TDM || BAB 24

9K 447 10
                                    

DERINGAN jam loceng yang dibawa, mengejutkan Athea daripada tidur. Langsung Athea menguap. Masih ada sisa mengantuk namun cuba dilawan. Bila-bila masa sahaja azan subuh akan berkumandang. Tangannya mula mencapai telefon pintarnya. Mana la tahu ada notifikasi dari Aaron.

Namun yang menarik perhatiannya adalah notifikasi daripada Daeen. Pukul 1 pagi sudah dihantar pesanan itu. Nak apa? Athea mula membaca pesanan daripada abang tirinya itu lalu mencebik.

My Pervert Stepbrother : Kejut aku subuh nanti

Athea mengecilkan matanya. “Kenapa aku yang kena kejut dia? Apa fungsi loceng dekat phone dia tu? Mengada-ngada,” omel Athea.

Kaki Athea turun daripada katil. Tuala yang tergantung, dicapai lalu langkahnya masuk ke bilik mandi. Lebih baik dia membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum menunaikan solat subuh.

Usai membersihkan diri, Athea mula bersiap-siap untuk solat subuh. Tikar sejadah dihampar setelah menyarungkan telekung pada tubuh. Setelah mengaminkan bacaan doa selepas solat, Athea menyapu wajah. Terus terlintas sesuatu difikirannya. “Dah bangun ke belum mamat ni?”

Bingkas dia berdiri, menuju ke bilik penginapan Daeen. Telekungnya juga tidak ditanggalkan. Jika ada yang terserempak dengannya pasti disangka hantu.

Pintu bilik Daeen diketuk bertalu-talu. “Tuanku!! Ohh tuanku!!”

Diam.

“Tuanku!! Tuanku!!” panggil Athea lagi.

Diam.

“Tuanku!! Bangun la. Dah subuh ni.”

Masih diam.

Athea mendengus. “Dia ni tidur mati ke apa?” Tombol pintu bilik itu cuba dipulas.

Plakk!

Tidak berkunci? Biar betik. Tak sayang nyawa ke mamat ni? Omel hati Athea. Dibuka luas pintu bilik itu. Kelihatan Daeen masih terbaring di atas katil. Lena betul. Langsung tidak perasan Athea memasuki bilik tidurnya.

Athea masih kekal berdiri di luar bilik. Disandarkan tubuhnya pada pintu bilik penginapan itu agar terbuka luas. Tidak la difitnah orang nanti. “Tuanku! Bangun la. Dah pukul 6 ni. Nanti terbabas. Waktu subuh bukannya lama.”

“Hurm...” Daeen memisat matanya lemah. Matanya memandang ke arah Athea. Terus dia tersenyum. “Sayang, kenapa pandang abang macam tu? Meh sini. Tidur sebelah abang,” mamai Daeen. Masih ada sisa mimpinya semalam. Bermimpi sudah berkahwin dengan Bunga Athea. Indah mimpinya itu.

Athea tertawa hambar. “Hahaha. Kelakar sangat. Saya tumbuk tuanku nanti baru tau. Dah, pergi solat.”

“Hurm... spoil la kau ni.” Daeen kembali memejamkan matanya.

“Tuanku jangan degil eh. Nanti saya simbah tuanku dengan air panas menggelegak, baru tuanku tau. Biar menggelupur dalam bilik sorang-sorang.”

Daeen mendengus. Bingkas dia bangun daripada baringannya. “Kau dah solat? Nak jadi makmum aku tak?”

“Saya dah solat la. Tuanku tu yang lambat.”

Daeen mengangguk faham. “Takde morning kiss ke, sayang?”

“Sepak nak?”

Daeen tertawa kecil. Kepalanya turut digeleng.

“Mateen!!” sergah Malaika. Senyuman lebar terukir dibibirnya, mula pudar saat melihat Athea berada di dalam bilik penginapan Daeen. Dahinya berkerut seribu. “Thea?” hairan Malaika.

“Hi Laika. Cari tuanku eh? Tu tuanku dah bangun. Saya masuk bilik dulu eh. Tuanku, jangan kacau saya lagi eh. Saya nak bersiap.” Laju Athea melarikan diri. Takut juga disalah anggap oleh Malaika nanti.

“Ada apa you datang bilik I pagi-pagi harini? I nak solat kejap. Belum solat lagi,” soal Daeen. Tualanya dicapai lalu diletakkan di atas bahu.

Malaika memeluk tubuh sambil menyandarkan bahunya pada pintu. “What has happened?” soal Malaika dingin.

“What?” soal Daeen kembali.

Malaika mendengus. “Kenapa adik tiri you boleh ada dalam bilik ni? Apa yang dah jadi sebenarnya?”

“Oh. Adik I kejutkan I bangun subuh. You tahu kan I ni liat nak bangun. Jadi I minta la bantuan dia. Dah alang-alang bilik dia depan bilik I. Salah ke?”

Malaika mengecilkan matanya. “Salah ke you tanya I? Seriously? I’m sorry if I’m rude but why does she need to enter this room? Pagi-pagi macam ni. You tak takut ke kalau orang nampak? Boleh jatuh fitnah orang tau tak?” Cuba ditahan rasa marahnya itu. Walaupun dia tahu hubungan Daeen dan Athea hanya sebatas adik tiri, namun hatinya masih cemburu. Pedih.

“Dia tu adik I la. Tak lebih pun okay?”

“Tapi dia masih adik tiri you. Gelaran adik bukan tiket untuk you buat sesuka hati. Andai korang berdua adik beradik kandung sekalipun, masih bukan tiket you untuk benarkan dia keluar masuk bilik you sesuka hati.”

Daeen mendengus. “Okay, look. Dia bertelekung kot. Takkan orang nak fikir yang bukan-bukan sedangkan dia berpakaian suci. Duduk pun depan pintu, bukannya masuk terus macam you ni.”

Malaika tersentak. “Now, you nak tunding jari you pada I?”

“I taknak gaduh Laika. I nak mandi. Nak solat.” Langkah Daeen menuju ke bilik mandinya. “Laika, gelaran ‘tunang’ pun bukan tiket you untuk bebas buat apa sahaja pada I. Salah tetap salah.” Ujar Daeen sebelum menutup pintu bilik mandi rapat.

Malaika tergamam. Kata-kata Daeen seumpama memberi kesan pada hatinya. Apa yang dimaksudkan Daeen?

***

BUTANG lift ditekan. Gelisah Athea menunggu pintu lift itu dibuka. Dia sudah lambat turun sarapan. Pasti Daeen akan mendendanya. Terlajak tidur punya pasal la ni. Macam mana dia boleh tertidur selepas subuh?

“Morning, Athea,” sapa Ayyash.

Mata Athea melirik memandang Ayyash disebelah. Sejak bila lelaki itu berada disebelahnya pun, dia tak tahu. “Morning, Ash.”

“Nak turun makan ke?”

Athea mengangguk.

“Kalau macam tu, jom?” Pintu lift terbuka. Lantas kaki Athea masuk ke dalam lift itu, diikuti Ayyash dari belakang. Baru sahaja pintu lift hampir tertutup, seseorang menahan. Kelihatan Daeen dengan wajah dingin memandang mereka berdua bersilih ganti.

Langkahnya menghampiri Athea. Athea berdiri antara mereka berdua, terasa kedinginan mereka berdua. Gaduh ke? Sepanjang dalam lift, masing-masing mendiamkan diri termasuk Athea. Takut hendak bersuara.

Pintu lift terbuka. Dengan pantas Ayyash mencapai pergelangan tangan Athea lalu melangkah keluar.

Daeen hanya memandang tajam. Sakit hatinya melihat kemesraan mereka berdua. Siap berpegangan tangan.

“Morning.” Suara Malaika kedengaran. Awal pagi lagi Malaika sudah berada disitu, memesan sarapan pagi untuk mereka. Sempat matanya memandang ke arah Athea dan Ayyash berpegang tangan. Terus dia tersenyum. “Is there anything I don’t know, Ash?”

Ayyash melabuhkan punggungnya di sebelah Athea. “Stop teasing me, angel.”

Malaika tertawa kecil. “Kalau ada apa-apa hubungan sekalipun, apa salahnya? You selalu sibuk dengan lukisan you. Tiba masanya you mencari cinta Ash. Lagipun I suka tengok korang berdua, nampak comel. Kan, Een?”

Daeen hanya melemparkan senyuman kelat.
Ayyash mengekalkan riak kosong. Walaupun hakikatnya hatinya memberontak. Aku nakkan kau, angel. Bukan dia. Ikutkan hati mahu sahaja dia luahkan begitu. Potongan daging dihulurkan pada Athea. “Nah.”

“Terima kasih.”

“Makan banyak-banyak. Saya tengok awak macam dah kurus. Dah macam ranting kayu. Daeen memang tak bagi awak makan ke? Atau awak nak jaga badan? Tak payahlah jaga badan. Awak dah terlalu cantik untuk saya,” usik Ayyash.

Daeen menjeling tajam ke arah Ayyash.
“Betul ke Een tak bagi awak makan? Tak guna punya abang. Nanti saya piat telinga dia.” Telinga Daeen dipulas.

Daeen terus mengadu sakit. Telinganya yang sudah merah diusap. Boleh tahan juga tangan ketam Malaika ini. “Mana ada I tak bagi dia makan. Dia tu yang malas nak makan. Jaga badan la apa la.”

Malaika tertawa kecil. Mereka kembali menjamu selera. Dengan selamba Malaika menghulurkan potongan dagingnya ke mulut Daeen. “Bukak mulut, sayang.”

“Apa ni? Orang tengok la.”

“Salah ke?”

Daeen mendengus. Nak taknak terpaksalah dia menyumbatkan potongan daging itu ke dalam mulutnya.

Athea sekadar memerhati. Timbul satu perasaan asing saat melihat kemesraan mereka berdua. Cemburu kah? Ah! Tak mungkin.

Usai mereka menjamu selera, destinasi mereka menuju ke Masjid Al-Fatih. Sempat mereka bersiar-siar di kawasan. Dalam hati Athea tidak berhenti memuji keindahan masjid itu. Ini kali pertama dia melihat Masjid Al-Fatih dihadapannya. Selalunya hanya tengok di kaca televisyen.

Mereka memutuskan untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan mereka. Athea memilih untuk duduk jauh daripada Daeen dan Malaika. Melihat aksi mesra dua pasangan itu membuatkan dia rasa nak muntah.

Nak muntah atau cemburu?

Qays dan Razyn terlebih dahulu mengayat beberapa orang gadis Turki berdekatan mereka. Siap bertukar nombor telefon lagi. Bukan main. Ayyash pula untuk hilang ke mana. Hairan. Mengapa secara tiba-tiba Ayyash rapat dengannya? Atau lelaki itu mempunyai muslihat tersendiri?

“Dekat sini awak rupanya,” sapa Razyn.

Athea sedang memberi makanan pada burung merpati di kawasan lapang belakang masjid, langsung menoleh. Bibirnya turut mengukir senyuman lebar.

“Saya ingatkan awak dengan Daeen.”

“Taknak la duduk dengan tuanku tu. Buat sakit hati je. Baik saya bagi burung-burung ni makan.”

Ayyash tertawa kecil. Tangan kanannya dihulur ke arah Athea. “Saya pun nak bagi diorang makan juga.”

Athea tersenyum. Jagung kering itu dituang ke tapak tangan Ayyash.

“Kurr!!” Segenggam jagung kering itu ditabur ke tanah lapang itu. Berselerak burung datang menikmati makanan.

Seseorang melanggar tubuh Ayyash dari belakang, membuatkan Ayyash gagal imbangkan diri. Laju tubuhnya menghempap tubuh Athea. Masing-masing terkesima.

Daeen merenung tajam ke arah mereka berdua. Sakit hatinya apabila melihat Athea bermesra-mesraan dengan Athea. ‘Kenapa kau sanggup kianat aku, Ash? Kau tau kan aku sukakan Athea, kenapa kau tergamak tikam aku dari belakang?’ gumam hati Daeen.

Lantas Daeen mendekati mereka berdua. Kolar baju Ayyash dicengkam. “Kurang ajar.” Laju Daeen menghayun penumbuk.

“Mateen, enough!!” halang Malaika namun dihiraukan Daeen.

Qays dan Razyn berlari mendapatkan Daeen. “Een!! Een!! Sudah!!” halang mereka pula.

“Tuanku!!”

Suara Athea kedengaran, menghentikan Daeen daripada terus menumbuk Ayyash. Pedih hatinya melihat Athea mendekati Ayyash. Begitu prihatin sekali Athea terhadap Ayyash berbanding dirinya.

“Ash, mulai hari ni, kau bukan kawan aku.”

Mereka tersentak.

“Apa maksud kau ni, Een?” soal Qays.

“Aku dah taknak tengok muka dia ni lagi. Dia bukan kawan aku dan aku tak ada kawan pengkhianat macam dia.”

“Een, kita boleh bincang baik-baik. Aku rasa kau dah salah faham. Kita dah lama kawan kan?” pujuk Qasy.

“Aku takde kawan pengkhianat macam dia. Aku nak korang semua berhenti bergaul dengan dia dan jangan pernah terfikir untuk berkawan dengan pengkhianat macam dia.”

Qays mendengus. “Een.”

“Apa? Kenapa? Kau nak join mamat ni juga?” Masing-masing mendiamkan diri. Memang kebiasaannya jika keluar baran Daeen, tiada yang berani untuk membantah. Memang dari sejak kecil lagi sikapnya begitu. “Aku penat. Aku nak balik Malaysia harini juga. Korang pandai-pandai la balik sendiri. Nak tinggal dekat sini terus pun tak apa.”

Tajam pandangan Daeen memandang Athea sebelum beredar.

“Tuanku!”

“Apa lagi?!” Suara Daeen meninggi. Terus Athea terdiam. Melihat Athea membisu, terus Daeen melangkah pergi.

Qays dan Razyn mendekat. “Ash, apa patut kita kena buat? Takkan kau nak diam je? Een dah buang kau kot. Buat la sesuatu,” pujuk Qays namun dihiraukan Ayyash.

Athea berfikir sejenak. Lantas dia berlari-lari mendapatkan Daeen. Kasut tumit tingginya juga ditanggalkan. Sukar untuk dia berlari jika bersama kasut tumit tingginya itu. “Tuanku!! Tuanku!!” kejar Athea.

Daeen menoleh. Lengan Athea ditarik rapat ke tubuhnya. Ditolak pula menghempap dinding. Dingin pandangan Daeen memandang Athea. “Kenapa kau ikut aku, Bunga?”

“Sebab saya nak tenangkan tuanku. Kenapa tuanku buat macam tu? Kenapa tuanku putuskan persabahatan tuanku dengan Ash?” Lembut Athea bertanya.

“Kau pun nak backup dia ke, Bunga?”

“Kenapa perlu tuanku buat macam tu pada dia? Kenapa tuanku biarkan diri tuanku di kawal emosi tuanku?”

Daeen menunduk. Hembusan nafas lembut dilepaskan. “Aku cemburu,” bisik Daeen.

Athea tersentak.

“Aku cemburu bila kau dengan lelaki lain, Bunga.” Separuh bisik Daeen berkata.

Athea tergamam.

“Aku nak balik Malaysia malam ni. Kau balik dengan diorang nanti.” Dilanggar bahunya dengan Athea sebelum melangkah.

TUANKU DAEEN MATEEN (COMPLETED) Where stories live. Discover now