𝟎𝟒

1.4K 109 7
                                    

             HANYA berbaki hari ini sahaja lagi sebelum kedatangan seorang jutawan muda yang berjaya datang ke universiti tempat Rifa belajar. Jadinya, dia perlu mengemas barang-barang yang patut dibawa untuk esok. Tidak mahu pula terjadi seperti kes lalu, ada tugas tetapi kamera pula lupa dibawa, tiada ruang penyimpanan, lens kamera pecah. Tak pasal-pasal kamera orang lain jadi mangsa, gambar dan video pun tidak dapat diambil banyak.

Rifa sedang sibuk menyiapkan alatan yang perlu dia bawa untuk hari esok. Bella pula sedang bersenang lenang terbaring di atas sofa menonton drama berbekalkan kerepek sebagai alas perut nya.

"Bella, mana kamera aku?" tanya Rifa.

"Mana lah aku tahu? Cuba lah tengok dalam beg kau." balas Bella seraya tangan sibuk menyuap kepingan kerepek ke dalam mulutnya.

Lantas, Rifa membuka sebuah beg berwarna hitam yang terletak elok di atas kerusi.

"Oh ada dekat sini. Thanks Bella."

"Tak sama-sama. Kau dah tahu benda tu kau selalu simpan dalam tu, kau tanya lagi kenapa?" balas bella.

"jangan lah marah. Aku lupa. Kau dah kemas barang untuk bawa esok ke?"

"Dah. Awal pagi tadi aku dah kemas. Yang kau ni malam baru nak kemas kenapa? Sibuk sangat? Kalau sibuk pun mesti sibuk call dengan Eman kan?" bebel Bella.

Haih....

Tahu lah dia tak suka aku ni bercinta dengan Eman.

"Ya lah Bella, salah aku. Maaf lah." balas Rifa.

"Esok naik kereta kau lah ya Fa?"

"Boleh. Tapi kenapa?" tanya Rifa pelik.

"Kereta aku dah nak habis minyak." balas Bella ringkas.

Tiba-tiba telefon milik Rifa berdering. Seseorang ingin membuat panggilan telefon dengannya.

Kringgg Kringgg.....

"Siapa tu Fa? tak nak angkat?" tanya Bella.

Rifa memandang nama yang muncul di skrin telefonnya.

Nama itu dipandang lama.

Eman.

Ya, sudah tentu Eman. Hampir setiap malam mereka akan membuat panggilan telefon. Alasannya sebab rindu.

Ceh! terpaling rindu!

"Eman. Aku jawab dulu eh? jangan tidur lambat, aku nak pergi bilik aku." beritahu Rifa.

"Hm, ya lah Fa..."

Hilang sahaja kelibat Rifa dari ruang tamu, terus Bella membuat muka menyampah.

Mentang-mentang aku ni single. Sengaja lah tu!

"Tak habis-habis dengan Eman dia tu. Ni kalau tak naik pelamin memang aku bom pelamin dia. Eman pun satu. Suka budak bawah umur dia." bebel Bella seorang diri.

Pintu bilik ditutup. Rapat. Lantas Rifa melabuh punggung di birai katil.

Mana lah tahu nanti Bella curi-curi dengar? jadi dia tutup sahaja lah pintu dengan rapat.

"Waalaikumsalam, ya sayang. Kenapa tiba-tiba call Efa?"

Ya. Hanya Eman sahaja yang memanggil Rifa dengan gelaran Efa.

"Rindu dekat awak lah cinta. Macam tak biasa aje Eman call malam-malam ni. Efa tak rindu Eman ke?" balas Eman.

"Eh mesti lah Efa rindu! Dah lama tak jumpa dengan Eman. Bila kita nak jumpa?"

Sudah hampir 3 bulan mereka tidak berjumpa sesama sendiri. Atas sebab terlalu jauh, dan tak ada masa.

"Eman pun tak tahu lah Efa. Eman sekarang tengah busy. Eman ada banyak training lagi. Kalau Eman gagal, nanti Eman kena ulang belajar semula."

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OGWhere stories live. Discover now