut wajahnya apabila perasan wajah jelita yang dihiasi solekan nipis itu berkerut seolah sedang menahan sesuatu.

Kaki panjangnya melangkah mendekati tempat berdirinya sang isteri. Tubuh yang anggun mengenakan abaya berona putih dicuit sedikit.

Alea menoleh melihat tubuh tegap yang berdiri di belakangnya. Terukir senyuman nipis di wajah membalas senyuman sang suami.

Suami.
Oh my..

dah jadi suami.

"Umi.. Angah minta izin bawak isteri angah masuk boleh ?."
Soal Indra sopan pada sang umi yang leka berbual.

"hah yelah. kesian anak umi ni.. umi minta maaf ye lea."
Tangan sang menantu dielus lembut.

"eh takpe umi lea okay."
Senyuman manis diberi.

"saya masuk dulu ye aunty semua. Terima kasih sudi datang.. doakan hubungan kami ye."
Penuh sopan Indra mengucapkan terima kasih sebelum membiarkan sang isteri menyalam satu persatu tangan yang berada di situ.

Alea kembali berdiri di sisi Indra. Tersentak kecil dia apabila tangannya diraih ke dalam genggaman tangan besar seseorang.

"jom.."
Tangan halus milik sang isteri ditarik lembut masuk ke dalam rumah.

Alea hanya mengekori langkah sang suami. Kepalanya yang pusing membantutkan pergerakkannya.

Belum sempat kaki Indra menapak naik ke atas tangga, terhenti langkahnya apabila tangan halus yang berada di dalam genggamannya menahan.

"nak pergi mana ?."
Soal Alea perlahan.

"naik bilik saya.."

"eh majlis tak habis lagi ni.."
Berkerut kecil wajah jelita Alea.

"who cares.. you're more important. Jom."
Tanpa mendapat persetujuan sang isteri. Tangan halus itu kembali ditarik lembut.

Alea akur. Belakang tubuh tegap milik Indra ditatap sebelum mata beralih pada tautan tangan mereka. Jelas tangannya hilang disebalik tangan besar milik Indra.

Pintu bilik berona hitam dibuka Indra sebelum memberi ruang buat sang isteri.
"masuklah.."

Alea melangkah masuk. Mata mula melilau melihat sekeliling bilik yang bertemakan moden kontemporari. Jujur Alea memuji susun atur bilik ini. Langsung tidak menunjukkan bahawa ini bilik lelaki bujang.

Jelaslah Alea tahu, Indra seorang yang teratur.

"sorry bilik saya sepah sikit. biasalah bilik lelaki."

"ehh manada. in fact lagi kemas dari bilik saya ni."
Tegas Alea.

Indra tersenyum manis.
"duduklah dulu.. saya nak tukar baju jap."
Pelawa Indra lembut sebelum kaki panjang itu menapak masuk ke dalam satu bilik kecil.

Alea melabuhkan duduk di sofa yang tersedia seraya mata masih melilau melihat hiasan bilik Indra. Mata terpejam apabila kepala dihentam rasa sakit. Tangan yang dihiasi inai naik mengusap lembut kepala. Cuba untuk menghilangkan rasa sakit yang menyengat.

aksaraWhere stories live. Discover now