TDM || BAB 33

7.9K 403 20
                                    

KERETA Daeen dipandu laju, memotong kenderaan yang ada di atas jalan raya itu. Sedikit pun dia tidak kisah apabila ada kenderaan membunyikan hon mahupun mencemuhnya. Stereng keretanya juga dihentak berkali-kali melepaskan amarah dan sebal.

Air matanya juga bertakung di kelopak mata, cuba ditahan daripada air matanya tumpah ke pipi. Resah hatinya itu selepas mendapat khabar berita tentang kemalangan mereka bertiga. Lebih risau tentang keselamatan anak tunggalnya itu. Selamatkah dia?

“Rose, tunggu daddy. Daddy datang sayang.”

Berlari-lari Daeen saat tiba di hospital, mendekati Athea yang dari tadi menunduk memandang lantai. Wajahnya turut sayu. “Bunga...” sapa Daeen.

Athea mengangkat wajahnya. Air matanya turut bertakung. Cuba ditahan esakan tangisan namun air matanya masih laju mengalir. Apatahlagi apabila melihat wajah sayu Daeen. Seolah-olah mengharapkan anaknya selamat.

“Rose macam mana?”

Athea sekadar menggeleng sebelum menghamburkan air matanya lebat. “Maafkan saya. Saya dah cuba untuk selamatkan dia. Tapi dia...” Teresak-esak Athea menangis. Masih trauma dengan peristiwa tadi. Pedih di pipinya akibat terkena serpihan letupan kereta dihiraukan.

Daeen terkedu. Lututnya seakan-akan lembik untuk berdiri. Terus Daeen menyandarkan tubuhnya pada dinding. Perlahan-lahan tubuhnya jatuh ke lantai. Kepalanya ditunduk lalu menggeleng laju.

“Thea, Een,” sapa Tunku Daris.

Lemah Daeen mengangkat wajahnya memandang ayahandanya itu.

Puan Cendana pula laju memeluk erat tubuh Athea yang menangis teresak-esak. Cuba untuk tenangkan Athea. “Thea. Jangan menangis sayang. Diorang kuat. Jangan menangis ye?” pujuk Puan Cendana.

Athea menggeleng. “Thea dah cuba ibu. Kesian anak Thea. Dia tak sempat nak makan makanan yang dia suka sangat. Thea nak bagi nak bagi dia makan.” Teresak-esak Athea bercerita.

“Thea, jangan macam ni. Thea kena kuat,” pujuk Puan Cendana lagi.

Kelibat doktor dan jururawat keluar daripada bilik rawatan kelihatan. “Waris Dara Maisara dan Attilia Rose?” Bingkas mereka bangun daripada tempat duduk mereka. “Takziah dari kami. Semoga encik sekeluarga tabah dengan ujian ni. Banyakkan berdoa dan ikhlaskan pemergian mereka ye?”

Katil yang ditolak keluar daripada bilik rawatan itu pandang. Lantas Daeen mendekati katil itu. Sekujur tubuh dibaluti dengan kain putih dipandang lama. Menggigil tangannya hendak membuka kain putih itu.

Jantungnya juga seakan-akan berhenti daripada terus berdegup apabila melihat wajah bersih Rose dibalik kain putih itu. Tidak dapat lagi Daeen menahan sebak. Dia menangis semahu-mahunya. “Rose, daddy datang ni sayang.”

Deras air matanya mengalir, merenung setiap inci wajah anaknya. Wajah yang bakal dia rindui. Wajah yang sentiasa menemani hari-hari sunyinya. Sekarang semua itu sudah hilang. “Rose betul-betul dah tinggalkan daddy.”

“Kesian anak daddy. Mesti anak daddy rindu pada ibu sangat-sangat kan? Sebab tu anak daddy pilih untuk tinggalkan daddy sorang-sorang.”

“Maafkan daddy sebab tak dapat jaga Rose dengan sebaiknya. Maafkan daddy sebab daddy tak dapat lindungi anak daddy dengan baik. Maafkan daddy sebab biarkan nyawa Rose terancam. Maafkan daddy sayang. Daddy gagal.”

Katil disebelah kanan dipandang pula. Digenggam kain putih itu sebelum dibuka. Sebak hatinya saat melihat wajah yang menemani hari-hari kecilnya dahulu. Wajah yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat padanya.

“Tak sangka akak betul-betul nak teman anak Een. Akak betul-betul nak jaga anak Een. Akak jaga anak Een sampai ke syurga. Terima kasih akak. Kesian kakak, Een. Akak rehat ye? Mesti akak penatkan? Terima kasih sebab sentiasa bersama Een. Een sayangkan akak juga,” ucap Daeen sebelum menutup dengan kain putih itu semula.

“Rehatlah wahai bidadari syurga. Een redha dengan pemergian ni. Tenanglah disana bidadari syurga,” ucap Daeen. Sedaya upaya menutup rasa sedihnya.

***

SEPANJANG pengurusan jenazah dijalankan, Daeen banyak membantu daripada mandi jenazah sehinggalah dikapankan. Sewaktu solat jenazah juga Daeen menjadi imam. Walaupun hatinya sebak, namun cuba diselindung. Tidak mahu orang nampak dia lemah.

Sewaktu mereka dikubur, Daeen mengendong jenayah Rose menuju ke liang lahad yang disediakan. Sempat matanya melirik memandang kain putih yang membaluti tubuh anak kecilnya itu.

‘5 tahun yang lalu, daddy gendong Rose macam ni sewaktu Rose selamat dilahirkan. Tapi harini daddy gendong Rose sekali lagi tapi untuk kali ni daddy gendong Rose untuk kebumikan Rose. Daddy dah tak dapat jumpa anak daddy lagi.’ Belum sampai satu hari, hati Daeen sudahpun dibelenggu rasa rindu.

Usai pengebumian jenazah dijalankan, masing-masing mula bersalam-salaman lalu beredar daripada kawasan kubur itu. Daeen juga melangkah lemah, melayan beberapa orang tetamu yang hadir. Ucapan terima kasih langsung tidak lekang dibibirnya.

“Thea, mari balik. Dah nak hujan ni. Nanti kita datang lagi ye?” pujuk Puan Cendana.
Athea menggeleng. “Thea taknak. Thea nak teman anak Thea. Kesian dekat Rose nanti. Mesti dia sejuk nanti. Thea nak duduk sini temankan anak Thea.”

“Thea, jangan macam ni sayang. Ikhlaskan pemergian mereka. Kesian dekat Rose nanti, nak,” pujuk Puan Cendana lagi.

Daeen menoleh memandang sayu ke arah Athea. Berat kaki adik tirinya hendak berganjak daripada kubur itu. Tangan Athea juga tidak lepas memeluk kubur itu sambil menangis teresak-esak.

Daeen mengeluh kecil. Langkahnya menghampiri Athea. Bukannya dia tidak perasan Puan Cendana tidak putus memujuk Athea untuk pulang. “Biar Een pujuk,” tawar Daeen.

Keluhan berat dilepaskan sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Athea. “Bunga, jom kita balik.” Athea sekadar menggeleng kecil. “Bunga, kita balik dulu. Nanti kita datang lagi eh?”

Athea masih menggeleng. “Tuanku, saya rindukan Rose. Saya nak Rose. Tolong cakap dekat saya, saya tengah mimpikan tuanku?”

“Bunga, jangan macam ni. Kesiankan arwah. Tak tenang nanti dia dekat sana. Dengar cakap aku. Kita balik dulu.”

Athea mengangkat wajahnya memandang Daeen. “Kenapa? Kenapa semua orang yang saya sayang semuanya tinggalkan saya? Ayah. Kak Dara, Rose semuanya tinggalkan saya. Siapa lagi lepasni nak tinggalkan saya? Saya dah takde sesiapa dalam dunia ni.”

“Bunga, kau masih ada ibu, ada ayahanda, ada aku. Kau ingat janji aku? Aku akan sentiasa dengan kau. Semua orang sayangkan kau. Aku pun sayangkan kau, Bunga. Sekarang ni, kita balik dulu. Nanti kita melawat Rose lagi ye?” Lembut Daeen memujuk.

Athea mengangguk. Lemah dia berdiri lalu melangkah ke kereta. Pandangan Athea kabur saat kakinya melangkah. Lantas tubuhnya rebah ke tanah. Pandangannya juga gelap. Hanya telinganya kedengaran suara orang memanggil-manggil namanya.

***

DAEEN bingkas berdiri saat melihat Puan Cendana keluar daripada bilik tidur milik Athea. Wajah sayu kelihatan menghiasi wajah Puan Cendana. “Badan Thea panas. Mulut dia pun tak habis-habis meracau-racau. Mungkin dia masih terkejut kot. Takpe, kita bagi dia rehat dulu. Bagi dia masa.”

Daeen mengangguk setuju.

“Een okay?” soal Puan Cendana.

Daeen tersenyum tawar. “Entah. Een tak boleh nak fikir sekarang ni. Benda ni berlaku terlalu cepat. Een... Een tak tau nak bagi reaksi yang macam mana sekarang ni.”

Puan Cendana mengangguk faham. “Een, berehat la.”

“Kalau ibu izinkan, Een nak keluar tenangkan diri boleh? Een perlukan masa untuk terima semua yang berlaku ni. Een nak ruang. Een nak sendiri buat masa sekarang ni. Boleh?” pinta Daeen.

Puan Cendana mengangguk. “Ibu faham. Pergilah Een. Tapi jangan lama ye? Kami dekat sini sentiasa tunggu Een.”

Daeen mengangguk. Matanya teralih ke arah pintu bilik tidur milik Athea. Perlahan-lahan langkahnya menghampiri bilik tidur itu. Kelihatan Athea sudahpun nyenyak tertidur. Syukurlah.

Langkahnya menghampiri Athea. Punggungnya juga dilabuhkan di birai katil sebelum matanya memandang tepat wajah Athea. “Maafkan aku Bunga. Aku tau sekarang kau perlukan aku, tapi aku tak boleh berada disisi kau. Saat aku bersama kau, saat aku ada disisi kau, timbul rasa bersalah aku pada Issa. Aku dah gagal, Bunga. Aku dah mungkir janji. Amanah yang Issa bagi pada aku, aku abaikan. Rose dah takde. Aku tak salahkan kau cuma aku perlukan masa, Bunga.”

“Maafkan aku. Mungkin mencintai kau adalah satu kesalahan yang besar aku pernah buat. Aku pergi dulu. Terima kasih. Assalamualaikum.”

TUANKU DAEEN MATEEN (COMPLETED) Where stories live. Discover now