2: Babies

24 2 0
                                    

Hari ini merupakan hari di mana Bunga akan berpindah masuk ke rumah Azka.

Seminggu juga mereka menetap di rumah sewa Bunga sementara menunggu rumah Azka siap. Ditambah dengan proses mencuci rumah lagi.

Baru hari ini mereka dapat memindahkan barang. Bunga pula sudah menamatkan kontrak rumah sewanya.

Kotak-kotak berisikan barang-barang Bunga diletakkan di ruang tamu. Mata Bunga meliar melihat keadaan rumah itu.

Azka Shakeel membeli rumah teres 2 tingkat. Kata jejaka itu, rumah itu sudah lama dibeli. Cuma dia baru mengupah orang untuk proses pengubahsuaian.

"Ada lagi tak barang awak dalam kereta?" Soal Azka dari belakang. Di tangannya ada sebuah kotak sedang milik Bunga.

"Ada! Tapi kotak tu berat. Kita kena angkat sekali sebab dalam tu ada babies saya." Ujar Bunga bersama senyuman lebar.

"Babies?" Gumam Azka perlahan. Namun kakinya tetap mengekor Bunga dari belakang.

Dalam bonet kereta itu, terdapat satu kotak besar. Terdapat satu kertas yang ditampalkan di depan kotak itu.

'Bunga's babies'

Azka menggelengkan kepala melihat kecomelan si isteri.

"Cepat awak." Panggil Bunga membuatkan Azka bergegas ke arahnya.

"Saya kira 1,2,3 baru kita angkat tau. Kalau jatuh, siap awak." Di akhir ayat itu, Bunga memincingkan mata kepada Azka. Mengugut.

"Baik, Bunga saya." Ujar Azka tertawa kecil.

Bunga berdehem. Dia berpaling bersama pipi yang merona.

Usai itu, barulah kotak itu diangkat mereka. Satu perkataan yang terpacul dalam kepala Azka ketika itu. Berat!

Entah apa yang diletakkan Bunga dalam kotak itu pun dia tidak tahu.

"Letak dekat atas meja tu." Meja kecil di ruang tamu menjadi tempat kotak itu diletakkan.

"Fuh, awak letak apa dalam kotak tu? Beratnya." Nafas kasar dihela. Naik turun dadanya mengatur nafas.

Bunga tersengih kekok. Kotak itu dibuka bersama senyuman.

"Tada! Inilah anak-anak saya." Mata Azka terlopong melihat jumlah buku atau novel dalam kotak itu.

Banyak gila. Getus Azka.

"Dalam banyak-banyak novel saya ni. Yang ini paling saya sayang." Bersama mata yang bersinar, dua buah novel berkulit hitam diambil lalu ditunjukkan kepada Azka.

"Nama penulis dia, Kasha. Saya suka cara penulisan dia. Blog dia pun saya follow tau! Tapi itu lah, dah lama dia tak update apa-apa." Bunga mencebik sambil mengusap buku itu.

Sejak tujuh tahun yang lepas, Bunga mendapat ketenangan dalam membaca. Ianya bermula dari satu blog yang sering menceritakan tentang satu kisah.

Kisah di mana penulis itu menceritakan tentang dirinya dan seorang gadis. Gadis yang disukainya dalam diam.

Bunga rasa tertarik kerana dia ingat penulis itu perempuan. Namun sangkaannya salah apabila dia mengetahui bahawa penulis blog itu adalah lelaki.

Sejak itu, Bunga mula mengikuti segala perkembangan blog penulis itu. Sehingga dia berjumpa dengan Ikram. Kisah penulis itu kelihatan sama seperti kisahnya. Cuma, Bunga mengejar kasih Ikram tetapi, penulis itu tidak.

"Kasha? Perempuan ke?" Soal Azka ingin tahu.

"Tak lah. Dia lelaki. Awak nak tahu sebab apa saya suka karya dia?" Sofa di ruang tamu itu dituju lalu dilabuhkan duduk.

"Sebab apa?" Soal Azka ingin tahu.

"Kisah dia lebih kurang macam saya. Dia suka seorang perempuan ni dalam diam. Tapi, saya suka seorang lelaki dengan terang. Kalau dia sering lihat perempuan yang dia suka tu dari jauh, saya pula pergi dekat-dekat dengan lelaki yang saya suka." Mata Bunga kembali berkaca.

Sepatutnya dia hanya meminati Ikram dalam diam. Tak adalah dia berasa kecewa hingga ke tahap ini.

"No wonder Ikram rimas dengan saya kan?" Wajah Azka ditatap Bunga dengan senyuman kelat.

"Semua orang ada cara tersendiri dalam menyukai orang lain. Jangan jadikan perkara itu sebagai penghalang untuk awak mengejar cinta. Tapi, sekarang dah lain. Awak dah ada suami. Saya terima kalau awak nak dekat-dekat dengan saya." Ujar Azka bersama senyuman senget. Mengusik.

"Ish! Dah la, saya nak simpan babies saya dulu. Malas saya nak layan awak." Bunga bangun lalu berdiri di hadapan kotak itu kembali.

Kepala yang tidak gatal digaru. Kepala ditolehkan kembali kepada Azka yang sudah tersenyum senget.

Azka menyimpan senyum. Tangan dilipat ke dada. Tahu mengapa Bunga melihat ke arahnya.

"Tolong saya angkat kotak ni, boleh? Saya nak letak dekat bilik bawah tu." Ujar Bunga bersama senyuman manisnya.

"Ceh! Tahu pun cari saya. Tadi bukan main tak nak layan bagai " Azka membebel membuatkan Bunga ketawa.

Membebel-membebel pun, tolong juga. Getus Bunga.

Kotak itu diangkat sekali lagi. Bilik yang berada di bahagian hujung dituju. Tombol pintu itu dibuka oleh Bunga.

"Wah! Interior dia sama macam saya nak!" Mata Bunga bersinar melihat ruangan bilik itu.

Kotak itu diletakkan di atas lantai. Tangan dikibas untuk menghilangkan habuk.

Sekali lagi Bunga melihat hiasan dalam bilik itu.

Dinding berwarna pastel brown itu dihiasi dengan beberapa ayat Al-Quran. Rak-rak buku berwarna hitam turut tersedia dalam bilik itu.

Di tempat dia berdiri pula ada satu meja lengkap bersama kerusi. Atas meja itu turut dilengkapi dengan satu set komputer.

"Awak buat ke?" Soal Bunga dengan nada terharu.

"Huum. Lepasni, bilik ni akan jadi bilik kerja awak. Or, mini library? Yang penting, bilik ni khas untuk awak." Ujar Azka dengan senyuman.

Memang bilik ini direka khas untuk Bunga. Segala butiran untuk hiasan dalaman bilik ini dia dapat dari Bunga sendiri. Cuma, ada sedikit sahaja penambahan dari dia.

"Terima kasih. Saya hargai sangat-sangat." Terharu. Sudah banyak benda yang Azka buat untuk dia.

Kepalanya menunduk. Dia tiada apa-apa untuk diberi kepada lelaki itu.

Azka yang perasan dengan perubahan Bunga mula mendekati wanita itu. Kedua tangan naik menekup pipi si isteri supaya menghadapnya.

"Why? You don't like it? Kita boleh tukar-" ayat Azka terhenti tatkala Bunga maju untuk memeluknya.

"Thank you. Saya janji saya akan cintakan awak. I just need a little bit more time. Sikit je lagi." Luah Bunga dengan jujur.

Tangan Azka yang kaku sebentar tadi kini memaut bahu Bunga. Iyalah, tinggi Bunga itu sekadar paras bahunya saja. Maklumlah, tinggi Azka adalah 187cm dan tinggi Bunga ialah 164cm. Semestinya Bunga perlu mendongak untuk melihat Azka.

Tanpa Bunga sedar, bibir Azka naik mengukirkan senyuman. Jejaka itu menundukkan wajah untuk melabuhkan satu kucupan di sisi kepala Bunga.

"Thank you." Ucap Azka perlahan. Pelukan itu dieratkannya.

Disebabkan berlaku aksi drama Korea pada petang itu, kerja mereka tergendala sehingga lepas Asar.

Selesai mereka solat, barulah mereka memulakan kembali sesi mengemas rumah.

Lepas Isyak, Azka dan Bunga sudah dihanyut mimpi. Letih.

True Love Where stories live. Discover now