Bab 21: Humiliating in Public

50 9 6
                                    

"Kak, kau datang kan? Kenapa tak balik rumah lagi?" Aniq merengek sekali lagi di dalam panggilan video. "Sampai hati, akak dah janji!"

"Aku datang esok." Aku hanya meletakkan telefon pintar aku di atas meja solek, bertentangan dengan almari baju bilik di rumah sewa aku. "Esok pagi akak balik rumah. Persembahan kau waktu malam. Ada banyak masa sebelum pertandingan itu bermula." Tangan aku masih lagi menelek pakaian dari dalam almari. Aku tiada baju untuk dipakai untuk majlis malam nanti.

"Kenapa tak balik malam ini aje?" Aniq tidak berpuas hati selagi aku tidak memberi jawapan. "Siapa nak jemput akak dekat stesen LRT? Aniq dah bertolak ke Lionel untuk penggambaran, dan temu duga backstage."

"Ibu dengan ayah ikut sekali ke?"

"Tak, ada pemandu ambil ibu dan ayah dari rumah, hantar dekat stadium."

"Oh tak apalah, nanti aku terus pergi stadium dari LRT dekat aje." Tenang aku memberitahu. "Kau nervous kan sebab ini pertandingan kau yang pertama semenjak kau debut jadi penyanyi."

"Yelahhh, pertandingan dibuat untuk pertama kali di Stadium Negara Lance. Lebih kurang 50 ribu orang tengok aku dekat stadium. Masuk televisyen siaran langsung pula itu. Aku satu-satunya penyanyi termuda yang bertanding dengan penyanyi veteran. Lebih kurang 33.57 juta populasi manusia tengok aku dekat televisyen. Kau faham tak kak?" Aniq meramas rambutnya sehingga serabai.

"You will be amazing. I believe in you. This is not a competition, it's a concert. Your concert. Just enjoy it." Tenang aku meyakinkan dia. "Dari kecil lagi, aku tahu kau gila, Aniq. But, why be ordinary when you can be crazy? Siapa aje yang nak jadi biasa-biasa dalam dunia ini?"

Aniq tergelak mendengar kata-kata aku.

"Kadang aku macam tak percaya kita membesar dalam rahim yang sama." Usik aku. "Aku tahu masa dalam perut ibu kau banyak makan tahi, sebab itu kau macam selenga, tapi tak sangka kau jadi penyanyi."

"Diamlah kak." Aniq mengacah mahu menumbuk aku dari dalam telefon. "By the way, kau bersiap nak pergi mana?"

Aku mengeluh perlahan. "Tuan James nak buat hari keluarga untuk bonding pekerja, tapi hari yang dia nak buat itu, semua pekerja tak nak datang. Addien dan Tuan Pascal pula outstation masih tarikh itu. Maka, tarikh ditukar. Hari keluarga digantikan dengan majlis makan malam, hari Jumaat pada hari ini."

Aku tersengih. "Jadi, tolong akak pilih baju yang sesuai untuk majlis makan malam terakhir." Aku menunjukkan dua helai baju di hadapan kamera. Gaun berwarna merah dan juga hitam.

"Makan malam ini dekat mana? Aku kena tahu dekat mana tempat dulu, baru boleh pilih baju yang sesuai."

Senyuman aku semakin lebar. "Kalau aku cakap dekat mana, mesti kau akan cakap aku perasan." Aku tergelak.

"Mana? Dekat tepi pantai? Dekat resort?"

Aku berdehem. "For your information, your sister is too lazy to call a restaurant. Aku bagi cadangan dekat Addien, untuk buat dekat Kapal Cruise Hykel. Dan dia setuju." Aku mengangkat-angkat kening aku dengan penuh lagak.

Jatuh terus rahang Aniq. "Amboiiii, majlis makan malam buat dekat cruise." Aku menyelak rambut aku dengan penuh gaya.

"Nak tahu tak apa yang membuatkan aku bangga?" Aku tersengih. "Lepas mesyuarat, Bianca terus datang meja aku dengan Kak Nana, lepas tu dia cakap, 'aku benci kau, tahun lepas aku cadang dekat Addien, mentah-mentah dia reject. Aku yang dah kerja lama pun tak pernah naik kapal Hykel. Tiba-tiba kau baru datang terus naik kapal dia."

"Peh, peh. Kau delulu lah kak." Aniq tergeleng kepala. "Entah-entah dia terima cadangan kau sebab masa memang dah suntuk, dan dah tak ada pilihan lain."

I'M LOSTWhere stories live. Discover now