5: Family

21 2 0
                                    

Ruang tamu yang luas itu dihiasi dengan suara-suara kecil. Bunga terduduk penat di atas sofa di ruang tamu itu.

"Mak su, jomlah main lagi." Tangan Bunga ditarik-tarik oleh si kecil itu. Muka anak kecil itu sudah cemberut tatkala ibu saudaranya tidak mahu bermain lagi.

"Kejap, Lyn. Bagi maksu rehat kejap. Letih la layan kau orang ni." Termengah-mengah Bunga bercakap.

Anak abang-abangnya itu memang aktif. Hanya segelintir sahaja yang mendengar kata dan membuat kerja sendiri.

"Ala! Temanlah Lyn main lagi." Safa Amalyn yang berusia enam tahun itu masih lagi menarik tangan mak sunya.

Bunga sudah pasrah. Mana Azka ni? Tolong lah dia!

"Safa Amalyn. Jangan ganggu mak su tu. Meh duduk dengan abang." Seif Fahri iaitu anak sulung kepada abang sulungnya, Seif Firas mula memanggil si adik.

"Tak nak! Main dengan abang tak best!" Bentak Safa. Kaki dihentak tidak suka.

"Aip! Siapa ajar Alyn cakap macam tu dengan abang? Tak baik tahu. Minta maaf sekarang." Tegur Bunga tegas.

Safa Amalyn terus menunduk. Tahu silapnya.

Bunga memang tidak gemar kalau anak-anak buahnya tidak menghormati orang lain dan sesama sendiri. Bagi dia, adab itu penting bagi seseorang manusia.

"Maaf maksu. Safa pergi dekat abang." Dengan suara kecilnya, Safa Amalyn bergerak menghampiri si abang yang berada di sofa bertentangan Bunga. Di sebelah abangnya itu ada adik bongsunya yang sudah berusia dua tahun. Salwa Imani.

"Maaf, abang. Safa janji tak buat lagi." Tangan kecilnya dihulur kepada si abang untuk bersalaman.

"Hurm. Adik abang baik kan." Tegur Fahri lembut. Kepala Safa diusap kasih.

Usai itu, Safa Amalyn pergi ke arah sepupu-sepupunya yang lain untuk bermain.

"Awa tak nak main dengan kakak?" Soal Fahri kepada si adik yang masih setia di sebelahnya sedari tadi.

Salwa menggelengkan kepala tidak mahu. Kepalanya diletakkan di atas peha si abang bersama mata yang dipejam. Nak tidur.

Seif Fahri tersenyum tipis sambil tangan membelai rambut si adik. Pemandangan itu dilihat Bunga bersama hati yang lapang.

Sebagai cucu yang paling sulung. Bunga rasakan sifat Seif Fahri itu amat matang. Sama seperti ayahnya.

゚𐦍༘⋆

"Anak awak yang sorang lagi tu tak sampai lagi?" Soal Encik Ubaid kepada isterinya.

"Tak tahu la abang. Dia mesej tadi katanya dalam perjalanan dah. Jalan sesak kot." Jawab Puan Umi Kalsom

"Qira, Fahim ada bagitahu tak dia lambat sebab apa?" Soal Puan Umi kepada menantunya.

"Tak -" percakapan Fitrah Qirana terbantut tatkala suara orang memberi salam kedengaran.

"Ha, tu dah sampai. Qira pergi depan kejap." Fitrah Qirana bangun dari tempatnya untuk menyambut sang suami.

"Yang lain? Dah ada semua?" Soal Encik Ubaid kepada anak-anak serta menantunya.

"Dah, abah." Jawab Seif Firas selaku anak sulung.

"Cucu-cucu tok abah dah ada semua?" Kali ini Encik Ubaid mengukirkan senyuman untuk cucu-cucunya.

True Love Where stories live. Discover now