BAB 3: Software Angine

75 8 11
                                    

Aithusa: So, you're gonna come to the hackathon?

Dragonlord: Of course I'll be there.

Aithusa: Maybe we can meet up

Dragonlord: I'm sure if we ever meet, you won't recognize me.

Aithusa: You must be someone amazing

Dragonlord: Nah, I'm lowkey.

Aku tergelak melihat mesej balas Dragonlord, kawan internet aku. Kami berkenalan di laman web gelap untuk para penggodam berkumpul. Umumnya, penggodam tidak boleh memperkenalkan siapa diri mereka yang sebenar, kerana pekerjaan menggodam itu sendiri menyalahi undang-undang. Kami hanya berinteraksi dengan nama samaran, kemudian berbincang mengenai koding untuk menaikkan kemahiran masing-masing.

Persatuan rahsia yang kami namakan sebagai 'Knights of the Round Table' yang terdiri daripada 7 orang ahli, di mana kami bersatu, berganding bahu demi mencapai satu tujuan yang baik. Kadang-kadang kami membuat kerja amal di belakang tabir bersama-sama, menghapuskan laman web lucah, laman web pengganas, dan kadang-kadang bila gila kami naik, kami hapuskan benteng pertahanan Israel secara maya bersama-sama.

Jujurnya, hacking bukan bidang aku. Kepakaran aku lebih kepada membina sistem. Tapi aku belajar banyak daripada mereka tentang hacking. Tak salah untuk tahu, supaya aku juga boleh melindungi diri aku daripada digodam. Banyak yang aku belajar daripada mereka.

Pada mulanya aku rasa agak menyeramkan berinteraksi dengan orang yang tidak kenal, tapi bila kita ada tujuan yang sama iaitu membanteras jenayah, semua perbezaan itu diabaikan.

Aku rasa lebih selamat bersama orang yang aku tidak kenali, kerana aku bebas daripada dihukum dari segi perkauman, agama, jantina, pangkat dan sebagainya. Tiada siapa yang akan merendahkan aku hanya kerana aku masih muda, kerana tiada sesiapa tahu identiti sebenar aku.

Dragonlord, nama yang agak old school bagi aku, tapi aku lebih rapat dengan Dragonlord berbanding ahli lain. Tapi Aithusa? Aku tergelak sendiri. Kami semua terpengaruh dengan Merlin. Aku harap aku dapat berjumpa dengannya secara berdepan, kerana dia mengajar aku banyak perkara.

******

Aku melangkah keluar dari kereta kabel elektromagnet, kemudian menuju ke pintu masuk utama kawasan S.A. Makmal hemisfera S.A yang terletak jauh di atas bukit, dikelilingi pokok dan tumbuhan hijau dan hanya boleh sampai hanya dengan menggunakan kereta kabel elektromagnet milik S.A. Kenderaan lain tidak dibenarkan masuk, dan perlu diletak di tepi bukit sahaja. Kerana S.A tidak mahu kawasan mereka tercemar dengan bunyi bising dan asap kenderaan. Ini juga merupakan salah satu cara untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan di lereng bukit.

Aku berjalan ke arah bangunan hemisfera di puncak bukit. Aku kagum seketika sampai di hadapan bangunan hemisfera itu. Tidak aku sangka makmal tersebut begitu gergasi di saat aku melihatnya dari dekat. Aku nampak begitu kerdil di sisi bangunan yang gah itu. Reka bentuk hemisfera berwarna putih diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan, seni binanya pula unik dengan sentuhan tradisional dan inovasi.

Aku memandang di sekeliling aku. Pemandangan panoramik dari puncak bukit benar-benar menakjubkan. Aku seakan dipeluk awan, dengan sinaran mentari yang mencari peluang untuk menembus masuk di celah kabus. Cahayanya seakan nur menyimbah pada bangunan hemisfera putih itu. Rumput karpet di sekeliling bangunan itu menghijau rata dan ada yang berbukit kecil.

Kawasan luar bangunan pula dipenuhi dengan manusia dari seluruh pelusuk dunia yang duduk di atas rumput bersama teknologi robotik mereka yang unik. Kebanyakan mereka santai di atas rumput bersama komputer riba yang terbuka, melakukan beberapa perbincangan berkaitan perisian baru buatan mereka. Di pekarangan bangunan pula meriah dengan simulasi-simulasi robotik hasil air tangan kreatif generasi hari ini. Aura dan suasana itu dipenuhi dengan inovasi dan teknologi. Bunyi perbualan mereka yang ghairah tentang artificial intelligence, bersama klikan papan kekunci mencipta simfoni aktiviti intelektual. Ia langsung menyemarakkan keterujaan aku untuk menjadi sebahagian daripada hab teknologi ini.

I'M LOSTDonde viven las historias. Descúbrelo ahora